14 January 2012

Ikhlas letaknya di sini.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sahabat yang kita kasihi.

Ikhlas terletak di hati. Hati ini milik Allah. 
Dia bagi kita pinjam hati yang lumrahnya adalah penuh dengan kebaikan.
Ikhlas adalah hal antara hamba dengan Penciptanya.
Sedangkan malaikat juga tidak tahu sama ada hamba itu ikhlas atau tidak. 
Raqib dan Atid hanya mencatat amalan kita, tetapi nilai keikhlasan, hanya Allah yang tahu. 
Ikhlas perlu dididik. Ikhlas sukar dibentuk namun amat mudah untuk rapuh. 
Jadi, tu tanggungjawab kita untuk sentiasa perbaharui niat. 
Memang tak dinafikan, pada awalnya kita niat menuntut ilmu kerana Allah, tapi tiba satu tahap, bila tengok rakan-rakan berlumba-lumba nak capai 4.0, for sure kita akan rasa tercabar untuk mencapainya juga. dan kat situ, niat kita akan serta-merta berubah. Once kita sedar niat kita dah berubah, means Allah segera mengetuk hati kita untuk kembali kepada niat asal kita. Syaitan tidak akan pernah berhenti dan leka menghasut dan melalaikan manusia dari mengingati Allah. That is only their task.

Hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim, ia berkata hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:

Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah SWT.

Ana takkan tinggalkan anti rasa putus asa. In sha Allah, ana akan sentiasa mengingatkan anti terhadap Allah. sebab ana sayang anti kerana Allah. ^__^