14 August 2012

Surau Orion

Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

Tett tett. *erk tak tahu nak translate dlm words bunyi sms masuk kat hp tu cam ne*
____________________________________________
Sender: Hi.
Me: Ohh haii. Assalamualaikum. Siapa eh?
Sender: Waalaikumussalam. Hamba Allah. Boleh kenal?
Me: Haha tak payah kenal pun kita rasa memang kita kenal awak. So can you tell me?
Sender: Alaa ni kawan masa tadika dulu. main nyorok-nyorok. Ingat lagi tak?
Me: Haha memang kita ada sorang jep kawan masa tadika ke. Haa ni mesti kawan kat UPM kan?
Sender: Hehe betullah tu.
blablablabla.
Sender: Saja jep msg. Nak mengimbau kembali nostalgia kat surau kolej 13 dengan awak.
_____________________________________________

Haha nostalgia sangat. SURAU ORION. Surau kat kolej 13. Time batch-7 asasi dekat situ, majoriti budak asasi lah yang mengimarah dan memeriahkan Orion tu. Baik muslimin mahupun muslimat. Okey sangat rindu. *tears gland dah mula aktif ni*

Orion tu dah macam bilik kedua kita masa kat kolej tu. kdg, naik bilik just for sleep, take a bath, makan, online, dan sewaktu dgnnya. sebab line u-spot di Orion mengalahkan Gary, spongebob's pet tu.  Masa sem 3 lagi lah, kadang-kadang tidur pun dekat Orion. hee takpe kott nak bongkar rahsia ni kan Yana. hihi.

Orion jadi saksi perasaan kita. Ewahh ayat. hihi. nangis pergi Orion, bosan pergi Orion, nak baca buku pergi Orion, study pergi Orion, nak discuss something privacy ajak org turun Orion. macam-macam lah. Dah banyak dah airmata kita tumpah di Orion. eh! hehe.

Masa final exam sem 3 asasi tu, kita dan dua sahabat lagi memang menghabiskan masa sepenuhnya di Orion. Lepas balik kg masa study week tu, sehari before exam SSK lah maksudnya, kitorg turun Orion buat study group. Dari pagi sampai ke malam. Naik bilik utk mandi jep. Bila dah malam dalam pukul 12 masa tu, semua pakat malas nak naik bilik. dan kitorg pun me'landing'kan diri di Orion.

Bgn pagi, before orang azan Subuh. Eh rasa sangat seronok tidur kat Orion. Tenang sangat. Nak bgn Qiamullail pun senang. Dan kitorg pun decide nak teruskan xtvt hari tu sampailah ke akhir asasi.

Part paling tak boleh lupa. Masa tu malam. dah lepas Isyak lama jugak laa. Kitorg tak tahu jam pukul berapa. Semua pakat tak pakai jam. Hp pun tak bawa turun. Jam kat tempat Muslimat rosak. Masa tu kitorg sgt yakin kat tempat Muslimin takda org. So one of us, nama di privacykan, jengahlah tempat muslimin melalui tabir kat tengah tu. Dia jengah pun dgn teragak-agak, mana tahu ada org ke kan. Dia keluarkan kepala jep dari tabir tu. Tempat Muslimin gelap, tempat kitorg cerah. Tengah-tengah cari jam tu, tiba-tiba nampak ada Muslimin tengah baring main hp menghadap ke arah dia. Maksudnya kat situ, dah sah-sah lah Muslimin tu nampak siapa yang jengah-jengah tu. Haha masa tu memang macam nak pecah perut gelak. Time taip ni pun, tersengih sesorang ingatkan kes tu. Siapalah agaknya Muslimin tu kan?

Malam before paper last tu, tak tahu macam mana mulut ni boleh terspontan bercerita.

Me: Pernah tak rasa korang tenang, tapi korang tak pasti ketenangan tu Allah bagi atau syaitan hasut, sebab syaitan skrg ni taktik dia sgt halus
Yana: Maksudnya? Tak faham.
Me: Macam ni. Contoh, kita rasa sekarang ni kita dah tak kisah even kita dpt markah exam okey ke tak, kita rasa tenang jep. Kalau dulu, mahu tak nangis satu malam. Maybe sebab kita dah usaha betul-betul, then kita tawakal fully pada Allah kott. Cuma kekadang terpikir perasaan ni Allah anugerahkan or syaitan nak ganggu kita.



Bila fikir balik, hm please sangka baik dengan Allah sebab Allah itu mengikut sangkaan hamba-Nya. So doa banyak-banyak dijauhkan dari hasutan syaitan yang mengelirukan. minta diberi petunjuk yang jelas.


Masa lepas last paper tu, kitorg exam malam, balik bilik semua busy mengemas. Tiba-tiba hujan sangatlah lebat. dengan angin yang sangat kuat. Dan terasa sayu. Ewahh! dan kitorg tetap nekad meredah hujan turun Orion. utk kali terakhirnya. hukhuk sedihhhh. Tidur dah nak pagi kott time tu sebab becerita blablabla. dan esoknya berenjoying dgn Ezzah dan Yana untuk kali terakhirnya. Eh bukan. Kami pasti jumpa lagi. sebab ukhuwah kita sampai ke syurga.

#hoho Yana lah ni bagi mood Orion. Lepas ni I'm not the resident of Orion lagi. mungkin cuma menjadi tetamu.

#sorry if I'm hurt you, kadang tak sedar pun. dan kita memang suka sangat sakitkan hati orang lain.