07 May 2012

Berakhir sudah T_T

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Yang Maha Mengetahui AJAL dan MAUT, Yang Mengetahui rezeki dan JODOH PERTEMUAN.
 walaupun kita tak saling mengenali semuanya, tapi kita pernah sama sama berjuang bergelarkan Pelajar Asasi Sains Pertanian Batch-7 dan yang penting kita sama-sama saudara Islam. ;DD

Alhamdulillah, setahun sudah berlalu. bukan lagi pelajar ASPerian UPM, kini ALUMI ASPerian UPM BATCH 7. (tak rasa gah pun ! serius, rasa macam dah tua sgt huhu)

Masa tempoh setahun tu, rasa macam lamanya masa berlalu. Tapi bila dah tiba 4/Mei/2012, terasa macam sangat cepat masa berlalu. Last tu paper Chemistry, keluar bilik exam, tgk kat luar sangatlah meriah. Tapi hati ni sangat sedih. Sumpah, sangat sayu! berat hati ! tgk jugak lah semua pelajar asasi y ada kat situ walaupun tak kenal, tapi sekurang-kurangnya kita pernah berjuang di bawah satu bumbung bergelarkan PELAJAR ASASI SN PERTANIAN batch 7 kann.

Kenangan yang indah bukan terletak pada betapa riang gembiranya kita melalui kenangan itu, tapi terletak sejauh mana kenangan itu memberi kesan dalam hidup kita. dan setahun yang sangat singkat itu, sangat memberi kesan terhadap diri ini. sangat kepada hati. semakin terasa betapa pentingnya amar makruf wa nahi mungkar. sangat sedar betapa pentingnya tugas dakwah utk setiap individu muslim. sangat menghargai betapa indahnya ukhuwah kerana Allah.
 Lecturer Organic Chemistry. sangat Osemmmm. Prof Madya Dr Mohd Zaki. Teringat masa dpt lolipop, dr letak dlm songkok. comel sgt. dan sangat penyabar ajar OC time t/hari mmg time kami ngantuk. hehe.

Terima kasih Pusat Asasi Sains Pertanian kerana menerima saya sebagai pelajar untuk setahun. Terima kasih para pensyarah y telah bertungkus lumus menyampaikan ilmu kepada kami y perangai tak matured langsung ni ! hee. Especially kpd : Sir Zolkifli, Sir Ismail Omar, Sir Mohd Nooh, Dr Muhd Nur, Dr Ummi, Sir ARHO, dan lecturer lain yang mengajar secara tak langsung. Terima kasih kolej 13 kerana menjaga kebajikan pelajar asasi selama setahun.

Syukran untuk ALUMNI ASPER batch 7 amnya, kepada Hi-5 khususnya, kepada sahibul eclipse specialnya. Seriusly, mesti sgt rindu korang semua y macam budak budak sekolah ni. hee comel sgt korang ni! sangat istimewa untuk roomates G401. sorry walaupun setahun, kita tak dapat ta'aruf sepenuhnya sebab masing2 terlalu sibuk dgn hal sendiri. even jarang bebual, kita sayang awak semua sebab kita pernah jadi mcm adik beradik dlm satu bilik.

y ni teramat amat istimewa untuk sahabat y paling kita syg walaupun selalu 'gaduh'. Asma , Ezzah, Liyana, Putri dan Syafiqah amir sharifuddin. Tapi, kdg2 tu kan, gaduh tu perlu untuk kita lebih kenal kawan kita kan. sebab ada certain org ni, bila gaduh, dia akan layan pergaduhan ni. ada certain org pulak, dia akan cuba elakkan pergaduhan dgn mengalah. Judge lah sendiri korang kat mana. kita sedaya upaya jadi y kedua tu, tapi kekadang kalau mmg mood dah tahap syaitan menguasai, memang lah, sama ada terus melayan gaduh tu, or dah malas nak layan hang. tapi kan selalunya awak ckplah, marahlah byk mana pun, kita ckp/balas sepatah dua je. sorry. kita cuma manusia biasa dan bukan baik pun. kehkehkeh.

Pasti rindukan kenangan ini :
Tunggu bas dan berebut bas beramai-ramai time budak degree ada.
Tunggu bas sangat lama time budak degree cuti.
Kalau dapat pakcik bas y baik tu, bila budak degree takda, dia hantar sampai pusat asasi. Takpayah penat berjalan. lepas ni susah kot nak mcm ni.
Beratur panjang beli makanan kat makcik di Pusat ASPer.
Tunggu bas ramai ramai kalau exam malam lagilah err.
Dengar ceramah/tazkirah kat surau orion, majority pelajar asasi kan. sgt baik korang ni ^__^
Dgn bestfriends, pergi Pasar Tani Mardi, jogging, cari buah, berbasikal.

Sangat sedih masa nak tinggalkan ASPer sabtu tu. dtg kejap je gotong royong tu. sebelum ramai org dtg , dah pergi dr Pusat Asasi sebab taknak terasa y masa itu adalah hari terakhir dgn kamu semua. Sangat sedih dah tinggalkan surau Orion malam sabtu tu. Semoga surau Orion terus diimarahkan oleh pelajar degree dan asasi next batch.

Ya Allah, ikatlah hati hati kami dijalan-Mu. Walau jasad terpisah jauh, tapi biarlah hati hati ini tetap dekat kerana memegang pada akidah dan matlamat y satu. Semoga perpisahan ini buatkan kami muhasabah diri dgn apa y Allah tetapkan. Bila dekat gaduh, bila jauh rindu. lebih baik jauh kan. hee.

Manfaatkan masa cuti sebaiknya. Terpulanglah nak kerja ke apa ke. y penting berguna untuk Islam oke =="

Assalamualaikum