13 August 2012

Si comot berkecil hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana.

24 Ramadhan already. 5 days to go. sebab puasa tahun ni 29 hari kan. ke tak? Bila dah besar ni., tak rasa sangat feeling nak raya tu. sebab rasa lagi sedih sebab tinggal Ramadhan. Ke kita sorang jep rasa cenggitu. huhh. Azam nak buat Qiamullail hari-hari sepanjang Ramadhan tak tercapai gamaknya. sebab masa first week tu, selang seli. Second week, tak payah cakap. Dan final week ni laa sedang ai ai fighting dengan nafsu dan bantal.

Baru dapat tahu kematian ibu sahabat dua minggu lepas. Nasuha. Masa tu depa otw balik dari aiport jemput nasuha yang balik Malaysia dari Jepun. Rempuh lembu. Aii, lembu pun satu yang ang pie main tengah jalan malam-malam buta tu buat apa. ang besar mana pun, bila dah gelap tgh malam, siapa pun tak perasan ang. Eh. Al-fatihah buat ibu Nasuha. Saudari Nasuha, semoga ang sabar hadapi dugaan ni. mmg Allah sayang ang bagi ujian macam tu.

Ada satu cerita tentang si comot.

______________________________________________

Si comot termenung di tepi reban ayam milik keluarganya. Ayam dalam reban tu pun punya lah senyap memahami perasaan si comot yang sedang gundah gulana seperti ayam berak kapur. Eh. Atau pun ayam tu senyap sebab nak minta simpati si comot agar si comot memujuk keluarganya supaya tidak menyembelih sesiapa pun antara mereka utk juadah hari raya. Dah memang angpa semua untuk manusia makan wehh.

Sebenarnya si comot tengah merajuk dengan parents dia. Si comot bagitahu awal-awal pada parents dia yang dia takmau ikut parents dia beraya rumah abang kepada ayahnya, yang bermaksud Pakngahnya. di Pahang. Kenapa si comot ni? selalu setiap tahun si comot akur dengan plan keluarganya utk beraya ke mana-mana sahaja.

Si comot teringat kisah 3bulan lepas. semasa pertunangan abang saudaranya, alang, yaa pandai. Anak ketiga pakngahnya yang berusia 4tahun lebih tua dari dia. Ada apa pada kisah itu? Masa majlis pertunangan alang, si comot bersungguh-sungguh untuk balik ke kg demi m'bantu majlis pertunangan alangnya itu bejalan dgn lancar. Si comot sgt gembira sebab dapat bejumpa dgn semua sedaramara tokneneknya. Dia juga dpt jumpa sedaramara belah isteri pakngahnya. Dia tak pasti apa gelaran yang patut diberi.

Di kg, si comot bersungguh-sungguh membantu, sedangkan sepupu-duapupu-tigapupu nya lain hanya membatu mengalahkan tugu peringatan pahlawan negara. Ada satu part kerja ni, alang memarahinya sebab tersalah buat. Tak pasti apa kerja itu. Lepas tu, makngahnya pulak memarahinya. Si comot cuba utk tak mengambil hati ketika itu. Terus membantu dan yang lain masih membatu. Tak paham betullah depa ni.

Bila difikirkan balik, si comot sgt bekecil hati dan nekad takmau jumpa depa lagi buat masa ni, atau mungkin untuk 3 4 tahun. Sangat. Walaupun masa pernikahan alang tu nanti, si comot tak mau hadir apatah lagi membantu!

Lalu si comot bagitahu pada keluarganya tentang hasratnya tidak mahu pulang ke kg pada raya tahun ini tanpa memberitahu alasan sebenar. Si comot bagitahu sebab nak jaga ayam-ayam dalam reban tu.Lalu, parents si comot meleteri si comot, bla bla bla bla.

Si comot bagitahu pada camet tentang masalahnya. Camet menasihati si comot, eh malah camet yang dimarahi kerana camet seolah-olah tidak memahaminya. Comot, kita bukan tak paham perasaan awak. Cuma Islam tak bagi porak peranda macam ni apatah lagi memutuskan silaturrahim. Si comot minta camet mengikuti keluarganya pulak ke kg untuk bertemu dgn alang dan makngahnya dan memberitahu bahawa si comot sangat berkecil hati dgnn mereka.
________________________________________

Okey tamatlah kisah si comot yang berkecil hati. Pesanan buat si comot :

Awak kecil hati dengan dua orang tu jep, takkan sampai taknak balik kg. Nanti semua saudara mara lain rindukan awak. Allah murka dengan orang yang memutuskan silaturrahim. nak nak hari mulia, bulan mulia. Allah memuliakan orang yang memaafkan orang lain. Sedangkan Allah pun Maha Pengampun, siapalah kita yang semua samataraf ni untuk berdendam.

Dari Abu Hurairah Radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” 
(Hadits riwayat Muslim)

Note: nama sebenar si comot telah di privasi kan dan cerita telah ditambah perisa demi menjaga keamanan sejagat.
.

Assalamualaikum ^__^