11 December 2012

Kematian itu

Dengan nama Allah . . . .

Kau baik, kau beramal soleh, belum tentu kau mati dalam husnul khatimah.
Bila kau pandang hina pada si pendosa, mungkin sahaja kau sebenarnya hina di sisi Allah.
Cukuplah benci hanya pada dosa itu, bukan pada si pelaku dosa.

Sungguh terasa dengan pemergian dua orang yang dikenali pada 10/12/2012.
Saudara kerana keluarga. Adik ipar mak.
dan juga saudara sefikrah. seorang ikhwan dari PMIUPM.
Moga pemergian itu tergolong dalam kematian husnul khatimah.

Benar. Takda siapa boleh jangka masa kematian. cara kematian.
Sejahat-jahat manusia sekalipun, semua ingin kembali diiringi redha Nya.
Menutup mata selepas ucapan lailahailallah.
Namun. ada satu kisah. Rasulullah kata mana mungkin si pelaku dosa,
yang tidak pernah berniat untuk bertaubat, yang seumur hidupnya penuh dengan jahiliyyah,
mampu mengakhiri hidupnya dengan kalimah suci itu. Allah Maha Adil. Dia Maha Mengetahui.

Dan terlalu banyak perkara yang mengingatkan aku tentang kematian sejak belakangan ini.
Namun aku kadang-kadang hanya mengambil ibrah saat membaca itu. dan kemudian aku leka kembali.
Aku pendosa tegar. yang selalu berharap untuk masuk ke syurga Dia tanpa dihisab.

Allah. izinkan kami kembali kepada-Mu dalam keadaan suci bersih rohani jasmani.

08 December 2012

kau pelik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"awak suka tengok movie apa?" . "Kita tak suka tengok movie"

"Pelik je. Habis tu, awak buat apa selalu kalau bukak laptop? Online facebook?"

"Appears online tapi website fb jadi background je. *budak komputer confirm faham"

"Then. Buat apa?" . "Suka blog-walking"

Mulalah mereka suggest nama-nama blog yang tak pernah dengar. Katanya best.
Balik rumah. Cuba search address itu.

Pheww! itu semua blog hiburan. untuk gelak tawa. untuk masalah cinta lelaki perempuan.

"Dah cuba search blog-blog semalam? Best tak?" .

"Dah. Bestlah kalau dunia ini kekal selamanya"

"Maksudnya?" . "Cuba fahamkan apa yang kita kata tadi menurut pendengaran akhirat" .

"Awak sangat pelik. cakap direct please" . 

"Awak budak bijak. Takut kalau ke'direct'an itu buat awak kecil hati dengan kita"

Ya! Aku ghuraba'. yang cuba hidup di dunia dengan kehidupan akhirat. yang cuba menjadi kelompok asing seperti dalam hadis Rasulullah SAW.
yang cuba menjadi golongan sedikit seperti yang Allah firmankan dalam 34:13 .

Maaf jika aku tidak seperti kamu. Maaf jika aku lebih banyak diam saat kamu ketawa.
Maaf jika aku lebih banyak mengasingkan diri saat kamu bergaulmesra lelaki perempuan.

Moga Allah redha. Moga Allah beri taufiq dan hidayah-Nya


06 December 2012

Bagi manusia apa yang Allah bagi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Habis satu kelas. Turun bas. Fakulti . Ambil borang.

"Awak dah makan belum?" . "Belum" . 

Pergi makan. Kelas sejarah. Pergi foyer semula. Beratur. Dia cucuk tangan.
Ambil sedikit cecair berwarna merah.

Periksa tekanan dan nadi jantung. Alhamdulillah! Lepas.

Baring. Rehat sekejap. Dia bagi ubat bius. rasanya sakit.
Dia cucuk sekali lagi objek tajam yang lebih besar. Tidak sakit. Sudah dilalikan mungkin.

Banyak cecair merah itu mengalir keluar ke dalam satu beg. 
Ya. cecair merah yang Allah pinjamkan.
Yang perlu dikongsikan dengan mereka yang memerlukan

Ada ikhwah. rakan sekelas. tanya.
"Macam mana Muslimat nak buat macam tu? tak diasingkan. Orang lain nampak aurat nanti"

Diam. Senyum. "Kita dapat jaga aurat kita seperti biasa tadi"

Mahu seribu daya, tak mahu, sejuta alasan.

Itu mujahadah. Ingin membantu. dalam syariat. jika ikhlas. InshaAllah Dia pasti permudahkan.

02 December 2012

Cuba Ikhlas

"Aku rindu dia"

Imran menyeka airmata.

"Kita semua rindu dia"

Aidil mula merangkul bahu Imran. Mereka sedang duduk di ruangtamu rumah sewa itu.

Ammar dan Hafiz sedang melihat akaun mukabuku Fattah. Airmata mereka turut mengalir membaca beberapa post oleh sahabat-sahabat di profil Fattah. Semua menangisi pemergian fattah.

__________________________________________

"Aku tak sabar nak balik kampung!". Fattah tiba-tiba bersuara ketika sedang duduk makan bersama rakan serumahnya.

"Eh! kan minggu depan exam? Kau balik confirm tak study". Perli Imran

"Aku rasa aku mesti balik".

Sepi. Sunyi.

____________________________________________

Sejadah dilipat. Al-Quran dicapai.
Tett tett. Mesej masuk.
Folder mesej dibuka.
Unknown number.

"Abang Imran. Ini Athirah, adik Abang Fattah. Abang Fattah kemalangan semalam. Dan Allah lebih menyayangi dia. Mohon abang Imran dan kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah untuk abg Fattah. Minta ampun, minta halal untuk pihak dia"

Imran terasa matanya mula panas. Screen h/p ditatap bagai mahu tembus.
Mengharapkan dia sedang tidur sekarang. dan dikejut oleh Fattah seperti biasa untuk bertahajud.

Imran melangkah longlai menuju ke ruang tamu. Terus memeluk Ammar yang sedang membaca al-Quran. Tanpa sepatah kata, dia menghulur telefon bimbitnya kepada Ammar.

Hujan mula turun. Cuaca itu menggambarkan hati dan perasaan dua sahabat itu.
_____________________________________________

"Korang ni, setiap hari aku yang basuh tandas. aku yang sapu lantai. aku yang susun kusyen yang bersepah tu. Aku susun kasut. Korang tak kesiankan aku ke?". Fattah juga manusia biasa.

"Macam ni laa. kita buat kerja biar ikhlas. Kalau sesiapa nampak tempat tu kotor, so bersihkan"
Balas Hafiz.

Fattah diam. Dia tahu Hafiz budak debat. Dia takut perkara kecil bakal menimbulkan perselisihan.
______________________________________________

"Aku teringat masa Fattah sibuk basuh tandas, kita seronok duduk tengok movie. Bila Fattah sapu lantai, kita dengan sengaja buat sepah lagi. Aku terbayang dulu nak masuk tidur, rumah bersepah. Bila bangun pagi, ruang tamu kita punyalah kemas teratur". Ammar mula bersuara.

"Aku rindu Fattah kejut aku bangun tahajud, bangun subuh". Imran mula sebak.

"Aku teringat dia kata, kita kalau nak lakukan sesuatu, jangan tunggu ikhlas. Sebab amanah dan t/jawab bukan menunggu ikhlas untuk dilaksanakan. Ia kewajipan. Dan insha Allah ikhlas boleh dibina". Hafiz mula rasa sangat serba salah dengan kata-katanya terhadap Fattah dua hari sebelum dia pulang ke kampung.

Fattah. Dia menanti kalian di syurga Dia.













01 December 2012

Kau pendiam sangat

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mengetahui Isi Hati Manusia

"Diam je kau. Cuba banyakkan cakap"

Aku senyum. Bila kau buat lawak, ada masa aku ketawa. ada masa aku diam. dan aku senyum.
Dan kau kata,

"Diam lebih baik dari berkata-kata. Tapi berkata-kata yang baik lebih baik dari diam"

Aku balas balik.

"betul. kalau kamu rasa setiap kata-kata yang banyak itu mempunyai manfaat"

Kemudian,

"Sebab itu aku cakap "YANG BAIK". Tolong faham maksud aku"

Balas

"Saya tak cakap kamu salah. Saya cuma menambah, KALAU KAMU RASA SETIAP KATA-KATA ITU ADALAH BAIK. Minta diri. Saya tak suka bertengkar hal yang bukan khilaf"

"Khilaf itu apa?"

Aku diam bukan sebab aku sombong. aku diam bukan sebab aku tak suka orang.
Aku diam sebab aku mengimani hadis Rasulullah SAW dalam Sahih Bukhari.
Aku cuba kurangkan gelak sebab aku percaya kata-kata Umar al-Khatab.

Aku diam kerana tiga perkara:
Aku cuba hafal ayat hafazan semula
Aku sedang fikirkan apa yang tidak difikirkan oleh kawan yang lain.
Aku cuba menjaga hati.

Aku tahu aku bukan hebat macam kau.
Tapi aku cuba menjadi hebat di sisi Allah.
Aku cuba menjadi hebat untuk Akhirat.
Cuba menjadi umat yang cintakan kekasih-Nya, Rasulullah SAW.
Cuba menjadi hebat seperti para sahabat.
Walaupun, itu semua hanya cubaan. hasil yang pasti tidak mungkin.
Kerana sudah ada mereka yang hebat.

Tapi aku yakin, Allah lihat aku. Allah nilai aku. Allah sedang jaga aku dengan sikap aku.
Aku cuba tunjuk contoh teladan yang baik.
cuma terpulang pada mata hati kau kenapa aku lakukan sesuatu itu.
Moga Allah beri kau kekuatan untuk berjalan di atas jalan hidayah.
 

28 November 2012

Random titik

Dengan Nama Allah Yang Maha Kuat, Yang Maha Bijaksana.

Minggu yang padat dengan ujian akademik baru sahaja tamat. terasa bebas.
Kau banyak ketawa, hati kau gelap. kau tahu. tapi kau masih ketawa.
Allah. Tolong jaga aku. aku tidak kuat dalam situasi begini. Aku sendiri.
Futur. jangan datang dekat kepada aku. Pergi jauh!

"Enti okey?"

"Okey"

"Enti sedih?"

"Tak. ana gembira"

"Enti ada masalah?"

"masalah tu apa?"

"Ukhti, tolong serius"

"Minta diri. Ada hal"

Disuruh luahkan perasaan. Bukan aku. kecuali pada ibuku.umiku.emakku.dia jalan ke syurgaku.
Tuhan. Pelihara wanita hebat itu.

Kau bangun tahajud malam. kau merintih. hari kau pasti penuh ketenangan.
Kau bagi masa buat dhuha. hari kau pasti mudah.
Tapi, kau biar syaitan, kau biar dunia kuasai kau.

Kau suka tengok dia. Tak hairan kau lupa ayat hafazan kau.
Tundukkan pandangan kau. tolong. untuk jaga hati kau.
an-nur : 30


16 October 2012

Mengadu hanya pada Dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ehh leka blog-walking, sampai tak sedar tinggal 10 minit lagi masuk maghrib.
Dan awesome bila semalam dan hari ini, petang ada air yang sangat laju. ngehh.

Kena korbankan tidur for this whole week.
Minggu test yang macam final exam.
Huuuuu berada dalam kalangan budak pandai, stress jugaa bila diperlekehkan.

Sedang diuji dengan keduniaan. terasa semakin jauh dari Dia.
Dan terasa zaman degree adalah zaman yang paling melekakan.
Bila tiada sahabat yang sering mengingatkan tentang akhirat.
Allah! aku rasa looser!
Tarik aku kembali kepada-Mu Ya Allah

Aku rasa aku patut diuji dengan kesusahan agar aku dekat dgn-Mu
Panahkan doa ke langit Dia.
Doakan for my first test. 
Rindu nak studygroup sampai lewat malam dengan orang yang humble!
Nurliyana Nordin. Kita rindu Yana!

10 October 2012

First Dinner By Freshie

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

5th week of degree. kalau masa asasi dulu, minggu ni adalah SILENT WEEK.
Sebab sume gigih revision for the first test. huaaaa rindu ASPer!

Alhamdulillah, done with the course dinner.
Erk, not really dinner actually. enough with the name, JAMUAN MESRA course.
Freshie yang organised jamuan mesra ni. dan terlalu banyak perselisihan antara kami sepanjang urusan berkaitan jamuan ni.
Yang suka mengarah, yang berlagak tahu, certain ketua yang sesuka hati reject idea orang last minutes.

Janji cakap. Sangat tak suka pie event cam ni. Dulu time ASPer punya dinner pun tak pergi.
Sebab time macam ni laa yang perempuannya bertabaruj sakan. Yang lelaki elok men'cuci' mata.
Dan of course ada adegan ambil gambar dengan si admire, bla bla bla. the last part, post in FB

Dan orang kata, kalau kita nak sesuatu majlis hiburan tu dijaga batas syariatnya,
make sure orang yang faham jadi organiser tertinggi program tu. 
dan tegaskan pasai syari'at.
Biaq pie laa orang nak kata event tu nampak kuno ke hapa.
Pikiq laa pandangan Allah.

Huhh, saya mintak kekuatan dari Allah.
Allah nak bagi melalui manusia yang kasar.
Luar I can laugh, tapi Allah je tahu sakit tu.

Allah sayang saya. sebab tu dia uji saya.
Allah, jangan biarkan hati ini tidak rasa bersalah melakukan dosa

03 October 2012

uhh!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh

uhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
minggu paling banyak touching!
terasa Allah izin untuk banyak diuji minggu ni.
dan banyak air mata berpeluang melihat dunia minggu ni T_T

Kena sindir pasai my big hijaab during explorace.
Bro, sampai bila saya ingat what you had done to me.
In sha Allah bukan dendam.

dua orang kawan yang baik felai tinggalkan saya di Malaysia ;(
dia ke istanbul, dan dia ke al-azhar.
Saya cemburu melihat sahabat yang berpeluang belajar di negara yang hebat dgn ISLAM.
Allah masih belum izin, mungkin saya belum cukup kuat.
Yang ke istanbul should be in the same college with me if she was in UPM
Tapi Allah izin kami berpisah. dan it is not the easy things to live here without her.
Unaaa! kita rindu unaa ;(

Beratnya mulut nak berkata-kata! ahhhhhh. 
mata hanya mampu memerhatikan.
dan hati tidak pernah meredhakan. 
apa yang depa rancangkan untuk event malam tu. 

apa yang bakal aku tunjukkan depan Allah kelak dalam amar ma'ruf nahi mungkar? 

dan awak. awak mampu tegur orang yang sehaluan dgn awak apa-apa kesalahan yang sahabat awak lakukan, tapi kenapa awak tak tegur sedikit kesalahan yang coursemates awak rancangkan?

saya bukanlah hamba Dia yang baik lagi berilmu. jauh sekali seorang perempuan solehah. saya cuma manusia biasa yang sedang baiki diri. dan teguran itu bukanlah kebencian. tapi sebab saya sedang cuba menyayangi awak kerana kita akan bersama 4tahun dan in sha Allah sehingga ke Jannah-Nya.

Tuhanku!
Saya perlukan sedikit kekuatan-Mu.

#cepatlah berakhir tempoh adaption. I'm very tired when heard they keep 'memburukkan' each other

21 August 2012

Ziarah saudara

In the name of Allah Most Gracious, Most Merciful.

Third day of syawal. Huhh belum start pun puasa 6. This thursday In sha Allah.
Semalam pergi ziarah saudara yang dekat-dekat sini.
Serkat. then to simpang renggam.
Plan nak beraya pie johor bahru tak sempat sebab dah malam gilaaa.

Semalam masa kat benut. fuhh jalan jam gilaaaaaaaaaaaaaaaaa.
haa nampak tak kegilaannya di situ.
Then, ada kat satu tempat ni. Dari jauh kita nampak ada orang berdiri tgh jalan.
Lambai guna hp. I mean lighting dr hp tu. mcm gaya org minta tlg.
Bila sampai port tu. Nampak ada 3 org budak lelaki kat tepi jalan dalam gelap.
Mcm baru lepas accident. Tapi tak da siapa berenti tlg.
Kita pun tak berenti sebab bukan kita yang drive.
Dan dan time tu teringat cerita-cerita taktik org nak menyamun. tempat gelap kott tu.
Astagfirullah. Husnudzon. Tapi takpe laa. tak nampak teruk sgt pun. mungkin jatuh sendiri jep kott.

Masa otw balik tu, nampak ada accident motor 125Z dgn kereta apa ntah.
Quite worse laa nampak keadaa motor tu.
Moral of the story. Jgn drive time emosi tak stabil. jgn mencilok sesuka hati ang. kalau ang nak mati accident dgn maksud drive tanpa rules, pastikan ang tak bawa sesiapa. pastikan ang guna transport ang sendiri, pastikan kiri kanan ang takda pengguna traffic yang lain. dan paling penting ang mesti dah sgt byk amal ibadah dan taubat. #dgn nada menyindir.

dulu masa zaman kita kecik kecik, time raya semua semangat collect duit raya.
kalau perempuan, mungkin malumalu sikit laa. tapi tetap ada. kalau yang boy memang tak kisah rumah siapa pun redah jep. dulu mana reti nak main gajet cecanggih ni. budak skrg bila tgk dtg beraya, dgn hp laa, psp, segala jenis ps. dan yg lagi advance siap ada IPAD lagi tu. hoii dulu kita pakai hp sendiri pun time form 5. ada laptop pun time dah masuk u.

tengok anak saudara, adif yang 5 tahun tu, kumpul duit raya sebab nak beli IPAD> whoaaa!
dulu aunty ang ni duit raya kumpul, habis raya teruih masa bank.
Dulu aunty sebaya adif ni, mana ada nak nangis-nangis memberontak lepas tu ada org pujuk timang-timang ala bucuk-bucuk. just nangis, tidur, bangun cari makan, buat muka toyaa mcm takda pape.
ni ang, siap nak baling-baling brg bila mintak pape tak bagi. rasanya bdk skrg ni terlalu dimanjakan sampai orang tua pun tak reti nak hormat dan malu.

sebab tu kita berani nak marah dia, yang berani nak tolak permintaan dia.
sebab kita taknak dia jadi org yang cintakan dunia, taknak dia jadi org yang suka meminta. dan kegarangan tu terpaksa kott, bukannya sng hati nak buat. semua sebab syg. dia masih kecil dan lembut untuk mampu dibentuk.

dan rindukan zaman semua anak hormat ibubapa. bukan mcm sekarang yg anak-anak baik kecil ke besar ke, control ibu bapa. parent dibuat mcm hamba.


Hehh salam aidilfitri.

19 August 2012

syawal 1433H

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh

Syawal already alhamdulillah. 7th without him.
Yupp without ayah. aduhai sayu ;(
Tahu tak macam mana rasanya? ahaaa angpa tak kan tahu kalau angpa bukan senasib dgn kita.
Rasanya tak sama dgn kehilangan seorang datuk/nenek/makcik/pakcik etc. JANJI! tak tipu.
As conclusion, appreciate all the peoples around you before they go rest for akhirat.

Dann impian tercapai. Dapat pie solat sunat hari raya.
Mesti angpa nak kata kita ni sakai/kuno/ what so ever sebab tak penah pie solat sunat hari raya kan.
Cakaplah apa pun. sebab kita ada alasan kita sendiri. Don't judge me by read this entry. ngehh.
Dekat area kg ni, takda perempuan pie solat hari raya kat surau/ masjid.
Then dengan senang hatinya pie area bandar Pontian yang lebih kurang 15min kalau naik kereta.
Haa masjid daerah tu. Memang ada hikmah ada lesen kereta. hee.
Fuhh traffic jam tak payah kata. FULLSTOP!

Kalau kat akhirat Allah tanya, "Wahai si comel , apa yang kau buat pada pagi 1 syawal 1433H?". sekurang-kurangnya ada lah ibadah yang kita lakukan.
Cer kalau hanya dok rumah busy memasak ke mengemas yang tak settle settle tu, takkan nak jawab tu kott depan Allah. Kalau memasak/mengemas tu okey lagi lah kalau niat ibadah.
Habis kalau dok melanguk depan tv layan drama, dok hadap lappy/ipad mengapdate status fb dan tweeter tak habis-habis, ang nak jawab tu depan Allah.
Pkiaq ang lepas laa. Fuhhh! basah baju tiba-tiba

Dan kalau Allah tanya, apa kebaikan yang ang buat di pagi hari kemenangan?
Ang nak jawab apa kalau ang dok pakai sexy mexy, solat subuh ang pun ke mana sebab bgn lambat konon ang tidur lambat sebab main mercun.
Ang nak jawab tu ke depan Allah? Pikir lah kalau betul ang beriman dgn hari akhirat.
Bukan ke setiap detik, setiap amal kita akan dihisab? takkan terlepas satu pun!

Sabda Rasulullah SAW :

“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan :
Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? , Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? , Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? , Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)[2]

No deny lagi dah wehh. Siap sedia lah ang. baik ang tobat before malaikat izrael tarik nyawa ang. before matahari terbit dari barat.
______________________________________________________

Then balik solat tu, minta maaf semua. Cuma mampu cakap minta maaf je sebab memang terus sebak. hoho.
Lepas tu pie ziarah kubur arwah ayah, atok dan makwe.
Terasa mcm nak nangis melalak time dok baca tepi pusara ayah. Sebak kott dada tahan.
Dan balik rumah. next event. blablabla ^^
______________________________________________________

Minta maaf salah silap. Minta halal segalanya dunia akhirat.
Selamatkan kita dari neraka kalau angpa masuk syurga. Please ;(
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu am wa antum bilkhair.
Moga Allah redha hamba ini.

18 August 2012

Muhasabah Ramadhan

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful, Most Beneficial.

And today is the last day of Ramadhan 1433H. And I don't know if I will meet Ramadhan again next year or this will be my last Ramadhan. Yupp we just can pray for our longer life, but we need to believe 100% that our death are already set by Him since beginning. So, why not we just prepare all the time for our death. and all people know what the preparation need to do to meet Hima later.

Okey kalut speaking mengalahkan skipping. Continue in Malay.

Semoga Ramadhan ini sedikit-sebanyak berjaya jadi bulan tarbiyyah utk kita hamba-Nya, dan mencapai matlamat dalam His love letter.

 "Wahai orang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang terdahulu sebelum kamu, agar kamu BERTAQWA" Surah al-Baqarah:183

Dan kena ingat jugak. Nak jadi bertaqwa bukan setakat berpuasa yang tahan lapar dahaga. Tapi ang kena faham jugak maksud puasa dalam bentuk hakikat. Okey I'm not going to explain about it here.

Sebenarnya nak merakamkan sedikit sebenyak Ramadhan kita kali ni. buat bacaan anak cucu kelak. hewhewhew.

Rasanya Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yang sangat menjimatkan. maknanya kos. kott. kenapa? sebab pergi bazar Ramadhan dua kali jep. eh ke sekali jep ek. tu pun sebab ada org tu kempunan nak makan nasi kerabu. Hehhh kalau lah ada org dalam rumah ni pandai masak nasi kerabu mcm org Ganu masak, mesti pecah record tak jejak bazar Ramadhan tu. Hmm kena cari ehemm org Ganu ni. kekeke.

Dan lagi, alhamdulillah dapat solat terawih penuh 20 rakaat setiap hari. kecuali time Allah bagi rehat laa. hee. eh sebelum ni ang penah ponteng solat terawih ke? eh bukanlah cenggitu, sebab biasanya kalau kat kolej or time kat asrama dulu, buat solat terawih kekadang 8rakaat jep. whether sebab ada discussion, atau even lain sempena Ramadhan.

Dan berjaya khatam 30 juzuk of al-Quran. Syukur alhamdulillah. Dan bebuka puasa sepanjang Ramadhan di rumah setelah hm 3 tahun berada di perantauan. kekeke. dan dan teringat salam perantauan yang paip buat masa kat hostel dulu.

Qiamullail tu tak mampu lagi buat setiap hari. Masa 10pertama Ramadhan, selang seli. Pertengahan tu sebab ada excuse. hee. yg last tu alhamdulillah buat setiap hari . dan kena teruskan lah ni dah alang-alang. Semoga jiwa budak comel ni menjadi lebih kuat dan tabah. hewhewhew.

Tak mau cerita pasal raya dulu. Sebab masih mahukan Ramadhan ini. Semoga Allah redha.

Assalamualaikum

14 August 2012

Surau Orion

Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

Tett tett. *erk tak tahu nak translate dlm words bunyi sms masuk kat hp tu cam ne*
____________________________________________
Sender: Hi.
Me: Ohh haii. Assalamualaikum. Siapa eh?
Sender: Waalaikumussalam. Hamba Allah. Boleh kenal?
Me: Haha tak payah kenal pun kita rasa memang kita kenal awak. So can you tell me?
Sender: Alaa ni kawan masa tadika dulu. main nyorok-nyorok. Ingat lagi tak?
Me: Haha memang kita ada sorang jep kawan masa tadika ke. Haa ni mesti kawan kat UPM kan?
Sender: Hehe betullah tu.
blablablabla.
Sender: Saja jep msg. Nak mengimbau kembali nostalgia kat surau kolej 13 dengan awak.
_____________________________________________

Haha nostalgia sangat. SURAU ORION. Surau kat kolej 13. Time batch-7 asasi dekat situ, majoriti budak asasi lah yang mengimarah dan memeriahkan Orion tu. Baik muslimin mahupun muslimat. Okey sangat rindu. *tears gland dah mula aktif ni*

Orion tu dah macam bilik kedua kita masa kat kolej tu. kdg, naik bilik just for sleep, take a bath, makan, online, dan sewaktu dgnnya. sebab line u-spot di Orion mengalahkan Gary, spongebob's pet tu.  Masa sem 3 lagi lah, kadang-kadang tidur pun dekat Orion. hee takpe kott nak bongkar rahsia ni kan Yana. hihi.

Orion jadi saksi perasaan kita. Ewahh ayat. hihi. nangis pergi Orion, bosan pergi Orion, nak baca buku pergi Orion, study pergi Orion, nak discuss something privacy ajak org turun Orion. macam-macam lah. Dah banyak dah airmata kita tumpah di Orion. eh! hehe.

Masa final exam sem 3 asasi tu, kita dan dua sahabat lagi memang menghabiskan masa sepenuhnya di Orion. Lepas balik kg masa study week tu, sehari before exam SSK lah maksudnya, kitorg turun Orion buat study group. Dari pagi sampai ke malam. Naik bilik utk mandi jep. Bila dah malam dalam pukul 12 masa tu, semua pakat malas nak naik bilik. dan kitorg pun me'landing'kan diri di Orion.

Bgn pagi, before orang azan Subuh. Eh rasa sangat seronok tidur kat Orion. Tenang sangat. Nak bgn Qiamullail pun senang. Dan kitorg pun decide nak teruskan xtvt hari tu sampailah ke akhir asasi.

Part paling tak boleh lupa. Masa tu malam. dah lepas Isyak lama jugak laa. Kitorg tak tahu jam pukul berapa. Semua pakat tak pakai jam. Hp pun tak bawa turun. Jam kat tempat Muslimat rosak. Masa tu kitorg sgt yakin kat tempat Muslimin takda org. So one of us, nama di privacykan, jengahlah tempat muslimin melalui tabir kat tengah tu. Dia jengah pun dgn teragak-agak, mana tahu ada org ke kan. Dia keluarkan kepala jep dari tabir tu. Tempat Muslimin gelap, tempat kitorg cerah. Tengah-tengah cari jam tu, tiba-tiba nampak ada Muslimin tengah baring main hp menghadap ke arah dia. Maksudnya kat situ, dah sah-sah lah Muslimin tu nampak siapa yang jengah-jengah tu. Haha masa tu memang macam nak pecah perut gelak. Time taip ni pun, tersengih sesorang ingatkan kes tu. Siapalah agaknya Muslimin tu kan?

Malam before paper last tu, tak tahu macam mana mulut ni boleh terspontan bercerita.

Me: Pernah tak rasa korang tenang, tapi korang tak pasti ketenangan tu Allah bagi atau syaitan hasut, sebab syaitan skrg ni taktik dia sgt halus
Yana: Maksudnya? Tak faham.
Me: Macam ni. Contoh, kita rasa sekarang ni kita dah tak kisah even kita dpt markah exam okey ke tak, kita rasa tenang jep. Kalau dulu, mahu tak nangis satu malam. Maybe sebab kita dah usaha betul-betul, then kita tawakal fully pada Allah kott. Cuma kekadang terpikir perasaan ni Allah anugerahkan or syaitan nak ganggu kita.



Bila fikir balik, hm please sangka baik dengan Allah sebab Allah itu mengikut sangkaan hamba-Nya. So doa banyak-banyak dijauhkan dari hasutan syaitan yang mengelirukan. minta diberi petunjuk yang jelas.


Masa lepas last paper tu, kitorg exam malam, balik bilik semua busy mengemas. Tiba-tiba hujan sangatlah lebat. dengan angin yang sangat kuat. Dan terasa sayu. Ewahh! dan kitorg tetap nekad meredah hujan turun Orion. utk kali terakhirnya. hukhuk sedihhhh. Tidur dah nak pagi kott time tu sebab becerita blablabla. dan esoknya berenjoying dgn Ezzah dan Yana untuk kali terakhirnya. Eh bukan. Kami pasti jumpa lagi. sebab ukhuwah kita sampai ke syurga.

#hoho Yana lah ni bagi mood Orion. Lepas ni I'm not the resident of Orion lagi. mungkin cuma menjadi tetamu.

#sorry if I'm hurt you, kadang tak sedar pun. dan kita memang suka sangat sakitkan hati orang lain.

13 August 2012

Si comot berkecil hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana.

24 Ramadhan already. 5 days to go. sebab puasa tahun ni 29 hari kan. ke tak? Bila dah besar ni., tak rasa sangat feeling nak raya tu. sebab rasa lagi sedih sebab tinggal Ramadhan. Ke kita sorang jep rasa cenggitu. huhh. Azam nak buat Qiamullail hari-hari sepanjang Ramadhan tak tercapai gamaknya. sebab masa first week tu, selang seli. Second week, tak payah cakap. Dan final week ni laa sedang ai ai fighting dengan nafsu dan bantal.

Baru dapat tahu kematian ibu sahabat dua minggu lepas. Nasuha. Masa tu depa otw balik dari aiport jemput nasuha yang balik Malaysia dari Jepun. Rempuh lembu. Aii, lembu pun satu yang ang pie main tengah jalan malam-malam buta tu buat apa. ang besar mana pun, bila dah gelap tgh malam, siapa pun tak perasan ang. Eh. Al-fatihah buat ibu Nasuha. Saudari Nasuha, semoga ang sabar hadapi dugaan ni. mmg Allah sayang ang bagi ujian macam tu.

Ada satu cerita tentang si comot.

______________________________________________

Si comot termenung di tepi reban ayam milik keluarganya. Ayam dalam reban tu pun punya lah senyap memahami perasaan si comot yang sedang gundah gulana seperti ayam berak kapur. Eh. Atau pun ayam tu senyap sebab nak minta simpati si comot agar si comot memujuk keluarganya supaya tidak menyembelih sesiapa pun antara mereka utk juadah hari raya. Dah memang angpa semua untuk manusia makan wehh.

Sebenarnya si comot tengah merajuk dengan parents dia. Si comot bagitahu awal-awal pada parents dia yang dia takmau ikut parents dia beraya rumah abang kepada ayahnya, yang bermaksud Pakngahnya. di Pahang. Kenapa si comot ni? selalu setiap tahun si comot akur dengan plan keluarganya utk beraya ke mana-mana sahaja.

Si comot teringat kisah 3bulan lepas. semasa pertunangan abang saudaranya, alang, yaa pandai. Anak ketiga pakngahnya yang berusia 4tahun lebih tua dari dia. Ada apa pada kisah itu? Masa majlis pertunangan alang, si comot bersungguh-sungguh untuk balik ke kg demi m'bantu majlis pertunangan alangnya itu bejalan dgn lancar. Si comot sgt gembira sebab dapat bejumpa dgn semua sedaramara tokneneknya. Dia juga dpt jumpa sedaramara belah isteri pakngahnya. Dia tak pasti apa gelaran yang patut diberi.

Di kg, si comot bersungguh-sungguh membantu, sedangkan sepupu-duapupu-tigapupu nya lain hanya membatu mengalahkan tugu peringatan pahlawan negara. Ada satu part kerja ni, alang memarahinya sebab tersalah buat. Tak pasti apa kerja itu. Lepas tu, makngahnya pulak memarahinya. Si comot cuba utk tak mengambil hati ketika itu. Terus membantu dan yang lain masih membatu. Tak paham betullah depa ni.

Bila difikirkan balik, si comot sgt bekecil hati dan nekad takmau jumpa depa lagi buat masa ni, atau mungkin untuk 3 4 tahun. Sangat. Walaupun masa pernikahan alang tu nanti, si comot tak mau hadir apatah lagi membantu!

Lalu si comot bagitahu pada keluarganya tentang hasratnya tidak mahu pulang ke kg pada raya tahun ini tanpa memberitahu alasan sebenar. Si comot bagitahu sebab nak jaga ayam-ayam dalam reban tu.Lalu, parents si comot meleteri si comot, bla bla bla bla.

Si comot bagitahu pada camet tentang masalahnya. Camet menasihati si comot, eh malah camet yang dimarahi kerana camet seolah-olah tidak memahaminya. Comot, kita bukan tak paham perasaan awak. Cuma Islam tak bagi porak peranda macam ni apatah lagi memutuskan silaturrahim. Si comot minta camet mengikuti keluarganya pulak ke kg untuk bertemu dgn alang dan makngahnya dan memberitahu bahawa si comot sangat berkecil hati dgnn mereka.
________________________________________

Okey tamatlah kisah si comot yang berkecil hati. Pesanan buat si comot :

Awak kecil hati dengan dua orang tu jep, takkan sampai taknak balik kg. Nanti semua saudara mara lain rindukan awak. Allah murka dengan orang yang memutuskan silaturrahim. nak nak hari mulia, bulan mulia. Allah memuliakan orang yang memaafkan orang lain. Sedangkan Allah pun Maha Pengampun, siapalah kita yang semua samataraf ni untuk berdendam.

Dari Abu Hurairah Radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” 
(Hadits riwayat Muslim)

Note: nama sebenar si comot telah di privasi kan dan cerita telah ditambah perisa demi menjaga keamanan sejagat.
.

Assalamualaikum ^__^

05 August 2012

i'm not looser!

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Yesterday, a friend of mine, yes of course a girl, ask me about NIKAH MUDA. Yes I know it is like a trend today, and only some of youth take it as a sunnah. Come on, we do everything based on our Prophet Sallallahu 'alaihi wasallam and for the sake of Allah. Only HIM! Many youth said they want to NIKAH MUDA with the reason to prevent 'zina'. Oh it is a good intention. But, how is your relationship until it can make you close to zina? It's your choice even want to close to it or try to make it far away from you. Allah cakap dalam al-Quran, "JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA". it's not about JANGAN KAMU BERZINA malah hampirinya pun is must be prevented. so then, kalau kamu mampu menjauhi perkara-perkara yang boleh bawa kamu ke arah zina, in sha Allah, kamu selamat dari perkara terkutuk itu.

My friend told me that she likes a boy who is very nice. She said, that she hope that the boy will has the same feeling towards her. Okey, tu lumrah manusia, ingin mencintai dan dicintai. Cuma kita sendiri yang arrangekan lumrah kita tu kepada cara yang bawa kita ke Jannah atau Jahannam. Wa na'u zu billah. Sini ada satu cerita dari seorang sahabat. Kita minta izin dia dah untuk copy di sini.
______________________________________

Hari ini aku terasa sangatlah looser. Ada seorang my schoolmate yang aku tak pernah berbual dengan dia sama ada reality atau pun maya. Aku gelarkan dia A. Ohh ya, pernah hanya beberapa kali masa kem kepimpinan sekolah. kebetulan kami satu group. Itu pun, hanya kepada perkara yang perlu sahaja.

Setelah hampir 2 tahun kami meninggalkan zaman persekolahan kami, tiba-tiba A cuba meng'add' aku di facebook. namun aku abaikan sahaja, kerana aku tidak gemar meng'approve' kawan lelaki yang tiada urusan dgnku. A msg fb ku. aku cuba abaikan. namun setelah beberapa kali dia hantar msg, aku akhirnya sedikit tewas dgn membalas msg dia. Aku jawab pertanyaan khabarnya, dan segala soalan yang dia ajukan. Kemudian, dia hantar msg, "sebenarnya aku nak bagitahu kau yang aku suka kau sejak kem tu" . Allah, mudahnya kau wahai A. Aku cakap, "ohh biasalah tu. mana ada muslim yang bencikan saudaranya. semua muslimkan bersaudara" . Dia cakap, "kau mesti faham apa yang aku cakapkan". Yep, aku faham, dan sebab tu aku tak reply lagi msg kau.

Sejak hari tu, hati aku tak tenang. Allah, ini ujian ni. Aku akui dia orang baik, dulu boleh dikatakan budak surau. sekarang dgr cerita dia join usrah di kampusnya. Cuma aku tak tahu mana silapnya kau tak mampu kawal perasaan kau. Aku akui, sejak hari tu aku asyik terfikirkan  dia. Sampailah satu malam aku tergerak buat solat malam. solat tahajud, solat taubat, solat istikharah. Aku minta Allah lupakan aku pada A kalau dia bukan jodoh aku. Aku minta Allah gerakkan A utk lupakan aku kalau aku bukan untuk dia.

Alhamdulillah, Allah perkenankan. sejak tu, aku dah tak terfikir dah lagi pasal dia. memang tenang.......
__________________________________

okey cukup sampai situ kita copy cerita dia. nampak tak kat situ apa lesson drpd cerita dia?
for me, it's simple. If you have feeling towards someone yang sampai kamu rasa tak senang duduk, asyik terpikir dia, mintak dia jadi jodoh kita, korang buat solat malam selain solat fardhu yg mmg dah wajib tu.
Korang minta Allah tunjukkan jalan yang betul, dijauhi dari perasaan mencintai dan berharap pada orang yang bukan Dia tetapkan untuk kita. buat ikhlas kerana Allah, In sha Allah dibantu oleh-Nya.

Jgnlah sampai luah perasaan di facebook,"AKU CINTA DIA KERANA ALLAH", "AKU HARAPKAN INGIN BERSAMA DIA HINGGA KE SYURGA" . ahaaaa, tak salah tu. tapi apa kata korang bina kekuatan diri korang tu dulu sbg persediaan masa hadapan.

Sejujurnya janganlah tanya kita tentang cinta manusia semua tu. I had no experience about it LANGSUNG! takda langsung oke! yang kita ada pengalaman tentang cinta untuk sahabat dan keluarga. dan yang paling penting untuk ALLAH, RASUL dan ISLAM keseluruhannya. hee.

LEBIH BAIK BUAT PREPARATION DAN REMINDER TERHADAP KEMATIAN daripada SIBUK MEMIKIRKAN TENTANG JODOH DAN PERKAHWINAN. kerana,

KEMATIAN ITU LEBIH PASTI DARI SEBUAH PERKAHWINAN.

04 August 2012

Tadabbur Ummul Kitab

Dengan nama Allah aku meluahkan kata-kata

Allah memulakan surah al-fatihah dengan lemah lembut utk SEMUA hamba-Nya dengan sifat PEMURAH, dan SPECIAL untuk mereka yang beriman dengan sifat PENYAYANG

Allah menegaskan betapa Allah itu MAHA SUCI, hanya Dia Tuhan seluruh alam. TIADA yang lebih suci dari-Nya.

Allah berlembut lagi dengan pengakuan sifat-Nya yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG

Allah bertegas lagi, mengingatkan manusia bahawa Dia adalah Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan. Hanya Dia, di mana semua makhluk hanya memikirkan diri sendiri, bilamana semua makhluk dikumpulkan di Mahsyar sana.

Oleh kerana Dia adalah Tuhan Yang Maha Suci, Dia Yang Menguasai Hari Penghakiman kelak, kita sebagai hamba buat pengakuan bahawa HANYA Dia yang kita sembah dan mohon pertolongan. Tiada yang lain! bukan dari manusia, bukan dari pemimpin kita, bukan dari ibu bapa kita.

Dan, kita sebagai hamba yang lemah, dengan hati yang selalu berbolak balik, kita minta kepada Allah agar ditunjukkan kepada kita jalan yang lurus. Bagaimana jalan yang lurus itu?

Allah jelaskan lagi, jalan yang Allah beri nikmat. Apa jalan nikmat itu? Jalan yang Allah redha, jalan yang benar menuju Jannah-Nya, bukan jalan yang sesat, jalan yang lagha, jalan yang Dia murkai.

______________________________________________________________________

Surah seringkas al-fatihah, yang menjadi rukun dalam apa jua solat, baik sunat apatah lagi wajib, punya banyak pengertian yang AMAT mendalam jika kita benar mentadabburinya.

Semoga setiap permintaan kita dalam al-fatihah itu diperkenankan oleh Dia yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi apatah lagi yang nyata.

Wallahu 'alam.

23 July 2012

9th month of 1433H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

3rd day of Ramadhan. Alhamdulillah, He allows us to be in the month with full barakah. In sha Allah, the door of Jannah is open wider, and the door of Jahannam is closed tightly. May all of us take the advantage of this month to increase our faith on Him, to top up our amalan, and try to change our bad behaviour to the mahmudah characteristics. Allahu musta'an ;)

Ramadhan yang ke 7 tanpa ayah. Hm rasanya semua sudah redha dengan kehilangan beliau. Apatah lagi bila hati ini punya iman terhadap Dia dan akhirat sana. Allah, rahmati ayah, tempatkan ayah bersama orang yang beriman. Terimalah segala amalannya, ampunkanlah segala dosa-dosanya. Ayah, rest in peace. Al-fatihah~

Kalau dulu masa sekolah rendah, teringat time terawih selalu pergi dengan ayah. Balik terawih, ayah kadang kadang belanja 'ngeteh' kat kedai. hihi masa tu kecik lagi, kisah apa kan. ada reward, rasa semangat sikit walaupun tahu yang terbaik adalah redha Allah. Tapi, tak berapa nak faham lagi time tu. Itu, rasanya a period of learning for the better understanding now and later.

Bila dah besar ni, tak rasa sangat suka pergi bazar Ramadhan. Kenapa eh? mcm prefer iftar dengan air tangan emak tersayang. kadang ada jugak terasa nak makan something favourite kat bazar tu, tapi abaikan jep. Bulan Ramadhan bukan sekadar lapar dan dahaga. Nafsu tu perlu dilatih untuk di atasi oleh iman.

Masa first Ramadhan tu, time sahur tu, tetiba sayu teringat pada rakyat Syria, Palestine dan Rohingya. Memanglah waktu sahur tak sama dengan depa, tapi terfikir apalah depa makan time sahur dan buka, macam manalah depa di sana dalam Ramadhan dengan perangnya. Allah, berilah mereka kekuatan dalam dan luar. Sebab tu terasa macam bulan Ramadhan ni tak payah lah nak ikut sangat rasa nak buka apa, makan jep apa yang ada.

Dengan cerita, student yang menuntut di Syria akan dibawa pulang sebab tempat perlindungan mereka di Damsyik sudah mula diserang. Depa cakap, terawih kat sana terpaksa dipendekkan sebab keadaan tak selamat. Tengoklah, kat Malaysia yang aman damai tenteram dan selesa ni pun, ramai yang prefer buat 8rakaat tanpa ada hal yang penting, lagi teruk tu tak terawih langsung, sibuk dengan dunia, padahal ada pilihan yang boleh dibuat.

Btw, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan bermanfaat pada kita semua. Jadikan Ramadhan ini bulan tarbiyyah kepada iman dan nafsu kita. Allah mewajibkan umat Islam berpuasa agar kita bertaqwa. Penting ke taqwa tu? of course! Tanpa Taqwa, kita tidak hidup aman damai. Tanpa taqwa, kita tidak rasa keperitan hidup saudara kita di bumi Syria. Tanpa taqwa, kita tidak rasa penat lelah perjuangan saudara kita di Palestine. Tanpa taqwa, kita bukan siapa-siapa di bumi Allah hari ini.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” 
(Q.S Al Baqarah, 2:183)

16 July 2012

Mu'min yang Redha.

In the name of Allah Most Gracious, Most Merciful.

Sejak result offer degree keluar, chat box dan handphone dihujani dengan pertanyaan dari sahabat-sahabat. ala-ala norman hakim yang diserbu peminatnya ketika zaman kegemilangannya dulu. Eh! kenapa Norman Hakim?

Bila dah bagitahu, masih ramai yang tanya kenapa bukan doktor perubatan atau doktor veterinar. hm kenapa bukan AEROSPACE ENGINEERING. Terutamanya yang tahu aku punya result setiap sem masa asasi. Bila result bagus, memang perlu sangat ke gelaran doktor tu, memang wajib ke pangkat IR? eh macam emotional pulak. erk -_-

Nak tahu ayat-ayat cinta dari Dia tak. Sumpah ayat ni OSEM dan cool.

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah 2:286)

Dolu dolu, masa zaman kanak-kanak riang ria bersama kuih raya, eh! aku selalu main doktor2 dengan adik dengan akak. Habis kusyen kat rumah ni jadi katil patient. Sumpah rindu time tu. Dan itulah cita-cita aku dulu. aku nak jadi doktor. Bila dah naik form 1, aku makin sedar pasal saudara kita di PALESTIN yang sedang hebat bertarung dengan Zionis Laknatullah. aku pun menyimpan azam dan cita-cita untuk berkhidmat sebagai doktor sukarelawan di Palestin.

Time asasi lah menentukan profesyen aku kelak. aku dah cuba buat sehabis baik, tapi pointer aku cuma macam ye tak ye untuk ambil medic, so tak dapatlah ambil MEDIC. Jujur, tak kisah pun pasal Veterinar. sebab memang tak minat walaupun layak dengan syaratnya.

Untuk kawan kawan yang tengah kecewa gilaaaaa tu, mesti lagi kecewa dari dengar result spm kan. hehe. Tipu kalau aku ni tak kecewa. Bohong kalau aku ni tak cemburu tengok kawan ambil medic.

"Mu'min yang hanya melihat dunia dari jendela akhirat, akan pasrah dan redha dengan setiap ketentuan-Nya dalam semua perkara bilamana dia telah meletakkan tiga perkara utama, USAHA yang bersungguh, DOA dengan penuh keyakinan, TAWAKAL dengan penuh pengharapan."

Mana kata kita beriman dengan Allah kalau kita tidak redha dengan rezekinya. Mana bukti kita percaya dengan Qada' dan QadarNya kalau kita sibuk dok meratap nasib. Kata Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam adalah role model kita, then kenapa kita nak cemburu dengan apa yang orang lain dapat. Kalau betul kita jadikan dunia hanya di tangan kita, tak kisahlah apa jua bidang kita, kita perlu bermanfaat untuk Islam.

Allahu akbar. Allahu Malik. Ya 'Alim. Ya Ghaffar. Ampunkan kami yang sering tidak bersyukur.

Kepada ASPerian batch tujuh(2011-2012) yang demi Allah saya sayang kamu,
Please cool dan relax. Course yang korang dapat tu, memang ramai kan yang bukan first choice, kadang yang takda pun dalam list choice. Okey tapi korang boleh usaha untuk tukar course kan, tapi kalau tak dapat, Ingat tak, Allah pernah kata dalam surah al-baqarah ayat 216. So, siapa kita nak tolak? Betul betul, menasihati tak sesukar untuk menghadapi. Tapi, I'm also in your shoes. memang susah nak redha, tapi bila kita fikir, kita hidup kat dunia ni sekadar untuk capai kerjaya je ke? Kerjaya cuma wasilah untuk kita dapatkan keredhaan Dia.

This life is very short. apatah lagi dunia kerjaya ni. dan lagi pendek alam degree kita. only 4 years. bukan ke Islam suruh kita menuntut ilmu sebanyak mungkin? Then, it's the way of getting more knowledge yang mungkin sukar untuk kita dapat.

ada sesuatu yang indah yang telah Dia aturkan untuk kita. Percayalah. ;)

07 July 2012

she got my ambition!

In the name of Allah Most Gracious, Most Merciful.

"Yeaaaa, I got A for my medicine. OMG, only me got A in my group for the subject. Haaa, for the two others subject that I said very difficult, I got B's. huhhh. i passed this sem excellently!"

Hohoho, tak terkeluar pun perkataan Alhamdulillah kan. eh eh, dalam hati kot, mana kau tahu kan. okey, husnudzon tu perlu okey. =='

Where I heard the dialogue above? hee, yesterday, kat satu tempat, biarlah rahsia. Sukanya dia bila dia ceria. Hoho, masa tu tgh hampir adzan maghrib, semua tgh senyap, tiba tiba dia menjerit kegembiraan.

Ohh doctor to be rupanya. Serious sgt jeles! Jahat tak? dia student fourth year UiTM. wahh lagi setahun, then jadi doctor. Bestnya !

Tau tak apa rasa masa tu? hooo, yang abaikan agama pun boleh dapat everything she want! Adik dia sebaya, student matrik. Speaking kott. Pandai kott dapat 3.9 something. apply medik jugak. lepas solat maghrib, duk bual lah dgn depa. She speaking english fluently. err jeles! depa cerita lah depa punya education, bla bla bla. yaaa, she always got everything she asks. 5A's in UPSR, 8A's in PMR, 10A's in SPM, 4.00 in foundation level, and now she is studying in medic. ohh ayah depa doctor.

Lepas solat isya', dok termenung kat luar rumah tu.Tiba-tiba terdetik, "Ya Allah, zalimnya aku pertikaikan apa yang kau takdirkan untuk hamba-hamba-Mu". err. kita ckp depa dpt everything depa nak walaupun agama di ambil ringan. Kita hampir lupa pasal ISTIDRAJ!. Apa tu?

#search sendiri for more info about it#

Istidraj ni kan, kita dapat apa yang kita nak, kita dapat mcm mcm kekayaan, kesenangan dunia, yang kita ingatkan Allah perkenankan segala apa yang kita nak padahal at the same time kita selalu langgar perintah dia. so kita cakap, "ala, aku tak byk solat mcm dia, tak payah baca al-Quran, tak tutup aurat, aku kaya jugak, aku ada kerjaya hebat jugak. Asal aku Islam dah laa kan". rupanya tu adalah nikmat yang Allah beri yang buat kita lagi jaaaaaaaauuuuuuuhhhhh dari dia. See that?

Haa tu laa, so jgn pertikaikan apa jua yang kita dapat, apa yang orang dapat. bukan kita tahu rezeki kita. Tu semua rezeki masing masing, yang Allah dah tetapkan masa kita dalam kandungan ibu kita lagi!
#tengok hadis 4 okey.

Kita buat je apa yang Allah suruh, jangan buat apa yang Allah larang. senang! dan IKHLAS, IKHLAS, IKHLAS. didik diri untuk IKHLAS walaupun terpaksa pada permulaan. biaq pie laa orang nak jadi doctor ke, IR ke, astronount ke, kat akhirat, bukan berguna semua tu, KECUALI lah kalau kita really guna occupation kita tu untuk bantu Islam.

Allah, jadikan aku begitu kelak yang berguna untuk Islam.

bila jumpa pakcik makcik yang dah lama tak jumpa, "ni tingkatan berapa ni?" malu nak jawab. Dah asasi dah makcik. 19 tahun dah. "alohhh ye ke? ingatkan baru tingakatan 3 ke 4 ke".
#awet muda ke kita ni. hehehe.

yang paling tak tahan nya, "lembut je budak ni, macam mak dia". haha, dulu sebelum akil baligh, kita kasar kott! betul, tak tipu. tiba mcm mana ntah boleh jadi mcm tu. tak perasan pun yang diri ni dah berubah.


OKEY, cuma selingan kisah hari ini dan semalam je.
Wassalam ^____^

04 July 2012

PLKN sebagai platform

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru habis PLKN ke cik adik? ehem, ehh mana ada. dah setahun lebih yang lalu pun.
Tadi selongkar bongkar laci almari, sajalah konon nak mengemas. Then terjumpa apa tau?
Jumpa gambar PLKN time aku pegang M16 tu! jumpa pulak gambar company Bravo time yang lepas watikah pelantikan tu. Lepas tu rasa excited sangat, bukak CD PLKN, bukak thumbrive, tengok balik gambar dgn kawan dekat sana, eh Alhamdulillah, takda gambar dengan wira lah. semua dgn wirawati.

Bila teringat PLKN ni, ada satu part aku rindu sangat nak berPLKN lagi. tapi bila teringat dari side lain, memang nekad taknak jejak lagi ke kem tu. eh why? biasalah, ada baik, ada buruknya. dan kadang kadang ada satu part tu terpulang pada kita nak jadikan suasana tempat lain tu baik or buruk.

Macam aku sendiri, aku suka PLKN tu sebab Allah izin dapat kawan rapat dgn orang yang baik.
Then yang non-muslim pun baik dan serba sedikit faham Islam. Paling aku ingat ada kawan yang cakap dia nak berubah bila tengok aku, yang ni Wallahi sangat terharu dan rasa hina depan Allah. Tapi, alhamdulillah sebab dia ada niat nak berubah cuma sekarang idk anything about her, sebab terus lost contact after a few month of our PLKN. sebab no phone dia hilang, acc fb pun rasanya dia dah deactivate.

Rasa rindu nak bangun awal then kejut satu dorm tu. Eh takda alarm pun senang pulak bgn awal. masa kat hostel dulu, hoii punyalah berkali kali alarm tu bunyi tapi kau matikan. heh. tapi rasanya sebab dah biasa bgn awal kat hostel kot, so then kat kem dah terbiasa even takda alarm. Lepas tu mandi, siap siap, terus pie surau. Ingat lagi, tiap kali dtg, biasanya surau tu gelap gelita sangat. cuma kadang-kadang ada wira yang dah datang awal. then bentang sejadah, solat kejap kalau tak azan lagi. selalu pergi dgn effa and ain. Whoaaa! serius rindu depa! kalau sabtu ahad takda xtvt pagi tu, pergi dhuha kat surau. hoho dgn angin kuat kat surau tu, memang cool gilaa lah solat kat situ.

Rindu jugak time tazkirah after maghrib tu. time tu lah rasa rohani terisi sikit lepas penat berfizikal masa waktu siang. Tapi yang tak sukanya bila ada wira and wirawati yang dok sibuk melilau mata. err cungkil baru tau. Teringat masa saudara Jufrie bagi tazkirah, time tu kalau perasan, ramailah wirawati yang berebut nak dok depan. hoho, takpelah, asal hang dengar jugak apa yang dia cakap. ape cerita ntah imam jufrie kita tu, semoga saudara istiqamah dalam jalan dakwah yang sangat berliku tetapi manis di penghujungnya nanti.

Satu je amalan yang tak pernah buat kat kem, ie puasa sunat. sebab mcm penat kott. eleh alasan laa, perang badar masa puasa, minor Muslimin lawan major non-muslim, menang jugak. Ni baru kem kot, alasan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Tulaaa, rasa menyesal jugak tak buat time kem.

tu laa benda yang baik aku rindu kat kem. taknak lah cerita pasal apa yang aku tak suka.
Seriously, nak sangat jumpa kawan kawan kat kem tu.

See betulkan, kalau kita boleh adapt sesuatu tempat tu dengan bawak benda baik, baiklah jadinya. and vice versa . Sebab bila tengok photo kawan kawan kat kem tu, kat kem lain, yang next intake, ada je yang bergambar wira wirawati. siap yang couple lagi. haa then, mana matlamat nak baiki sahsiah dan akhlak peserta? okey then, tak bolehlah lah hang nak tunjuk jurulatih tak bagus lah, kementerian tak sistematik buat modul lah, it's all point back to yourself. who are you is who you want to be.

Kalau memang korang betul betul baik sebab tu diri korang, korang tercampak kat henry gurney pun korang still boleh stand dgn diri korang, macam tu jugak kalau korang takda rasa sikit pun nak berubah, korang masuklah ma'ahad mana sekalipun, korang just jadi baik sebab peraturan tempat tu, then keluar, ha macam tu jugak.

that's why Islam kata, hidayah tu perlu dicari. Kalau korang ada rasa nak berubah tu kan, tu pun dah dikira hidayah, then korang takpayah laa kata "aku nak berubah, tapi nantilah bila dapat hidayah". see then korang akan terus berada di takuk lama. it should be korang kenalah find out sendiri strength utk berubah tu ie kawan dgn org baik, perbaiki amalan, modified akhlak, and etc lah.

_______________________________________________________________________________

Ehh bebel panjang macam ada orang nak baca pulak. eh takpelah, takda orang nak baca, at least later I can re-read my own blog if rasa kosong. lets istighfar before I end my writing today.

Astaghfirullahal 'azim. Astaghfirullahal'azm. Astaghfirullahal'azim.

Wallahu 'alam. may Allah give us strength to change for better.

Wassalamualaikum WBT ;D

22 May 2012

Anda Bijak Jauhi Zina !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Terasa macam nak tulis something tentang apa yang ada
disekeliling saya sekarang, or mungkin sekeliling kita semua tanpa kita sedar.
Gejalan zina yang semakin parah, kadang kita tak sedar punn masalah ni,
dok sibuk masalah politik,

aishhh oke.

Heii Bro and Sis.
Anda tahu apa itu zina? tahu!.
apa benda? alaa y lelaki perempuan melakukan something yang err tu.  
Yeaa pandai ! tapi itu secara kasarnya. 
Allah bukan setakat larang kita berzina tau, malah menDEKATI zina pun Allah larang. 

Percaya tak? 
haa cuba rajinkan diri buka al-Quran surah al-Isra' ayat 32.
haaa percaya kann?

nak tahu tak macam mana yang dikatakan menDEKATI zina?
nah ! both a man and a woman sit together without a HALAL relationship 
or we call when ajnabi sit together, the third is SYAITAN !

Rasulullah saw telah bersabda:
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad).

haa takut tak? cuba korang kan tgh duduk bersuka suki riang gembiranya, tapi dalam condition yang berhampiran dengan api. ehh ehh. apa kaitannya dgn api pulak ni hah.

Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij ).
Surah Ar-Rahman : 15
(baca : syaitan adalah sebahagian daripada Jin) 

kan syaitan diciptakan daripada api. 
maknanya di sini, kalaulah korang boleh rasakan kehadiran syaitan tu 
dan merasakan kepanasan api tu, 
pasti korang tidak akan terus menerus melakukan maksiat itu.

dan korang tahu tak, mestilah tahu kan. takpe, mungkin korang lupa. 
meh saya tolong ingatkan.
orang yang menuruti apa yang syaitan hasut, 
maka Allah telah menjanjikan balasan api untuk mereka.
nak sangat bersama api kan. (sorry kasar bro n_n)
"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam"
Maryam , 68
 (bukan nak kata y berzina tu kafir, tapi nak highlight di sini, orang yang mengikut jejak langkah syaitan)
  
dan lagi, apa yang dikatakan menDEKATI zina adalah masalah aurat. setuju tak?
ke ada bantahan? err sila sila. hemohemohemo n_n
tak perlu nak hurai panjang lebar di sini berkaitan aurat, sebab sudah banyak tersebar di mukabuka juga kicau. 

kenapa pulak aurat dikatakan mendekati zina?

mcm ni heh, cuba bayangkan ada seorang perempuan yang berbaju short sleeve dan short pants, 
berjalan dengan 
seorang perempuan berbaju labuh dan bertudung litup di shopping complex, 
agak agak mana yang diganggu.
dah confirm dan terbukti para lelaki akan melihat y perempuan pertama. 
hoiii hoii jangan tgk gua mcm tu.
siapa suruh lu pakai seksi macam tu? 

bro, sila tegur lu punya kawan or lu punya sister yang tidak menutup aurat.
bukan sebab just taknak dyorg berdosa.
untuk elakkan lu terus menerus menanggung dosa melihat aurat mereka. gelap hati bro tgk aurat org. T.T

dan para brother jugak, tolong tutup aurat anda dgn sempurna.
tak perlu HANYA menunding jari terhadap kesalahan wanita menutup aurat,
tapi ingat, anda juga ada aurat yang perlu dijaga.
pusat sampai BAWAH lutut bro! bukan atas lutut.

#setakat ni jelaa sebab benda jadi depan mata time keluar tadi, mencatat bedasarkan pengalaman tadi#
#dan ada orang tulis di blog pasal saya tunggu kawan saya si A selama satu jam sebab kesian kawan tu, ni respond saya : hm mmg lah A tak suruh saya tunggu, tapi saya datang dgn dia, so saya rasa saya b/jawab balik dgn dia juga. silalah cakap bermacam-macam di belakang saya. dan saya tak kisah jahat mana org buat saya, saya tak akan balas walaupun diberi peluang.(Ya Allah, kuatkan hamba-Mu utk bersifat terus begini) dan saya tenang dgn cara itu walaupun org dok ngutuk belakang saya. (dah laa ckp pasal tu weh, kecik je punn. err)

20 May 2012

ASASI life !

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Walaupun dah dua minggu tinggalkan asasi, tapi tetap rasa nak tulis something about it. kenapa tiba tiba nak tulis? sebab RINDU. sebab esok genap setahun perkenalan kami di asasi.

Datang daftar hari Jumaat. Dah ramai orang jugak masa tu di dewan.

Mula mula, sangat rapat dengan roomates. dengan atin paling rapat. ingat lagi first orientasi. pergi mana-mana sama sama. rasa macam budak sekolah rendah. Dah akhir asasi, sangatlah renggang sebab masing2 dah jumpa kawan yang lebih serasi.

Mula mula, even masih gelap, dah turun tunggu bas. lepas baca al-mathurat tu terus bersiap. rasanya 6.50 tu dah turun. Dah akhir asasi, pukul 7.30 tu lah paling awal turun tunggu bas.Tu baru nak tunggu bas, nak berebut lagi. HAHA.

Mula mula, datang kelas saing dengan pakcik yang bukak pintu kelas tu. Akhir asasi, staf2 tu siap dah dok rehat rehat lagi, kami baru terhegeh hegeh datang nak masuk kelas.

Mula mula, datang kelas tu, siap boleh dok lepak kat luar lagi. Dah akhir asasi, hah masuk kelas kadang kadang lecturer dah duduk di meja.

Mula mula, sangat skema time test yang malam malam tu, gap masa tu duduk library. gigih mendaki tangga kejayaan di library tu. konon nak tempat senyap untuk study. Dah akhir asasi, ada masa petang, siap balik bilik lagi, then after maghrib baru laa nak datang. bajet macam kolej dengan tempat exam tu dekat sangat laa. HOHO. pedulik apa ! n_n

Mula mula asasi, semua gigih berjalan pergi Putra Foodcourt. Tak mainlah slowrock tu. Dah akhir akhir, semua pakat pergi slowrock je. ada masa tu memang sangat malas nak keluar bilik pun.

Mula mula asasi, orang cakap rajinnya setiap malam buat revision. Hah pengaruh kawan, habis, akhir asasi last minutes baru dok gelabah buat revision #oh please, saya taknak ulangi tabiat ini lagi#

Mula mula asasi, naik bas sibuk berebut sebab nak duduk. Dah akhir akhir asasi, malas nak berebut. Tak kisah dah dapat bas cepat ke lambat. ^^

Mula mula asasi, dok pakat datang kelas pie beli breakfast. Akhir akhir asasi, makan sekali sehari je. Bukan sebab nak jimat sangat, sebab macam perut dah biasa lapar. #ye ke? heheh#


Yang tak banyak perubahan or takda perubahan terhadap tabiat di asasi:
  • bangun setengah jam before azan. Cuma kadang kalau tidur lebih dari jam 1.30 pagi, kdg 5minit before azan baru tersedar. lol~
  • Tak tidur dalam kelas kecuali melelapkan mata, rehat kejap jaaa. ;)
  • Alhamdulillah dapat istiqamah solat di surau dan pergi program Islamik.#sedihnya habis asasi sebab benda ni laa T.T
  • nerd pakai kasut pergi kelas. Bukan sebab nerd sebenarnya, tapi sebab selesa. senang nak jalan laju or berlari kejar bas. hekhekhek.

that's all I can recall so far sebab tadi tetiba terbual dengan kawan pasal kenangan di asasi. Oh serius. Asasi batch saya boleh dikatakan comfort zone.maybe sebab kawan dengan budak y baik. Betullah orang kata, perkara paling kita takut, "meninggalkan keadaan selesa kita" . Oh degree. Please be nice for me. Allah, give me the better life there.

#group ASPer semakin sunyi. Oh, mungkin ramai yang dah mula sibuk bekerja dan kelak ada y sibuk buat persediaan untuk fly.untunglaa ada jodoh dengan bumi anbia'. ^^



13 May 2012

don't misunderstanding bro !

Bismillahirrahmanirrahim.

Okey tajuk macam ganas BRO tu. sebenarnya untuk semua, tiada specific untuk akhi sahaja yer ;) rasa kalau guna bro tu macam sempoi dan tak nampak gedik. okey dah.

Sebenarnya nak share pasal ikhtilat. Siapa tahu apa itu ikhtilat? Mai orang yang masih cetek ilmu ni habaq mai apa tu ikhtilat. Secara ringkasnya, ikhtilat itu ialah pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. Bukan nak riak ujub apatah lagi takbur. Tak ramai yang faham pasal ikhtilat. Apa itu ikhtilat pun mungkin mereka rasakah asing macam alien. Tetapi itulah tugas kita yang tahu untuk memberi tahu dan mengajak kepada makruf.

Memang tidak dinafikan kebanyakan kita yang faham akan ikhtilat mampu menjaganya di alam nyata, namun belum pasti di alam maya. Serius tak tipu!  Memang sukar sebenarnya tetapi itulah perintah-Nya, kita sebagai hamba wajib menuruti-Nya.

“Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”. (QS. al-Ahzab: 32)


 sekadar gambar hiasan

Walaupun lelaki itu tidak mendengar suara lunak kita, tetapi susunan ayat dan kata-kata kita sebenarnya sudah mampu membuatkan mereka membayangkan ke luar dari apa yang seorang perempuan sangkakan. #itu pengakuan seorang sahabat ketika berbincang tentang suatu urusan#
Lagi pula apabila sudah lama berbual, syaitan dan iblis laknatullah tidak akan mebiarkan perbualan asas hanya sekadar perbualan, dihasutnya lagi sampai mungkin kita terleka tanpa kita sedar. boleh bawa kepada zina dan. . . . . fikirlah sendiri. hee.
Sabda Nabi SAW bermaksud:
 “Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya”(Hadis Sahih)

memang tiada hukum haram dalam al-Quran menghalang lelaki dan perempuan berchatting dan berhubung. Boleh silakan. Tetapi dengan syarat hanya urusan darurat dan perbincangan. Jangan guna alasan dakwah untuk berhubung sedangkan silalah lelaki mendakwah lelaki dan perempuan mendakwah perempuan jika ingin dilakukan secara peribadi. itukan lebih selesa dan terjaga ;)
Wallahu 'alam. 
 sekadar gambar hiasan

07 May 2012

Berakhir sudah T_T

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Yang Maha Mengetahui AJAL dan MAUT, Yang Mengetahui rezeki dan JODOH PERTEMUAN.
 walaupun kita tak saling mengenali semuanya, tapi kita pernah sama sama berjuang bergelarkan Pelajar Asasi Sains Pertanian Batch-7 dan yang penting kita sama-sama saudara Islam. ;DD

Alhamdulillah, setahun sudah berlalu. bukan lagi pelajar ASPerian UPM, kini ALUMI ASPerian UPM BATCH 7. (tak rasa gah pun ! serius, rasa macam dah tua sgt huhu)

Masa tempoh setahun tu, rasa macam lamanya masa berlalu. Tapi bila dah tiba 4/Mei/2012, terasa macam sangat cepat masa berlalu. Last tu paper Chemistry, keluar bilik exam, tgk kat luar sangatlah meriah. Tapi hati ni sangat sedih. Sumpah, sangat sayu! berat hati ! tgk jugak lah semua pelajar asasi y ada kat situ walaupun tak kenal, tapi sekurang-kurangnya kita pernah berjuang di bawah satu bumbung bergelarkan PELAJAR ASASI SN PERTANIAN batch 7 kann.

Kenangan yang indah bukan terletak pada betapa riang gembiranya kita melalui kenangan itu, tapi terletak sejauh mana kenangan itu memberi kesan dalam hidup kita. dan setahun yang sangat singkat itu, sangat memberi kesan terhadap diri ini. sangat kepada hati. semakin terasa betapa pentingnya amar makruf wa nahi mungkar. sangat sedar betapa pentingnya tugas dakwah utk setiap individu muslim. sangat menghargai betapa indahnya ukhuwah kerana Allah.
 Lecturer Organic Chemistry. sangat Osemmmm. Prof Madya Dr Mohd Zaki. Teringat masa dpt lolipop, dr letak dlm songkok. comel sgt. dan sangat penyabar ajar OC time t/hari mmg time kami ngantuk. hehe.

Terima kasih Pusat Asasi Sains Pertanian kerana menerima saya sebagai pelajar untuk setahun. Terima kasih para pensyarah y telah bertungkus lumus menyampaikan ilmu kepada kami y perangai tak matured langsung ni ! hee. Especially kpd : Sir Zolkifli, Sir Ismail Omar, Sir Mohd Nooh, Dr Muhd Nur, Dr Ummi, Sir ARHO, dan lecturer lain yang mengajar secara tak langsung. Terima kasih kolej 13 kerana menjaga kebajikan pelajar asasi selama setahun.

Syukran untuk ALUMNI ASPER batch 7 amnya, kepada Hi-5 khususnya, kepada sahibul eclipse specialnya. Seriusly, mesti sgt rindu korang semua y macam budak budak sekolah ni. hee comel sgt korang ni! sangat istimewa untuk roomates G401. sorry walaupun setahun, kita tak dapat ta'aruf sepenuhnya sebab masing2 terlalu sibuk dgn hal sendiri. even jarang bebual, kita sayang awak semua sebab kita pernah jadi mcm adik beradik dlm satu bilik.

y ni teramat amat istimewa untuk sahabat y paling kita syg walaupun selalu 'gaduh'. Asma , Ezzah, Liyana, Putri dan Syafiqah amir sharifuddin. Tapi, kdg2 tu kan, gaduh tu perlu untuk kita lebih kenal kawan kita kan. sebab ada certain org ni, bila gaduh, dia akan layan pergaduhan ni. ada certain org pulak, dia akan cuba elakkan pergaduhan dgn mengalah. Judge lah sendiri korang kat mana. kita sedaya upaya jadi y kedua tu, tapi kekadang kalau mmg mood dah tahap syaitan menguasai, memang lah, sama ada terus melayan gaduh tu, or dah malas nak layan hang. tapi kan selalunya awak ckplah, marahlah byk mana pun, kita ckp/balas sepatah dua je. sorry. kita cuma manusia biasa dan bukan baik pun. kehkehkeh.

Pasti rindukan kenangan ini :
Tunggu bas dan berebut bas beramai-ramai time budak degree ada.
Tunggu bas sangat lama time budak degree cuti.
Kalau dapat pakcik bas y baik tu, bila budak degree takda, dia hantar sampai pusat asasi. Takpayah penat berjalan. lepas ni susah kot nak mcm ni.
Beratur panjang beli makanan kat makcik di Pusat ASPer.
Tunggu bas ramai ramai kalau exam malam lagilah err.
Dengar ceramah/tazkirah kat surau orion, majority pelajar asasi kan. sgt baik korang ni ^__^
Dgn bestfriends, pergi Pasar Tani Mardi, jogging, cari buah, berbasikal.

Sangat sedih masa nak tinggalkan ASPer sabtu tu. dtg kejap je gotong royong tu. sebelum ramai org dtg , dah pergi dr Pusat Asasi sebab taknak terasa y masa itu adalah hari terakhir dgn kamu semua. Sangat sedih dah tinggalkan surau Orion malam sabtu tu. Semoga surau Orion terus diimarahkan oleh pelajar degree dan asasi next batch.

Ya Allah, ikatlah hati hati kami dijalan-Mu. Walau jasad terpisah jauh, tapi biarlah hati hati ini tetap dekat kerana memegang pada akidah dan matlamat y satu. Semoga perpisahan ini buatkan kami muhasabah diri dgn apa y Allah tetapkan. Bila dekat gaduh, bila jauh rindu. lebih baik jauh kan. hee.

Manfaatkan masa cuti sebaiknya. Terpulanglah nak kerja ke apa ke. y penting berguna untuk Islam oke =="

Assalamualaikum





22 April 2012

Semua kerana niat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Wanna to share some of our usrah discussion. Ringkas jaa.

Kenapa kita solat? Sebab dah masuk waktu? sebab memang parents ajar macam tu sejak kecil? sebab tu memang dah jadi tabiat kita hari2 sebagai Muslim?. Oh no ! please modifiy to more matured view. Kita semua dah besar laa. Ops salah. Bukan persoalan dah besar ke masih muda ke. ni persoalan, kita dah perlu matang untuk berfikir in Islamic way. kita makhluk yang dipilih untuk menjadi khalifah. Sebaik2 kejadian, seindah ciptaan.



Tadabbur al-Quran, tengok balik, macam mana malaikat yang dijadikan drpd cahaya persoalkan keputusan Allah untuk jadikan manusia y drpd tanah ni utk jadi pemimpin di muka bumu yang sangat luas ini. Malaikat kata manusia ni akan melakukan kerosakan di muka bumi ni. Namun, Allah jawab, "Aku lebih Mengetahui segalanya". Cek surah al-Baqarah. m/s 6 kalau tak silap dalam al-Quran resam uthmani. Allah ciptakan manusia hanya untuk megabdikan diri kepadanya. Bukan kepada FACEBOOK, bukan kepada drama KOREA, bukan kepada harta dan pangkat.

Apa jua yang kita lakukan, perlulah niat hanya kerana Dia. Dia Yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Esa. Peringatan untuk diri yang selalu leka. Ikhlas kan hati. Ikhlas kan hati. Ikhlas kan hati. Bila ada sekelumit rasa riak dan ujub dalam hati, memang sia2 lah segala amalan dan kebaikan.

Untuk beribadah especially ibadah khusus, pastikan diri dalam keadaan bersuci yang sempurna. Berdasarkan sedikit pembacaan tentang Fiqh, separuh drpd umat Islam yang beribadat masuk neraka kerana tidak sempurna muthaharahnya. Na'uzu billah.

Jangan terlalu ekstrem tentang sesuatu perihal. cukup sekadar wassathiah, iaitu bersederhana. Contoh, Kalau nak tutup aurat dengan sempurna, janganlah sampai pakai kain yang meleret ke lantai sebab taknak nampak kaki time berjalan. Then nanti nak solat kan dah payah. Kena sentiasa tukar pakaian. Boleh je kann pakai seluar track ke kat dalam tu. ^_^. Jangan sama kan golongan ekstrem ni dgn ahli sufi. Ada perbezaannya. Asif, tentang ahli sufi ni, ana tak tahu nak bagi pandangan dan huraian. Sedang dalam proses mencari.

Sekadar ni coretan dari hati yang daif. kita bukan student sastera yang pandai nak bermadah bicara. bukan juga pelajar aliran agama. Sekadar cuba berkongsi apa yang diperoleh. semoga bermanfaat.

Wassalam. = ='

19 January 2012

Pentingnya Jemaah dan tahajud.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar iman hari ni? Tanya pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman. Baru selesai usrah di bilik bersama roomates.Apa yang kita dapat hari ni? Hari ni bincangkan pasal diri sendiri. Hebatnya sebuah usrah.


Mulianya sebuah ukhuwah kerana Illahi. Kena cari diri sendiri semula.
Kena bina kekuatan dalaman sebelum membina kekuatan fizikal.
Mana datangnya satu kekuatan tu?
Semua dari Allah Yang Maha Agung.
Dan manusai kdg2 menjadi sebab Allah jadikan kita kuat.
Sbg seorang anak,kita terus kuat dan tabah untuk terus menuntut ilmu kerana ibu ayah kita.
Mereka hanya sebab. Tapi Allah yang menganugerahkan kekuatan itu.
Kekuatan dalaman perlu dibina dengan konsisten dalam melakukan tahajud.
Masa perbincangan tadi, sangat malu dengan Allah sebab rasanya terlalu jarang melakukan tahajud. Bukannya tiada langsung, tapi sebulan kdg2 sekali je.

Ya Allah, hinanya rasa hamba-Mu ini.

Allah amat suka hamba-Nya bersolat jemaah.
Jemaah tu memberi kekuatan ukhuwah antara semua umat Islam.
Dengan lurusnya saf, bersama mengaminkan doa, bersalam selepas solat, memberi peluang kepada para jemaah untuk bersatu.
Itu salah satu cara untuk tegakkan syiar Allah.
Masa zaman Sultan Mohamad al-Fateh sekalipun, mereka amat menitikberatkan solat jemaah dan tahajud dalam kalangan tenteranya.

Lihat, mereka menawan seluruh Kotan Kostantinopel. Hebatnya seorang pemimpin yang muda ! Okey setakat tu je perkongsian ringkas untuk kali ni ye anak-anak *gaya cikgu tadika*.
Moga bermanfaat untuk seluruh isi dunia.

14 January 2012

Ikhlas letaknya di sini.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sahabat yang kita kasihi.

Ikhlas terletak di hati. Hati ini milik Allah. 
Dia bagi kita pinjam hati yang lumrahnya adalah penuh dengan kebaikan.
Ikhlas adalah hal antara hamba dengan Penciptanya.
Sedangkan malaikat juga tidak tahu sama ada hamba itu ikhlas atau tidak. 
Raqib dan Atid hanya mencatat amalan kita, tetapi nilai keikhlasan, hanya Allah yang tahu. 
Ikhlas perlu dididik. Ikhlas sukar dibentuk namun amat mudah untuk rapuh. 
Jadi, tu tanggungjawab kita untuk sentiasa perbaharui niat. 
Memang tak dinafikan, pada awalnya kita niat menuntut ilmu kerana Allah, tapi tiba satu tahap, bila tengok rakan-rakan berlumba-lumba nak capai 4.0, for sure kita akan rasa tercabar untuk mencapainya juga. dan kat situ, niat kita akan serta-merta berubah. Once kita sedar niat kita dah berubah, means Allah segera mengetuk hati kita untuk kembali kepada niat asal kita. Syaitan tidak akan pernah berhenti dan leka menghasut dan melalaikan manusia dari mengingati Allah. That is only their task.

Hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim, ia berkata hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:

Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah SWT.

Ana takkan tinggalkan anti rasa putus asa. In sha Allah, ana akan sentiasa mengingatkan anti terhadap Allah. sebab ana sayang anti kerana Allah. ^__^