11 December 2012

Kematian itu

Dengan nama Allah . . . .

Kau baik, kau beramal soleh, belum tentu kau mati dalam husnul khatimah.
Bila kau pandang hina pada si pendosa, mungkin sahaja kau sebenarnya hina di sisi Allah.
Cukuplah benci hanya pada dosa itu, bukan pada si pelaku dosa.

Sungguh terasa dengan pemergian dua orang yang dikenali pada 10/12/2012.
Saudara kerana keluarga. Adik ipar mak.
dan juga saudara sefikrah. seorang ikhwan dari PMIUPM.
Moga pemergian itu tergolong dalam kematian husnul khatimah.

Benar. Takda siapa boleh jangka masa kematian. cara kematian.
Sejahat-jahat manusia sekalipun, semua ingin kembali diiringi redha Nya.
Menutup mata selepas ucapan lailahailallah.
Namun. ada satu kisah. Rasulullah kata mana mungkin si pelaku dosa,
yang tidak pernah berniat untuk bertaubat, yang seumur hidupnya penuh dengan jahiliyyah,
mampu mengakhiri hidupnya dengan kalimah suci itu. Allah Maha Adil. Dia Maha Mengetahui.

Dan terlalu banyak perkara yang mengingatkan aku tentang kematian sejak belakangan ini.
Namun aku kadang-kadang hanya mengambil ibrah saat membaca itu. dan kemudian aku leka kembali.
Aku pendosa tegar. yang selalu berharap untuk masuk ke syurga Dia tanpa dihisab.

Allah. izinkan kami kembali kepada-Mu dalam keadaan suci bersih rohani jasmani.

08 December 2012

kau pelik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"awak suka tengok movie apa?" . "Kita tak suka tengok movie"

"Pelik je. Habis tu, awak buat apa selalu kalau bukak laptop? Online facebook?"

"Appears online tapi website fb jadi background je. *budak komputer confirm faham"

"Then. Buat apa?" . "Suka blog-walking"

Mulalah mereka suggest nama-nama blog yang tak pernah dengar. Katanya best.
Balik rumah. Cuba search address itu.

Pheww! itu semua blog hiburan. untuk gelak tawa. untuk masalah cinta lelaki perempuan.

"Dah cuba search blog-blog semalam? Best tak?" .

"Dah. Bestlah kalau dunia ini kekal selamanya"

"Maksudnya?" . "Cuba fahamkan apa yang kita kata tadi menurut pendengaran akhirat" .

"Awak sangat pelik. cakap direct please" . 

"Awak budak bijak. Takut kalau ke'direct'an itu buat awak kecil hati dengan kita"

Ya! Aku ghuraba'. yang cuba hidup di dunia dengan kehidupan akhirat. yang cuba menjadi kelompok asing seperti dalam hadis Rasulullah SAW.
yang cuba menjadi golongan sedikit seperti yang Allah firmankan dalam 34:13 .

Maaf jika aku tidak seperti kamu. Maaf jika aku lebih banyak diam saat kamu ketawa.
Maaf jika aku lebih banyak mengasingkan diri saat kamu bergaulmesra lelaki perempuan.

Moga Allah redha. Moga Allah beri taufiq dan hidayah-Nya


06 December 2012

Bagi manusia apa yang Allah bagi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Habis satu kelas. Turun bas. Fakulti . Ambil borang.

"Awak dah makan belum?" . "Belum" . 

Pergi makan. Kelas sejarah. Pergi foyer semula. Beratur. Dia cucuk tangan.
Ambil sedikit cecair berwarna merah.

Periksa tekanan dan nadi jantung. Alhamdulillah! Lepas.

Baring. Rehat sekejap. Dia bagi ubat bius. rasanya sakit.
Dia cucuk sekali lagi objek tajam yang lebih besar. Tidak sakit. Sudah dilalikan mungkin.

Banyak cecair merah itu mengalir keluar ke dalam satu beg. 
Ya. cecair merah yang Allah pinjamkan.
Yang perlu dikongsikan dengan mereka yang memerlukan

Ada ikhwah. rakan sekelas. tanya.
"Macam mana Muslimat nak buat macam tu? tak diasingkan. Orang lain nampak aurat nanti"

Diam. Senyum. "Kita dapat jaga aurat kita seperti biasa tadi"

Mahu seribu daya, tak mahu, sejuta alasan.

Itu mujahadah. Ingin membantu. dalam syariat. jika ikhlas. InshaAllah Dia pasti permudahkan.

02 December 2012

Cuba Ikhlas

"Aku rindu dia"

Imran menyeka airmata.

"Kita semua rindu dia"

Aidil mula merangkul bahu Imran. Mereka sedang duduk di ruangtamu rumah sewa itu.

Ammar dan Hafiz sedang melihat akaun mukabuku Fattah. Airmata mereka turut mengalir membaca beberapa post oleh sahabat-sahabat di profil Fattah. Semua menangisi pemergian fattah.

__________________________________________

"Aku tak sabar nak balik kampung!". Fattah tiba-tiba bersuara ketika sedang duduk makan bersama rakan serumahnya.

"Eh! kan minggu depan exam? Kau balik confirm tak study". Perli Imran

"Aku rasa aku mesti balik".

Sepi. Sunyi.

____________________________________________

Sejadah dilipat. Al-Quran dicapai.
Tett tett. Mesej masuk.
Folder mesej dibuka.
Unknown number.

"Abang Imran. Ini Athirah, adik Abang Fattah. Abang Fattah kemalangan semalam. Dan Allah lebih menyayangi dia. Mohon abang Imran dan kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah untuk abg Fattah. Minta ampun, minta halal untuk pihak dia"

Imran terasa matanya mula panas. Screen h/p ditatap bagai mahu tembus.
Mengharapkan dia sedang tidur sekarang. dan dikejut oleh Fattah seperti biasa untuk bertahajud.

Imran melangkah longlai menuju ke ruang tamu. Terus memeluk Ammar yang sedang membaca al-Quran. Tanpa sepatah kata, dia menghulur telefon bimbitnya kepada Ammar.

Hujan mula turun. Cuaca itu menggambarkan hati dan perasaan dua sahabat itu.
_____________________________________________

"Korang ni, setiap hari aku yang basuh tandas. aku yang sapu lantai. aku yang susun kusyen yang bersepah tu. Aku susun kasut. Korang tak kesiankan aku ke?". Fattah juga manusia biasa.

"Macam ni laa. kita buat kerja biar ikhlas. Kalau sesiapa nampak tempat tu kotor, so bersihkan"
Balas Hafiz.

Fattah diam. Dia tahu Hafiz budak debat. Dia takut perkara kecil bakal menimbulkan perselisihan.
______________________________________________

"Aku teringat masa Fattah sibuk basuh tandas, kita seronok duduk tengok movie. Bila Fattah sapu lantai, kita dengan sengaja buat sepah lagi. Aku terbayang dulu nak masuk tidur, rumah bersepah. Bila bangun pagi, ruang tamu kita punyalah kemas teratur". Ammar mula bersuara.

"Aku rindu Fattah kejut aku bangun tahajud, bangun subuh". Imran mula sebak.

"Aku teringat dia kata, kita kalau nak lakukan sesuatu, jangan tunggu ikhlas. Sebab amanah dan t/jawab bukan menunggu ikhlas untuk dilaksanakan. Ia kewajipan. Dan insha Allah ikhlas boleh dibina". Hafiz mula rasa sangat serba salah dengan kata-katanya terhadap Fattah dua hari sebelum dia pulang ke kampung.

Fattah. Dia menanti kalian di syurga Dia.













01 December 2012

Kau pendiam sangat

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mengetahui Isi Hati Manusia

"Diam je kau. Cuba banyakkan cakap"

Aku senyum. Bila kau buat lawak, ada masa aku ketawa. ada masa aku diam. dan aku senyum.
Dan kau kata,

"Diam lebih baik dari berkata-kata. Tapi berkata-kata yang baik lebih baik dari diam"

Aku balas balik.

"betul. kalau kamu rasa setiap kata-kata yang banyak itu mempunyai manfaat"

Kemudian,

"Sebab itu aku cakap "YANG BAIK". Tolong faham maksud aku"

Balas

"Saya tak cakap kamu salah. Saya cuma menambah, KALAU KAMU RASA SETIAP KATA-KATA ITU ADALAH BAIK. Minta diri. Saya tak suka bertengkar hal yang bukan khilaf"

"Khilaf itu apa?"

Aku diam bukan sebab aku sombong. aku diam bukan sebab aku tak suka orang.
Aku diam sebab aku mengimani hadis Rasulullah SAW dalam Sahih Bukhari.
Aku cuba kurangkan gelak sebab aku percaya kata-kata Umar al-Khatab.

Aku diam kerana tiga perkara:
Aku cuba hafal ayat hafazan semula
Aku sedang fikirkan apa yang tidak difikirkan oleh kawan yang lain.
Aku cuba menjaga hati.

Aku tahu aku bukan hebat macam kau.
Tapi aku cuba menjadi hebat di sisi Allah.
Aku cuba menjadi hebat untuk Akhirat.
Cuba menjadi umat yang cintakan kekasih-Nya, Rasulullah SAW.
Cuba menjadi hebat seperti para sahabat.
Walaupun, itu semua hanya cubaan. hasil yang pasti tidak mungkin.
Kerana sudah ada mereka yang hebat.

Tapi aku yakin, Allah lihat aku. Allah nilai aku. Allah sedang jaga aku dengan sikap aku.
Aku cuba tunjuk contoh teladan yang baik.
cuma terpulang pada mata hati kau kenapa aku lakukan sesuatu itu.
Moga Allah beri kau kekuatan untuk berjalan di atas jalan hidayah.