20 May 2012

ASASI life !

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Walaupun dah dua minggu tinggalkan asasi, tapi tetap rasa nak tulis something about it. kenapa tiba tiba nak tulis? sebab RINDU. sebab esok genap setahun perkenalan kami di asasi.

Datang daftar hari Jumaat. Dah ramai orang jugak masa tu di dewan.

Mula mula, sangat rapat dengan roomates. dengan atin paling rapat. ingat lagi first orientasi. pergi mana-mana sama sama. rasa macam budak sekolah rendah. Dah akhir asasi, sangatlah renggang sebab masing2 dah jumpa kawan yang lebih serasi.

Mula mula, even masih gelap, dah turun tunggu bas. lepas baca al-mathurat tu terus bersiap. rasanya 6.50 tu dah turun. Dah akhir asasi, pukul 7.30 tu lah paling awal turun tunggu bas.Tu baru nak tunggu bas, nak berebut lagi. HAHA.

Mula mula, datang kelas saing dengan pakcik yang bukak pintu kelas tu. Akhir asasi, staf2 tu siap dah dok rehat rehat lagi, kami baru terhegeh hegeh datang nak masuk kelas.

Mula mula, datang kelas tu, siap boleh dok lepak kat luar lagi. Dah akhir asasi, hah masuk kelas kadang kadang lecturer dah duduk di meja.

Mula mula, sangat skema time test yang malam malam tu, gap masa tu duduk library. gigih mendaki tangga kejayaan di library tu. konon nak tempat senyap untuk study. Dah akhir asasi, ada masa petang, siap balik bilik lagi, then after maghrib baru laa nak datang. bajet macam kolej dengan tempat exam tu dekat sangat laa. HOHO. pedulik apa ! n_n

Mula mula asasi, semua gigih berjalan pergi Putra Foodcourt. Tak mainlah slowrock tu. Dah akhir akhir, semua pakat pergi slowrock je. ada masa tu memang sangat malas nak keluar bilik pun.

Mula mula asasi, orang cakap rajinnya setiap malam buat revision. Hah pengaruh kawan, habis, akhir asasi last minutes baru dok gelabah buat revision #oh please, saya taknak ulangi tabiat ini lagi#

Mula mula asasi, naik bas sibuk berebut sebab nak duduk. Dah akhir akhir asasi, malas nak berebut. Tak kisah dah dapat bas cepat ke lambat. ^^

Mula mula asasi, dok pakat datang kelas pie beli breakfast. Akhir akhir asasi, makan sekali sehari je. Bukan sebab nak jimat sangat, sebab macam perut dah biasa lapar. #ye ke? heheh#


Yang tak banyak perubahan or takda perubahan terhadap tabiat di asasi:
  • bangun setengah jam before azan. Cuma kadang kalau tidur lebih dari jam 1.30 pagi, kdg 5minit before azan baru tersedar. lol~
  • Tak tidur dalam kelas kecuali melelapkan mata, rehat kejap jaaa. ;)
  • Alhamdulillah dapat istiqamah solat di surau dan pergi program Islamik.#sedihnya habis asasi sebab benda ni laa T.T
  • nerd pakai kasut pergi kelas. Bukan sebab nerd sebenarnya, tapi sebab selesa. senang nak jalan laju or berlari kejar bas. hekhekhek.

that's all I can recall so far sebab tadi tetiba terbual dengan kawan pasal kenangan di asasi. Oh serius. Asasi batch saya boleh dikatakan comfort zone.maybe sebab kawan dengan budak y baik. Betullah orang kata, perkara paling kita takut, "meninggalkan keadaan selesa kita" . Oh degree. Please be nice for me. Allah, give me the better life there.

#group ASPer semakin sunyi. Oh, mungkin ramai yang dah mula sibuk bekerja dan kelak ada y sibuk buat persediaan untuk fly.untunglaa ada jodoh dengan bumi anbia'. ^^