14 August 2014

Done fourth semester

Aku syak memang hobi aku update blog just a time per semester. Selepas berlalunya sem 4, maka dengan ini secara officiallnya, separuh perjalanan degree-ku telah dilalui. 2 years to go. Can't wait for Jun 2016

Result dah dapat. So get ready jelah untuk menghadap PA (penasihat akademik) dan mungkin boleh sediakan alasan untuk apa jua soalan yang bakal diajukan. Nasiblah dapat PA merangkap ketua jabatan ioll so memang concern tu lebihlah kan. Setiap subjek she'll go through one by one. Tanya kenapa macam ni macam ni, apa planning awak lepas habis belajar, apa idea awak untuk fyp. OMG fyp ! benda ni yang paling aku risau sebenarnya compared to pasal kerja. Hailaaa = = "

By the way, ini semester yang sangat exhausted. Okey memang setiap hujung semester cakap benda yang sama. *Sigh*

Plan script dan timeline. Berlakon. Buat video. Edit video. Kena reject. Ulang benda yang sama.
Kamilah director. Camerawoman. Editor. Criticizer. Malaysia boleh so kami pun boleh !

Dan juga semester paling banyak krisis. Kena fitnah, banned etc. Aku cuma tak faham macam mana boleh wujudnya cerita pasal "Eh dia cakap kan blablabla" padahal aku tak pernah terpikir pun pasal tu. Haihh nasiblah gua hati kering so gua tak kisah apa. Eh cuma kadang-kadang ada jugaklah bila habis kelas, balik bilik terus tekup muka dekat bantal. ngee

Sebenarnya pasal satu isu je pun. Aku tegur orang. Aku tegur tak payah buat benda tu. Itu je pun. Tak tahulah dia faham macam mana habis dia conclude, "Oh dia taknak cooperate" . "Oh dia selfish. bajet baik" . Aku biarkan. Then hujung cerita, "Oh dia nak jadi baik sesorang thats why takmau join kita". Memang aku tak pernah tegur & bagi nasihat pun. Yang terima pendapat aku pun last minit join juga since takut kena banned dengan geng-geng yang havoc katanya. Ya Allah, sorry aku mengutuk eh tapi aku tak mention nama so kira halal ke tak eh. K bai.

And I hope, it was the worst semester I ever had. Nope. I mean the worst friendship I ever had. Pftt penat kot gua tahan.

Begitulah kisah semester empatku di zaman degree. Bila sedara-sedara yang jarang jumpa tanya aku belajar mana, tahun berapa. Semua tak percaya aku dah U dan dah nak masuk tahun 3. Hm aku pun tak percaya aku dah besar tapi perangai tak senonoh nak nak lagi bila jumpa geng sekolah. Bahahaha.

Okey ini hanyalah pos yang tidak bermanfaat untuk sesiapa. Hanya coretan dan nukilan bagi membersihkan blog yang dah terbiar lama.

Moga Allah bagi ilham untuk tulis sesuatu yang lebih bermanfaat buat bekalan di akhirat nanti. T.T

19 February 2014

Yang terbaik itu bukan dalam pengetahuan kita

Pejam celik pejam celik, hm sebenarnya lebih banyak pejam, hampir tamat sudah cuti semester tiga untuk kebanyakan pelajar sarjana muda. Aha ! Rasa penulisan yang sangat skema. Tujuan menulis syok sendiri ini bukan untuk mengulas apa yang telah dilakukan sepanjang cuti semester, tetapi berhajat untuk menulis tentang peristiwa penting hari ini bagi kebanyakan pelajar sarjana muda. Ya peristiwa yang sebenarnya berulang setiap kali cuti semester. Apa dia? Pengumuman keputusan semester semasa.

"Fie, dapat berapa?"

"Just nice. Eh alhamdulillah"

"Dean list kah?"

"hadza min fadhli rabbik"

"Tahniah!"

"Awak juga"

Situasi ini sebenarnya dah berlaku 6 kali termasuk asasi. Situasi apakah? Inilah. Debaran menunggu pointer akhir dan menjawab pertanyaan sahabat lain. Dan setelah berbelas tahun mengikuti pengajian, debaran menanti keputusan peperiksaan sebenarnya semakin berkurang. Ada ketika tidak kisah langsung dengan keputusan yang bakal diperoleh. Entah. Mungkin kerana tawakal sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha dan berdoa. Atau mungkin juga keyakinan yang semakin mantap bahawa apa juga yang jadi atau tidak terjadi adalah dengan izin-Nya. Ini semua penangan tarbiyyah. Senyum.



Sejurus check result, ada kawan lama call. Tanya result masing-masing. Dan dia seperti sedang bersedih. Dia minta kata-kata semangat. Otak time tu rasa macam tak boleh nak process apa-apa words yang bombastik untuk dia, dan tiba-tiba laju saja mulut menuturkan :

"Pointer kita bukan matlamat. Segulung ijazah yang kita dapat kelak pun bukan matlamat kita. Matlamat kita redha Allah. Dengar dan hadam bagi lumat. Kalau betul redha Allah matlamat kita, setakat pointer tak capai target takda hal lah. Lagipun pointer awak bukan teruk pun. Rendah sikit je dari target kan. Takpe pointer rendah sikit, asalkan masa musim peperiksaan, kita tak buat sesuatu yang mengundang murka Allah. Itu lagi loser tau dak" . Dan bla bla bla.

Sebenarnya aku tahu, dia bukan tak tahu apa sepatutnya difikirkan. Dia murobbi hebat kot, qudwah buat mutarobbi yang dipimpinnya. Tapi aku sedar dia juga manusia biasa. Sama macam aku. Kita selalu menasihati orang lain, tetapi adakalanya kita perlukan kata-kata nasihat dari orang lain walaupun kita sudah sedia maklum nasihat yang perlu difikirkan saat-saat jatuh dan kecewa.\

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun semat dalam hati, perancangan Allah itu yang terbaik. Kita lemah, pengetahuan kita terhad. Mana mungkin kita tahu atau mampu predict apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Kita perlu jelas dan faham apa maksud tersirat disebalik perkataan terbaik itu.

Mungkin yang terbaik untuk si Tipah adalah mendapat senarai dekan kerana Allah tahu itu mungkin mampu membuatkan Tipah semakin sedar betapa nikmat Allah tiada tandingannya.

Sebaliknya untuk si Timah yang terbaiknya mungkin mendapat hanya tiga point kosong kerana mungkin dia akan kembali bermuhasabah mungkin ada kurangnya hubungan dengan Allah.

Yang terbaik itu adalah sesuatu yang mampu mendorong kita kembali kepada matlamat hidup kita.
Yang terbaik itu adalah sesuatu yang mendekatkan kita dengan Pencipta kita.
Yang terbaik itu adalah sesuatu yang membuatkan kita semakin proaktif dalam berusaha.
Yang terbaik itu adalah sesuatu yang mampu merendahkan ego dan bangga diri.

Dan yang terbaik itu adalah kita dapat merasai betapa sesuatu anugerah dan pemberian itu datangnya dari Allah samada sebagai ganjaran atau peringatan.



Jadi,
Redha dan bersyukurlah.
Bertenang dan teruskan usaha.
Tiada istilah gagal bagi seorang muslim yang baik melainkan dia berputus asa.
Teruskan melangkah dan bergantunglah hanya pada Allah.

Senyum :)


10 February 2014

Redha itu bukan mudah.

Hujan yang turun itu seakan mengiringi rasa sebak di hati. Kenapa hari ini cuaca sayu? Fie ! Itu takdir dan ketentuan Illahi. Bila Dia cakap, "Jadilah!" maka akan terjadi ianya mengikut kehendak Pencipta.

Sunnatullah. Alam ini berfungsi menurut sahaja aturan Yang Esa. Cuma kita manusia yang terlalu takbur ingin menjadi seperti Tuhan.

Gurun berdentum ! Fie tersentak. Sentak itu terus matanya menghala ke arah kalender di konkrit merah jambu itu. Sembilan haribulan dua. Termenung lagi.

________________________________________________________________________________
"Bila ayah dah takda, jaga emak baik-baik ya"
"Jadi anak solehah ya. Jadi saham ayah emak masuk syurga"
________________________________________________________________________________

Lapan tahun lalu. Perginya seorang hero dalam keluarga. Hero yang telah Allah pilih untuk meninggalkan keluarganya.

Bukan senang untuk redha. Bukan senang hakikat diterima. Kalau bukan kerana nikmat iman dan hidayah yang telah Allah beri beberapa bulan selepas pemergiannya, mungkin jiwa ini masih memberontak. Mungkin sahaja ada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan telah terjadi ketika itu.

Na'uzubillahi minzalik.

Mungkin ada yang kata sekarang, "apa susah. move on jelah" . You are not in that situation !
Tika itu anak ini baru saja melangkah ke alam remaja.
Punya jiwa yang membara inginkan sesuatu yang berbeza.
Mungkin saja jika tika itu aku tidak punya matlamat dan prinsip hidup, aku hanyut dalam dunia percintaan monyet yang banyak merosakkan rakan sebayaku.

Syukur Allah pilih untuk dijaga dan terpelihara. Takdir itu bukan suatu kebetulan
Ia satu perancangan. Ada hikmah yang tersembunyi.
Dan kini hikmah itu mula tersingkap satu persatu.
Indeed, susunan yang sangat indah. Istimewa untuk hamba yang terpilih.

Moga ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Moga anak ayah mampu menjadi anak yang setiap doanya layak sampai untuk ayah.
Al-Fatihah . .

05 February 2014

"Abaikan apa orang kata!"

"Eh sha, kau tengok dah belum documentari Highland Tower?"

"Dah dah. Seram kot. Lagi-lagi part yang ustaz tu suruh diorang hantar perempuan tu balik ke tempat dia. Rupanya perempuan tu bukan kawan diorang. ."

Okey bla bla bla. Cerita pengalaman seram masing-masing masa duduk hostel dulu.

Diam. Sedetik. Sesaat. Seminit. Muka fokus searching pasal highland tower.

"Fie, kenapa kau buat keputusan untuk berubah?" Sha mula bersuara.

"Maksud kau?". Fie buat muka blur.

"Kau faham kan soalan aku?". Sha mula buat muka serius.

"Aku rasa bukan berubah. Lebih kepada kembali kepada fitrah."

"Ha?" . "Hm kau kena sedar sebab dan tujuan kita dicipta. Allah ada kata, manusia dicipta untuk beribadat kepada Dia. Cuba kau cek Surah Adz-Zariyyat ayat lima puluh enam". Fie hulurkan tafsir al-Quran pada Sha.

Sha melihat kepada helaian kandungan senarai surah tafsir lusuh itu. Adz-Zariyyat.

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada Aku" Adz-Zariyyat : 56

Jelas. Beribadah kepada Allah. "Maksudnya aku kena doplohpat jam berzikir? bertasbih? baca al-Quran solat?" Hah amekaw soalan bertalu-talu.

"Relax brother brother relax. First sekali kita kena faham apa yang dimaksudkan ibadah. Dalam hadis satu kitab arbain nawawiyyah cerita pasal niat. Kau pernah dengar, Innamal a'malu binniyyat? Hah Rasulullah SAW cakap kalau niat kita kerana Allah dan rasul, itulah yang kita dapat. Kalau kerana wanita atau dunia, ha itu yang kita dapat. Berbalik kepada niat kerana Allah dan rasul, fuh! Kalau memang setiap amalan kita dah kerana Allah dan rasul, memang kira tip top punya level of 'abid lah"


*Lap airmata*

"Aku blur. Cuba kau bagi contoh?"

"Okey seterusnya kau kena faham syarat sesuatu amal atau perbuatan jadi ibadah. Pertama niat kerana Allah. Then menepati syariat. Nah ! Jelas. Contohnya makan minum. Kita makan makanan yang halal lagi baik. Untuk apa? Untuk tubuh badan sihat, akal cerdas. Kenapa kena sihat dan cerdas? Supaya tubuh badan rasa selesa untuk beribadah kepada Allah. Ha nampak tak tujuan kita makan makanan yang halalan toyyiban akhirnya akan menjurus kepada kerana Allah. In case macam kita sebagai pelajar, kita menuntut ilmu kerana Allah, untuk bantu islam. Basically, apa yang kita buat mesti kita tetapkan niat untuk Allah. Ha jelas?"

"Okey faham. Tapi kalau aku pakai tudung, pakai baju ala-ala perempuan melayu terakhir, orang mesti cakap aku kuno. Then kalau aku cakap benda-benda baik sikit, orang akan cakap eh macam bagus. Ha itu yang aku tak suka".

"Sekarang aku rasa aku faham masalah utama kau apa. Kau bukan jenis tak faham basic agama. Kau tahu solat itu wajib. Tutup aurat itu mandatory. Tapi kau terlalu fikirkan pandangan manusia. Kau takutkan apa manusia kata. Sebab tu pentingnya kau berkawan dan bergaul dengan orang yang baik-baik. Yang tak memperlekehkan kau. Terutamanya bila kau baru nak belajar jadi baik. Kau jangan fikir apa yang orang kata. Kau kena ingat di akhirat nanti mereka bukan boleh nak selamatkan kau dari neraka. Diorang sendiri pun tak mampu nak selamatkan diri sendiri. Dan paling penting kau kena ingat. Kawan dengan orang yang soleh/solehah ni, ada hadis kata diorang inshaAllah mampu untuk bagi kita pertolongan menyelamatkan kita dari neraka Allah"


"Habis tu takkan kita nak kawan dengan orang yang baik je. Siapa pula nak ajak orang-orang yang belum baik tu?"


"Sebab tu aku cakap, awal perubahan kita kena cari orang-orang soleh/ah. Then bila kita rasa kita tak goyah dah bila ada pengaruh-pengaruh luar, boleh dah approach kawan-kawan yang lain. Apa pentingnya approach time dah tak berapa nak goyah? Supaya bila ada sindiran atau ajakan yang negatif, kita tak mudah luluh hatinya untuk terikut"

"Entah, aku tak ready lagi untuk jadi macam kau"


"Tak payah jadi macam aku. Aku bukan siapa-siapa. Cuma jadi diri kau. Siapa diri kau. Kau sedar kau hamba Allah kan? So, kau buatlah, hiduplah seperti seorang hamba. Kau tahu kelak kau akan pulang kepada Tuhan kan? So beramallah untuk cari bekalan jumpa Allah nanti. Lastly, aku nasihatkan kau, abaikan apa yang orang cakap. Allah is our priority. Kembalilah kepada fitrah kita sebagai hamba sebelum kita benar -benar pulang kepada Dia. Okey?"

"Hm I'm trying. Thanks dude."


"Okeylah aku dah mengantuk tahap mata macam kena gam dah ni. Esok kena bangun awal. Kata nak jogging keliling kampung. Goodnight"


Fie melangkah pergi. Dan Sha terus leka dengan cariannya di internet.

20 January 2014

Gunung dan kehidupan


“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) bergoncang bersama mereka…” Al-Anbiya' : 31

Mungkin hobi dan minat yang sukakan aktiviti luar. Atau mungkin mental dan fizikal yang minta digunakan untuk aktiviti lasak. Atau sebenarnya, mungkin jiwa dan hati ini lebih gemar dekat kepada alam kerana terasa lebih dekat kepada Pencipta alam.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu akbar. Gunung Nuang telah berjaya kutawan. Siapa kata muslimah itu lemah? Siapa kata muslimah itu kerjanya hanya di rumah? Mohon buka minda anda. Mohon ubah pemikiran anda. Muslimah itu hebat. Lihat sahaja zaman Rasulullah menyebarkan dakwah. Siapa yang setia di sisi baginda saat permulaan penyebaran Islam kalau bukan Siti Khadijah, seorang Muslimah. Lihat sahaja zaman Nabi Musa. Siapa yang berani melawan sang suami yang zalim demi mempertahankan kalimah Illah kalau bukan Asiah, seorang muslimah.

Perjalanan mendaki itu buatkan aku sedar bahawa alam Allah ini luas dan sungguh masih banyak yang tidak aku tahu. Dan ketenangan di dalam belantara itu buatkan aku sedar bahawa di luar sana terlalu banyak pencemaran. Pencemaran alam sekitar. Pencemaran akidah. Pencemaran iman. Pencemaran agama. Apa lagi yang tinggal di dunia akhir zaman ini yang masih terselamat dari sebarang pencemaran? Hmm

Banyak sungguh analogi yang diilhamkan sepanjang pendakian.

Penat dan sakit. Terasa ingin sahaja berhenti dan berpatah balik. Ditambah pula sekumpulan dengan orang-orang yang tidak memberi sokongan. Eh ! Lupa. Hanya ada seorang dalam kumpulan kecil itu yang sama-sama memberi galakan. Terasa fed up dan kecewa juga dengan ahli kumpulan sendiri. Bukan kekuatan fizikal sahaja yang diuji. Mental juga turut sama teruji.

 Gambar hiasan.

Namun niat pendakian adalah untuk melihat betapa hebatnya ciptaan Allah. Perjalanan ini untuk melamar redha Allah. Dikuatkan juga semangat agar sampai kepada matlamat pendakian.

Sama juga seperti kehidupan kita. Lelah dan letih dengan ujian. Berhadapan dengan manusia yang mementingkan diri sendiri. Berjumpa dengan manusia yang suka merendah-rendahkan. Di saat keluarga dan sahabat baik tidak ada bersama, pergantungan kepada Allah sahaja yang mampu buat kau kuat. Bukan kita boleh jangka dengan manusia bagaimana yang kita akan jumpa. Bukan kita mampu agak situasi apa yang kita bakal hadapi. Itu semua terletak dalam pengetahuan dan ilmu Allah. Kita lemah. Kemampuan kita terhad. Namun kita tahu kita ada Allah. Kita kena sedar apa matlamat hidup kita. Ya. Menjadi 'abid dan khalifah. Bukan menjadi hamba kepada masalah. Bukan menjadi orang yang kalah kepada manusia.

Ya. Amal itu tidak mudah. Kadang kita jatuh. Kita penat. Silakan penat. Silakan berhenti. Silakan jatuh. Tapi Jangan lupa untuk bangun semula. Jangan lupa untuk teruskan melangkah.. Mungkin kadang-kadang kita marah dan sedih sebab kita rasa kita tak berdaya. Namun Allah tahu kemampuan kita. Kadang kita sendiri pun tidak sedar dengan kemampuan kita. That's why Allah kata, Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Believe in Allah ! Do believe please !

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." Al Baqarah : 155
Bukan senang kita nak sabar. Cuba didik diri untuk percaya dan yakin dengan janji Allah. Kalau kita boleh bersyukur di saat kita mendapat nikmat, mengapa kita sukar untuk bersabar di saat kita mendapat ujian. Sedarkah kita bahawa kesusahan dan ujian itu untuk mendekatkan kita dengan Allah, ataupun untuk menghapuskan dosa kita atau juga untuk menguji tahap keimanan kita? Alangkah indahnya kalau kita mampu untuk merasai dengan sebenar-benarnya tujuan dan asbab kita diuji. Dan jika kita mampu melihat secara tersirat hikmah susah dan ujian itu, mungkin kita bahag ia dengan kesusahan itu. Allahu ! Moga kita semua mampu mencapai tahap hamba seperti itu.

Akhir coretan, mari menjadi 'abid yang sejati. Ayuh kembali kepada Allah sebelum kita benar-benar kembali pulang kepada-Nya.