31 March 2013

bila manusia persoalkan

Bila aku doa, aku minta Allah bagi aku ikhlas.
Aku tahu ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap.
Ia tidak nampak.
Ia tidak mampu diterjemah dengan perkataan.
Ia seperti sesuatu yang fragile.
Yang mudah pecah. Yang mudah rapuh. Yang mudah berubah-ubah.

Aku cuba untuk istiqamah dalam kerja Islam.
Walaupun aku tahu aku tak buat apa-apa.
Aku cuba utamakan Allah dari manusia.
Aku cuba utamakan akhirat dari dunia.
Aku cuba utamakan majlis ilmu akhirat dari saja duduk berlagha.
Aku cuba utamakan yang dekatkan aku dengan Allah.

Aku berusaha, aku kata aku buat kerana Allah,
Aku kata aku redha qada dan qadar Allah
Aku 'berbual' dengan Allah supaya ikhlaskan aku dalam segala hal,

Saat orang lain dapat sesuatu yang hebat
Allah bagi aku sesuatu yang jauh lebih rendah
Saat orang lain bangga menghebahkan berita kejayaan
Aku hanya mampu diam berusaha redha dengan ketentuan Dia.
Saat orang lain kata, "tak sia-sia aku stay up"
*dalam hati aku sambung, sampai lambatkan solat
Aku cuba memujuk hati bahawa ada hikmah yang Kau susun untuk aku

Aku cuba yakin apa yang Allah janjikan dalam surah Muhammad.
Ayat 3. eh ayat 7. Eh cuba cek sendiri.
Aku cuba kuat bila Allah uji.
Aku cuba tetap yakin aku rindukan akhirat berbanding dunia

Tapi aku manusia.
Aku bukan dikelilingi oleh ulama'
Aku bukan duduk bersama sahabat sehebat sahabat Rasulullah,
Aku mudah lemah, aku mudah rebah, aku mudah lelah
Tapi aku cuba untuk tidak mengalah,
Aku cuba terus mencari hikmah
Kerana aku yakin aku akan pulang bertemu Allah.

notakaki:
bila aku nampak cool saat kau buat begitu, itu normal.
Tapi bila aku nangis diam dan menjauhkan diri dari kau, itu abnormal
Fullstop!



19 March 2013

Masih tak sedar ke?

Bismillahiraahmanirrahim.

IMAN SYAFIQ.
SITI HAJAR.
ramai lagi.
Telah kembali menghadap Illahi dengan tenang dan gembira.
Bersama doa teman rapat mahupun teman yang tidak dikenali.
Pemergian mereka memberi kesan kepada kerja dakwah.

Mungkin membuatkan para daie untuk lebih kuat bekerja.
Atau mungkin membuatkan kita manusia untuk lebih ikhlas beramal.

Tetapi aku. Masih berada ditakuk lama.
Disuruh membimbing usrah aku menolak.
Disuruh memberi tazkirah ringkas aku mengelak.
Namun sibuk berharap dapat disyurga bersama para Rasul dan Anbiya'.

Ketuk kepala. Tampar pipi lajulaju.
Cik adik.
Mana ada jalan ke syurga yang mudah.
Mana ada jalan dakwah yang dihiasi ros merah.
Mana ada jalan kebahagiaan yang tidak disusuli dengan kesusahan.

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan"
Takkan masih ragu-ragu kot?

"Ballighnu anni walau ayyah, Sampaikanlah dariku walau satu ayat"
Itu Rasulullah kata. Kekasih agung si Pencipta.
Takkan tak percaya kott?


12 March 2013

Minta maaf kerana . .

Buat sahabat lelaki.

Minta maaf kerana . . .

layanan yang dingin
kelakuan yang kasar
pertuturan yang tegas
sering menjauhkan diri
tidak mesra seperti yang lain.

kerana aku ada prinsip hidup yang tegas.

Buat sahabat perempuan.

Minta maaf kerana . .

Gurauan yang terlebih
Nasihat yang mengguris
Bantuan yang tidak seberapa
Aku sayang semua kerana Allah.

InshaAllah.

09 March 2013

I adore you ;)

Jalan kaki. Kokorikulum.

Terpaksa juga lalu depan blok itu. Blok pelajar lelaki,

Tak salah pun. Sebab itu juga laluan utama kenderaan.

Nampak beberapa kelibat lelaki di atas motor.

Ada yang berkopiah. Ada yang sudah berhelmet. Ada yang masih duduk.
Menunggu kawan mungkin.

Ternampak seorang lelaki. Tak kenal sangat pun.
Cuma tahu nama sebab dia pernah join pergi Bukit Broga.

Tiba rasa berdebar. No reason why. I adore you. HAHA.
No one know. Saja tulis dekat sini sebab ini bukan public reading.

Kenapa adore dia? Sebab dia comel? eh bolehlah. :P
Sebab dia smart? Not bad. Sebab dia doctor vet? Takda kaitan.
Sebab dia rajin. Sebab dia suka pergi majlis ilmu.

Aku tahu aku tak sepatutnya buat begitu.
Menilai orang hanya melalui apa yang aku nampak.
*ketuk kepala sendiri*
Bukanlah adore tahap fanatic sangat. Cuma rasa hm entahlah.
Untold feeling bak kata orang putih. Biarlah hanya Allah tahu.

Okey ini cuma adorable biasa. Bila sehari dua tak nampak, hilang terus dah perasaan itu.
Itu sebab Allah suruh tundukkan pandangan ya.