22 May 2012

Anda Bijak Jauhi Zina !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Terasa macam nak tulis something tentang apa yang ada
disekeliling saya sekarang, or mungkin sekeliling kita semua tanpa kita sedar.
Gejalan zina yang semakin parah, kadang kita tak sedar punn masalah ni,
dok sibuk masalah politik,

aishhh oke.

Heii Bro and Sis.
Anda tahu apa itu zina? tahu!.
apa benda? alaa y lelaki perempuan melakukan something yang err tu.  
Yeaa pandai ! tapi itu secara kasarnya. 
Allah bukan setakat larang kita berzina tau, malah menDEKATI zina pun Allah larang. 

Percaya tak? 
haa cuba rajinkan diri buka al-Quran surah al-Isra' ayat 32.
haaa percaya kann?

nak tahu tak macam mana yang dikatakan menDEKATI zina?
nah ! both a man and a woman sit together without a HALAL relationship 
or we call when ajnabi sit together, the third is SYAITAN !

Rasulullah saw telah bersabda:
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad).

haa takut tak? cuba korang kan tgh duduk bersuka suki riang gembiranya, tapi dalam condition yang berhampiran dengan api. ehh ehh. apa kaitannya dgn api pulak ni hah.

Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij ).
Surah Ar-Rahman : 15
(baca : syaitan adalah sebahagian daripada Jin) 

kan syaitan diciptakan daripada api. 
maknanya di sini, kalaulah korang boleh rasakan kehadiran syaitan tu 
dan merasakan kepanasan api tu, 
pasti korang tidak akan terus menerus melakukan maksiat itu.

dan korang tahu tak, mestilah tahu kan. takpe, mungkin korang lupa. 
meh saya tolong ingatkan.
orang yang menuruti apa yang syaitan hasut, 
maka Allah telah menjanjikan balasan api untuk mereka.
nak sangat bersama api kan. (sorry kasar bro n_n)
"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam"
Maryam , 68
 (bukan nak kata y berzina tu kafir, tapi nak highlight di sini, orang yang mengikut jejak langkah syaitan)
  
dan lagi, apa yang dikatakan menDEKATI zina adalah masalah aurat. setuju tak?
ke ada bantahan? err sila sila. hemohemohemo n_n
tak perlu nak hurai panjang lebar di sini berkaitan aurat, sebab sudah banyak tersebar di mukabuka juga kicau. 

kenapa pulak aurat dikatakan mendekati zina?

mcm ni heh, cuba bayangkan ada seorang perempuan yang berbaju short sleeve dan short pants, 
berjalan dengan 
seorang perempuan berbaju labuh dan bertudung litup di shopping complex, 
agak agak mana yang diganggu.
dah confirm dan terbukti para lelaki akan melihat y perempuan pertama. 
hoiii hoii jangan tgk gua mcm tu.
siapa suruh lu pakai seksi macam tu? 

bro, sila tegur lu punya kawan or lu punya sister yang tidak menutup aurat.
bukan sebab just taknak dyorg berdosa.
untuk elakkan lu terus menerus menanggung dosa melihat aurat mereka. gelap hati bro tgk aurat org. T.T

dan para brother jugak, tolong tutup aurat anda dgn sempurna.
tak perlu HANYA menunding jari terhadap kesalahan wanita menutup aurat,
tapi ingat, anda juga ada aurat yang perlu dijaga.
pusat sampai BAWAH lutut bro! bukan atas lutut.

#setakat ni jelaa sebab benda jadi depan mata time keluar tadi, mencatat bedasarkan pengalaman tadi#
#dan ada orang tulis di blog pasal saya tunggu kawan saya si A selama satu jam sebab kesian kawan tu, ni respond saya : hm mmg lah A tak suruh saya tunggu, tapi saya datang dgn dia, so saya rasa saya b/jawab balik dgn dia juga. silalah cakap bermacam-macam di belakang saya. dan saya tak kisah jahat mana org buat saya, saya tak akan balas walaupun diberi peluang.(Ya Allah, kuatkan hamba-Mu utk bersifat terus begini) dan saya tenang dgn cara itu walaupun org dok ngutuk belakang saya. (dah laa ckp pasal tu weh, kecik je punn. err)

20 May 2012

ASASI life !

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Walaupun dah dua minggu tinggalkan asasi, tapi tetap rasa nak tulis something about it. kenapa tiba tiba nak tulis? sebab RINDU. sebab esok genap setahun perkenalan kami di asasi.

Datang daftar hari Jumaat. Dah ramai orang jugak masa tu di dewan.

Mula mula, sangat rapat dengan roomates. dengan atin paling rapat. ingat lagi first orientasi. pergi mana-mana sama sama. rasa macam budak sekolah rendah. Dah akhir asasi, sangatlah renggang sebab masing2 dah jumpa kawan yang lebih serasi.

Mula mula, even masih gelap, dah turun tunggu bas. lepas baca al-mathurat tu terus bersiap. rasanya 6.50 tu dah turun. Dah akhir asasi, pukul 7.30 tu lah paling awal turun tunggu bas.Tu baru nak tunggu bas, nak berebut lagi. HAHA.

Mula mula, datang kelas saing dengan pakcik yang bukak pintu kelas tu. Akhir asasi, staf2 tu siap dah dok rehat rehat lagi, kami baru terhegeh hegeh datang nak masuk kelas.

Mula mula, datang kelas tu, siap boleh dok lepak kat luar lagi. Dah akhir asasi, hah masuk kelas kadang kadang lecturer dah duduk di meja.

Mula mula, sangat skema time test yang malam malam tu, gap masa tu duduk library. gigih mendaki tangga kejayaan di library tu. konon nak tempat senyap untuk study. Dah akhir asasi, ada masa petang, siap balik bilik lagi, then after maghrib baru laa nak datang. bajet macam kolej dengan tempat exam tu dekat sangat laa. HOHO. pedulik apa ! n_n

Mula mula asasi, semua gigih berjalan pergi Putra Foodcourt. Tak mainlah slowrock tu. Dah akhir akhir, semua pakat pergi slowrock je. ada masa tu memang sangat malas nak keluar bilik pun.

Mula mula asasi, orang cakap rajinnya setiap malam buat revision. Hah pengaruh kawan, habis, akhir asasi last minutes baru dok gelabah buat revision #oh please, saya taknak ulangi tabiat ini lagi#

Mula mula asasi, naik bas sibuk berebut sebab nak duduk. Dah akhir akhir asasi, malas nak berebut. Tak kisah dah dapat bas cepat ke lambat. ^^

Mula mula asasi, dok pakat datang kelas pie beli breakfast. Akhir akhir asasi, makan sekali sehari je. Bukan sebab nak jimat sangat, sebab macam perut dah biasa lapar. #ye ke? heheh#


Yang tak banyak perubahan or takda perubahan terhadap tabiat di asasi:
  • bangun setengah jam before azan. Cuma kadang kalau tidur lebih dari jam 1.30 pagi, kdg 5minit before azan baru tersedar. lol~
  • Tak tidur dalam kelas kecuali melelapkan mata, rehat kejap jaaa. ;)
  • Alhamdulillah dapat istiqamah solat di surau dan pergi program Islamik.#sedihnya habis asasi sebab benda ni laa T.T
  • nerd pakai kasut pergi kelas. Bukan sebab nerd sebenarnya, tapi sebab selesa. senang nak jalan laju or berlari kejar bas. hekhekhek.

that's all I can recall so far sebab tadi tetiba terbual dengan kawan pasal kenangan di asasi. Oh serius. Asasi batch saya boleh dikatakan comfort zone.maybe sebab kawan dengan budak y baik. Betullah orang kata, perkara paling kita takut, "meninggalkan keadaan selesa kita" . Oh degree. Please be nice for me. Allah, give me the better life there.

#group ASPer semakin sunyi. Oh, mungkin ramai yang dah mula sibuk bekerja dan kelak ada y sibuk buat persediaan untuk fly.untunglaa ada jodoh dengan bumi anbia'. ^^



13 May 2012

don't misunderstanding bro !

Bismillahirrahmanirrahim.

Okey tajuk macam ganas BRO tu. sebenarnya untuk semua, tiada specific untuk akhi sahaja yer ;) rasa kalau guna bro tu macam sempoi dan tak nampak gedik. okey dah.

Sebenarnya nak share pasal ikhtilat. Siapa tahu apa itu ikhtilat? Mai orang yang masih cetek ilmu ni habaq mai apa tu ikhtilat. Secara ringkasnya, ikhtilat itu ialah pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. Bukan nak riak ujub apatah lagi takbur. Tak ramai yang faham pasal ikhtilat. Apa itu ikhtilat pun mungkin mereka rasakah asing macam alien. Tetapi itulah tugas kita yang tahu untuk memberi tahu dan mengajak kepada makruf.

Memang tidak dinafikan kebanyakan kita yang faham akan ikhtilat mampu menjaganya di alam nyata, namun belum pasti di alam maya. Serius tak tipu!  Memang sukar sebenarnya tetapi itulah perintah-Nya, kita sebagai hamba wajib menuruti-Nya.

“Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”. (QS. al-Ahzab: 32)


 sekadar gambar hiasan

Walaupun lelaki itu tidak mendengar suara lunak kita, tetapi susunan ayat dan kata-kata kita sebenarnya sudah mampu membuatkan mereka membayangkan ke luar dari apa yang seorang perempuan sangkakan. #itu pengakuan seorang sahabat ketika berbincang tentang suatu urusan#
Lagi pula apabila sudah lama berbual, syaitan dan iblis laknatullah tidak akan mebiarkan perbualan asas hanya sekadar perbualan, dihasutnya lagi sampai mungkin kita terleka tanpa kita sedar. boleh bawa kepada zina dan. . . . . fikirlah sendiri. hee.
Sabda Nabi SAW bermaksud:
 “Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya”(Hadis Sahih)

memang tiada hukum haram dalam al-Quran menghalang lelaki dan perempuan berchatting dan berhubung. Boleh silakan. Tetapi dengan syarat hanya urusan darurat dan perbincangan. Jangan guna alasan dakwah untuk berhubung sedangkan silalah lelaki mendakwah lelaki dan perempuan mendakwah perempuan jika ingin dilakukan secara peribadi. itukan lebih selesa dan terjaga ;)
Wallahu 'alam. 
 sekadar gambar hiasan

07 May 2012

Berakhir sudah T_T

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Yang Maha Mengetahui AJAL dan MAUT, Yang Mengetahui rezeki dan JODOH PERTEMUAN.
 walaupun kita tak saling mengenali semuanya, tapi kita pernah sama sama berjuang bergelarkan Pelajar Asasi Sains Pertanian Batch-7 dan yang penting kita sama-sama saudara Islam. ;DD

Alhamdulillah, setahun sudah berlalu. bukan lagi pelajar ASPerian UPM, kini ALUMI ASPerian UPM BATCH 7. (tak rasa gah pun ! serius, rasa macam dah tua sgt huhu)

Masa tempoh setahun tu, rasa macam lamanya masa berlalu. Tapi bila dah tiba 4/Mei/2012, terasa macam sangat cepat masa berlalu. Last tu paper Chemistry, keluar bilik exam, tgk kat luar sangatlah meriah. Tapi hati ni sangat sedih. Sumpah, sangat sayu! berat hati ! tgk jugak lah semua pelajar asasi y ada kat situ walaupun tak kenal, tapi sekurang-kurangnya kita pernah berjuang di bawah satu bumbung bergelarkan PELAJAR ASASI SN PERTANIAN batch 7 kann.

Kenangan yang indah bukan terletak pada betapa riang gembiranya kita melalui kenangan itu, tapi terletak sejauh mana kenangan itu memberi kesan dalam hidup kita. dan setahun yang sangat singkat itu, sangat memberi kesan terhadap diri ini. sangat kepada hati. semakin terasa betapa pentingnya amar makruf wa nahi mungkar. sangat sedar betapa pentingnya tugas dakwah utk setiap individu muslim. sangat menghargai betapa indahnya ukhuwah kerana Allah.
 Lecturer Organic Chemistry. sangat Osemmmm. Prof Madya Dr Mohd Zaki. Teringat masa dpt lolipop, dr letak dlm songkok. comel sgt. dan sangat penyabar ajar OC time t/hari mmg time kami ngantuk. hehe.

Terima kasih Pusat Asasi Sains Pertanian kerana menerima saya sebagai pelajar untuk setahun. Terima kasih para pensyarah y telah bertungkus lumus menyampaikan ilmu kepada kami y perangai tak matured langsung ni ! hee. Especially kpd : Sir Zolkifli, Sir Ismail Omar, Sir Mohd Nooh, Dr Muhd Nur, Dr Ummi, Sir ARHO, dan lecturer lain yang mengajar secara tak langsung. Terima kasih kolej 13 kerana menjaga kebajikan pelajar asasi selama setahun.

Syukran untuk ALUMNI ASPER batch 7 amnya, kepada Hi-5 khususnya, kepada sahibul eclipse specialnya. Seriusly, mesti sgt rindu korang semua y macam budak budak sekolah ni. hee comel sgt korang ni! sangat istimewa untuk roomates G401. sorry walaupun setahun, kita tak dapat ta'aruf sepenuhnya sebab masing2 terlalu sibuk dgn hal sendiri. even jarang bebual, kita sayang awak semua sebab kita pernah jadi mcm adik beradik dlm satu bilik.

y ni teramat amat istimewa untuk sahabat y paling kita syg walaupun selalu 'gaduh'. Asma , Ezzah, Liyana, Putri dan Syafiqah amir sharifuddin. Tapi, kdg2 tu kan, gaduh tu perlu untuk kita lebih kenal kawan kita kan. sebab ada certain org ni, bila gaduh, dia akan layan pergaduhan ni. ada certain org pulak, dia akan cuba elakkan pergaduhan dgn mengalah. Judge lah sendiri korang kat mana. kita sedaya upaya jadi y kedua tu, tapi kekadang kalau mmg mood dah tahap syaitan menguasai, memang lah, sama ada terus melayan gaduh tu, or dah malas nak layan hang. tapi kan selalunya awak ckplah, marahlah byk mana pun, kita ckp/balas sepatah dua je. sorry. kita cuma manusia biasa dan bukan baik pun. kehkehkeh.

Pasti rindukan kenangan ini :
Tunggu bas dan berebut bas beramai-ramai time budak degree ada.
Tunggu bas sangat lama time budak degree cuti.
Kalau dapat pakcik bas y baik tu, bila budak degree takda, dia hantar sampai pusat asasi. Takpayah penat berjalan. lepas ni susah kot nak mcm ni.
Beratur panjang beli makanan kat makcik di Pusat ASPer.
Tunggu bas ramai ramai kalau exam malam lagilah err.
Dengar ceramah/tazkirah kat surau orion, majority pelajar asasi kan. sgt baik korang ni ^__^
Dgn bestfriends, pergi Pasar Tani Mardi, jogging, cari buah, berbasikal.

Sangat sedih masa nak tinggalkan ASPer sabtu tu. dtg kejap je gotong royong tu. sebelum ramai org dtg , dah pergi dr Pusat Asasi sebab taknak terasa y masa itu adalah hari terakhir dgn kamu semua. Sangat sedih dah tinggalkan surau Orion malam sabtu tu. Semoga surau Orion terus diimarahkan oleh pelajar degree dan asasi next batch.

Ya Allah, ikatlah hati hati kami dijalan-Mu. Walau jasad terpisah jauh, tapi biarlah hati hati ini tetap dekat kerana memegang pada akidah dan matlamat y satu. Semoga perpisahan ini buatkan kami muhasabah diri dgn apa y Allah tetapkan. Bila dekat gaduh, bila jauh rindu. lebih baik jauh kan. hee.

Manfaatkan masa cuti sebaiknya. Terpulanglah nak kerja ke apa ke. y penting berguna untuk Islam oke =="

Assalamualaikum