30 July 2011

berserah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

haaa hari nii dah habis second test.lagii 1 big exam jek fr the 1st sem nii.
kita perlukan 4flat fr the all sem if i want to take the medic. but i don't think i can get 4flat fr this sem. tp Allah Maha Mengetahui, mungkin nti ade sesuatu y terjadi y melayakkan kita utk amek medik tu jugak klw laa betul medik tu Allah takdirkan y terbaik utk kita.

tadi last paper kimia. susah sgtt. mcm nak menjerit dlm bilik test tu.
Ya Allah, hebatnya ujian-Mu.dgn rase kecewa bercampur dgn cuba utk pasrah dan selamba, kita jalan dr Kompleks Akademik E tuu.

nak nangis tp taknak dpn kwn. nak nangis depan Allah jek.
balik tu, ade y ckp mlm ni mmg takda bas, so balek laa jln kaki. tp dah half-way tu, ade bas pulok. mls nak patah balik, jalan jek laa sesorang dgn gelap gelita tu. roomates sume dah patah balik dah.

hmm kekadang sedikit t'sedar, bukan mudah nak cri sahabat sejati kann. mmg betul. PAIP can't be replace! tetibe nangis pulak dlm gelita tu. lemahnya kita kann. dan mgkin dlm pshabatan, Allah beri kita kekuatan melalui PAIP. kita nak PAIP!

balek tu, roomates dah sampai bilik. depa mcm gembira jek nii. mesti dpt jwb chemist kan. takpelaa. Allah tak cipta manusia dgn takdir y sama. dan Allah taw kita kuat utk hadapi kesusahan dan kesedihan tu. amek wudhu', solat. angkat takbir, terus jek mengalir air mata. Ya Allah, aku kuat ke nak hadapi ujian-Mu ini?. dan skrg, kita teringat surah Al-Baqarah : 286

"On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art ourProtector Help us against those who stand against faith."
mmg sng kan org suruh redha. tp hati y lalui ni, hanya Allah y tw. dan sesungguhnya, hanya janji Allah y buatkan kita tenang. 

biler pikir balek kan, kita niat belajar hanya kerana Allah, tp kenapa kita perlu sedih mcm ni sgt biler tak dpt jwb test dgn baik sbb nye takut dpt result teruk. kenapa takut dpt result teruk sdgkan Allah tak melihat pd hasil, tp melihat pd usaha. Allah taw kita dah usaha, kita dah solat hajat. dan segala y Allah takdirkan, ade 1001 hikmah y kita sbg hamba y lemah selalu tak menyedarinya.


Wallahu 'alam ^^

26 April 2011

Muslimah yang DIAM

1. Dewasa. Seorang muslimah dituntut untuk dewasa. Bukan hanya dewasa dari segi fizikal atau usia, tetapi dituntut untuk boleh dewasa atau matang dalam sikap dan perbuatan. Seorang ibu dituntut untuk bersikap dewasa di hadapan anak-anak dan keluarganya. Jika seorang muslimah tidak boleh bersikap dewasa, maka ia akan tidak sabar dengan pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya, juga dia tidak akan sabar dengan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya.
Memang, setiap individu memiliki sisi keanakan dalam dirinya. Tidak menjadi masalah, jika usia seseorang masih muda, atau remaja, tapi fikirannya dewasa, sebaliknya, agak lucu jika seseorang yang sudah dewasa dari segi umur, namun sifatnya masih sangat keanak-keanakkan. Seorang muslimah pun dituntut selalu berfikiran positif di setiap keadaan. Semua itu boleh diraih bila muslimah bersikap dewasa.

21 April 2011

SAHABAT ATAS IMAN .

carilah sahabat atas dasar keimanan . ni terbace kat satu buku kat kedai tu . so share ehh .
Dalam sebuah hadis ada menerangkan bahawa pada hari Kiamat nanti , Allah memerintahkan dua orang hamba menhadap-Nya . Seorang adalah hamba yang taat dan seorang lagi adalah hamba yang ingkar akan perintah Allah . Namun begitu , kedua-duanya mati dalam keadaan beriman . Kemudian Allah memerintahkan malaikat Ridzuan yang menjaga syurga supaya membawa hamba yang taat itu ke syurga .


Dalam masa yang sama , Allah turut meminta malaikat Zabaniyah yang bertugas menyiksa di dalam neraka supaya membawa yang seorang lagi ke neraka serta menyiksanya dengan siksaan yang pedih .


Orang yang mendapat balasan syurga itu amatlah gembira kerana telah mendapat balasan syurga sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT . Namun begitu , tiba sahaj dia ingin melangkah di pinti syurga , terdengar lah dia akan suara sahabatnya memanggil dan merayu , "WAHAI SAHABATKU, WAHAI TEMANKU, KASIHANILAH AKU DAN BERILAH AKU PERTOLONGAN" .

13 April 2011

PLKN ; randomly laa

Bismilllahirrahmanirrahim.

Last entry about PLKN. I guest laa. tak tahulah kalau mungkin terasa nak tulis something lagi about it. hihi.

Memang betullah. Allah pilih kita dalam berpuluh ribu rakan sebaya untuk sertai PLKN. yeppy, tahu iman belum berapa nak kuat. Tapi bersangka baik PLKN akan bantu kita untuk pertingkatkan iman, or praktikkan segala-gala yang pernah dipelajari whether formal or informal. 

Kat PLKN lah belajar jumpa bermacam-macam jenis human being yang rambut sama hitam, kasut sama saiz, jalan sama cara, kata-kata ada yang hampir serupa, tetapi punya hati dan perangai yang tersendiri.

Bukan mudah nak get into orang yang berbeza cara dgn kita, tapi keadaan memaksa tu yang lama-lama buatkan kita untuk sentiasa ikhlas dalam apa jua condition.

Terima kasih CB 5 especially PINK PANTERZZ dan INOVATIF. sorry, no number phone that I can give for the wira in CB 5. Saya perlu jaga itu.

Thanks a lot pada KN9. serius dapat classmate yang awesome. Keadaan yang aku rasa paling selamat dan terjaga dalam byk-byk keadaan di kem selain di surau.

Arigato buat keluarga BRAVO. wira wirawati bravo, anda sangat cool dan bergaya. walau banyak problem dalam company kita especially wira, last-last dapat company terbaik keseluruhan kan. semangat tu yang penting. 

Teristimewa buat individu indvidu di bawah. mungkin anda tidak terbaca entry saya, tapi dengan harapan saya akan tetap ingat anda walau 10tahun kemudian kelak. Ada sesuatu "cenderamata" yang anda bagi saya di PLKN tanpa anda sedar

1. Epa bravo
2. Zaza bravo
3. Ain bravo
4. Tufa bravo
5. Sok Feng bravo
6. Yin Kuan bravo
7. Su Yi Delta
8. Jufri Charlie
9. Adha Delta
10. Hafiz Delta
 11. Danny Bravo
12. Tak ingat nama* sorry

#The top 3 tu yang setia teman kita pie surau kadang buat dhuha. hee, appreciate sangaaaaaaattttt.

Maaf kepada yang tidak tersenarai. Mungkin kita lupa. dan mungkin anda tidak termasuk dalam apa-apa kejadian di PLKN.

#no phone are only given to the those 2 guys and some wirawati. tapi dah janji untuk berhubung atas perkara yang teramat penting sahaja untuk guys tu.

Terimass buat JL sekalian, ketua komander(ke komanden ek), pada tukang masak di dewan makan, pada pakcik koperasi (pelanggan setia cloud 9, kekekekkee), staf medic(kita pun pelik, kadang kalau budak sakit pegi check up, dipanggil "budak medic").

Pasti merindui, 
*Faham tak wira dan wirawati?
*jawapan dah betul, sikit lagi
*hentak kaki 14, 1 2
*Pasti Bravo
*Pagi minum dutchlady, bla bla bla....

Tak ingat apa lagiiii. tetiba rasa nak nangis bila teringat ustaz, ckg din, TKJ dgn KJ. hukhuk.

Terima kasih Ya Allah bagi kem ini sebagai ujian untuk aku yang lemah ini. Alhamdulillah, everything is fine.

05 April 2011

10 jenis solat yang tidak diterima ALLAH

bismillah . . . ini adalah perkongsian ilmu . tentang amalan wajib seharian kita y menjadi tiang agama kita , tanpanya , maka runtuhlah deen seorang muslim itu . teringat akan 1 buku tentang fardhu ain y pernah aku bace mase darjah 5 kott , gitu laa . 
Sabda Rasulullah SAW .
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

fikir-fikirkan sejenak . dan aku t'tarik dgn 1 riwayat para sahabat .
“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

renungkan kejap ehh , ade y cakap , "biar jahat , asal solat tak tinggal" . wahh , berani kott ckp gitu . mmg laa ade betulnye , tapi takpayah kott ckp cenggitu sbb mcm sedikit memperlekehkan firman Allah ; " SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH KITA DARI KEMUNGKARAN" . mmg susah nak dapat solat y sempurna , tapi tak salah untuk berusaha , dan y penting , ikhlas dan jangan riak sebab tu akan jadikan pahala amalan kita sia-sia . BARAKALLAH ;)

04 April 2011

kematian itu pasti !

UMUR pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dan menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.

Firman Allah bermaksud:

“Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.”
(Surah an-Nisaa’, ayat 78).

Persoalan mati adalah kejadian paling hebat yang tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia mati, ia dikatakan kiamat kecil kerana roh keluar daripada jasad yang akan busuk dan kembali menjadi tanah.

Kubur atau alam barzakh tempat permulaan alam akhirat. Seperti mana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.

Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh, alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, alam barzakh adalah episod ngeri dipenuhi azab hingga datangnya hari kiamat.

Pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit manusia yang bercakap mengenai kematian, alam berzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia.

Saidina Ali berkata:

“Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.”

Kesibukan mencari keseronokan dunia punca manusia lalai mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.

Persoalan perkara ghaib seperti kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga dan neraka adalah hak Allah SWT yang tidak boleh dicerobohi manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib bersandarkan dalil al-Quran dan hadis sahih.

Dasar akidah bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti pengamal ajaran sesat adalah ditolak. Nabi dan malaikat hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan Allah SWT.

28 March 2011

Diari PLKN : #3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

KEMBARA HALANGAN

Ini kisah seterusnya di PLKN.
Setiap company wajib hantar 21 wirawati dan 30 wira untuk pertandingan ini.
Mula malas nak join, then sebab tak cukup orang, terpaksa lah join -_-
Wira yang bertanding dulu , wirawati dok tengok dekat tepi-tepi tu.
Then wirawati , and wira duduk kat tepi tu tengok . bravo giliran ke 3 . 
Time w/wati tgk wira bravo buat , semangat bapak!
Paling meriah w/wati bravo time tu . ehehe . biase laa kann . 
Lepas semua company buat kembara halangan . pegi dewan nak announce company mane juara . 
ALHAMDULILLAH !wira and w/wati bravo juara kembara halangan .
and then company terbaik keseluruhan utk kembara halangan pun PASTI BRAVO! 
haaa . y tak sangka, wira bravo takde penalti , hebat laa bravo . tabik springg . . .


_______________________________

ehh tu jep. hee.
Terasa sangat hyperactive time tu. moga dalam ke'hyperactive'an tu, takda yang melanggar syariat Dia ~

20 March 2011

Diari PLKN : #2

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


KONTRAK KITA JANJI
 
First task sebagai company adelah melaksanakan KKJ ie KONTRAK KITA JANJI . 
4 company ada dalam PLKN, so setiap company wajib buat KKJ ni 
Dalam KKJ perlu ada :
  • NAMA COMPANY
  • BENDERA
  • SLOGAN
  • MATLAMAT
  • STRATEGI
  • LANGKAH KESELAMATAN
  • SORAKAN . 
Kami diberi masa 3-5 hari untuk settle up KKJ dan perlu present. Pertandingan dan ada markah.
Budak-budak bravo semua sesama siapkan tugasan dengan bantuan JL ie JURULATIH Bravo
CKG DIN yg utama , CKG IDA , CKG NORA , CKG BIBI , CKG AMIR , CKG RAZMAN , CKG ZURA , ckg shakira time tu lum ade lg kott .
Cikgu cakap BRAVO bkn nak kerjasama tapi SAMA KERJA . 
okeyy ktorg bljr something new . dgn nme JERUNG BIRU , slogan PASTI BRAVO , maka settle laa ktorg punye krts kerja . just nak bentang jek . okeyy dah prctice sume . bberapa dak bravo ditugaskan utk p'sembahkan KKJ tu . and i'm the one p'sembahkan . strategi kott tak silap laa . dgn izin Allah and usaha kami warga BRAVO , JERUNG BIRU diisytiharkan JUARA KKJ . seronok sgt ann , KKJ tu laa buatkan ktorg saling mngenali dlm BRAVO .

ini BENDERA JERUNG BIRU . gah kann ;)

ini lagu company kami

Jangan kata orang nanti lebih diri sendiri

Jangan umpat orang nanti rugi diri sendiri

Yang elok , yang baik , itu PASTI BRAVO

Yang anggun , yang cantik , itu PASTI BRAVO

Jangan bodoh sombong nanti orang tak akan tolong

Jangan cakap bohong nanti kita dicaci orang

Yang gemuk , yang kurus itu PASTI BRAVO

Yang tulus , yang telus , itu PASTI BRAVO

Biar mandi peluh kelak kita tidak mengeluh

Biar akhlak kekal kelak kita tidak menyesal

Yang adab , yang sopan , itu PASTI BRAVO

Yang gagah , yang tampan , itu PASTI BRAVO

Biar orang dengki kita jangan beriri hati

Biar orang perli kita jangan berkecil hati

Disiplin yang tinggi , itu PASTI BRAVO

Semangat yang tinggi , itu PASTI BRAVO

warna merah kuning hijau

itu bukan BRAVO

Bendera yang BIRU

itu PASTI BRAVO

itu PASTI BRAVO itu PASTI . . . . . BRAVO !

______________________________________

PPSB
  
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 
ini pertandingan antara company . ade sajak , pantun , seloka . 
sajak dan seloka ditetapkan. pantuan based on kreativiti company . 
sajak tajuk TIGA PESAN PEMBANGUNAN , seloka PAK KADUK . 
seloka ni ade belajar masa skolah , and pernah dgr time p'sembahan hari guru 2010 . rindu pulak time sekolah . 
4 rngkap sajak , 8 org pendeklamasi . 
start program ni , aku start rapat gila dengan NURUL FAZLINIZA BINTI AHMAD TERMIZI . thanks efa! . 
company kita dpt second place . kire okey laa klh dgn charlie sbb time sajak uhh gune mic , charlie suara ori uhh . huhu . 
time p'tandingan ni laa nmpak ade pelatih y pakai baju tradisional bkn kaum sndiri punye . 
chinese pkai kurung , melayu pki indian punye baju . 
Seronok lihat mereka gembira :)

_____________________________________________________

13 March 2011

Diari PLKN : #1

Alhamdulillah . 
Wira wirawati berjaya tamatkan ltihan PLKN selame 2 bln lbih ni . syabas !
Banyak experience kat PLKN ni.
Mula jejakkan kaki ke kem, takut jugak, macam mana lah hidup di sini.

Dah beberapa hari di kem, 
ada seorang ni tegur masa otw nak balik dari dewan,  
"Jalan tu jangan nak tunduk sangat lah. kalau langgar tiang menyusahkan orang." *Gelak

Masa otw nak pergi surau, nampak ramai wira berkumpul depan surau. 
Allah sangat malu time tu. 
Ambil cap then tutup muka.  
"mengada-ngada nak tutup muka." 

antara peristiwa yang kadang-kadang buat aku benci untuk ingat PLKN
Tapi . .
Masih banyak peristiwa yang buat aku terlalu inginkan masa itu kembali :/
ni wira wirawati my company. BRAVO. company yang paling banyak maslah. 
SERIUS ! ramai ramai mcm ni, there are only 4 person that I really close to them. 
Thanks!

Barang yang JLKN bagi secara free of charge :



  • baju kemeja and seluar(utk kls or xtvt indoor) 2psg
  • baju and seluar sukan . 2 psg
  • baju loreng (pinjam jek) and inner loreng . 2psg
  • kst skn . 1 psg
  • kst kelas . 1 psg
  • spike boot(pinjam jugak) . 1 psg
  • kiwi and brs kasut
  • cap and barray .
  • belt kelas and belt loreng