02 December 2012

Cuba Ikhlas

"Aku rindu dia"

Imran menyeka airmata.

"Kita semua rindu dia"

Aidil mula merangkul bahu Imran. Mereka sedang duduk di ruangtamu rumah sewa itu.

Ammar dan Hafiz sedang melihat akaun mukabuku Fattah. Airmata mereka turut mengalir membaca beberapa post oleh sahabat-sahabat di profil Fattah. Semua menangisi pemergian fattah.

__________________________________________

"Aku tak sabar nak balik kampung!". Fattah tiba-tiba bersuara ketika sedang duduk makan bersama rakan serumahnya.

"Eh! kan minggu depan exam? Kau balik confirm tak study". Perli Imran

"Aku rasa aku mesti balik".

Sepi. Sunyi.

____________________________________________

Sejadah dilipat. Al-Quran dicapai.
Tett tett. Mesej masuk.
Folder mesej dibuka.
Unknown number.

"Abang Imran. Ini Athirah, adik Abang Fattah. Abang Fattah kemalangan semalam. Dan Allah lebih menyayangi dia. Mohon abang Imran dan kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah untuk abg Fattah. Minta ampun, minta halal untuk pihak dia"

Imran terasa matanya mula panas. Screen h/p ditatap bagai mahu tembus.
Mengharapkan dia sedang tidur sekarang. dan dikejut oleh Fattah seperti biasa untuk bertahajud.

Imran melangkah longlai menuju ke ruang tamu. Terus memeluk Ammar yang sedang membaca al-Quran. Tanpa sepatah kata, dia menghulur telefon bimbitnya kepada Ammar.

Hujan mula turun. Cuaca itu menggambarkan hati dan perasaan dua sahabat itu.
_____________________________________________

"Korang ni, setiap hari aku yang basuh tandas. aku yang sapu lantai. aku yang susun kusyen yang bersepah tu. Aku susun kasut. Korang tak kesiankan aku ke?". Fattah juga manusia biasa.

"Macam ni laa. kita buat kerja biar ikhlas. Kalau sesiapa nampak tempat tu kotor, so bersihkan"
Balas Hafiz.

Fattah diam. Dia tahu Hafiz budak debat. Dia takut perkara kecil bakal menimbulkan perselisihan.
______________________________________________

"Aku teringat masa Fattah sibuk basuh tandas, kita seronok duduk tengok movie. Bila Fattah sapu lantai, kita dengan sengaja buat sepah lagi. Aku terbayang dulu nak masuk tidur, rumah bersepah. Bila bangun pagi, ruang tamu kita punyalah kemas teratur". Ammar mula bersuara.

"Aku rindu Fattah kejut aku bangun tahajud, bangun subuh". Imran mula sebak.

"Aku teringat dia kata, kita kalau nak lakukan sesuatu, jangan tunggu ikhlas. Sebab amanah dan t/jawab bukan menunggu ikhlas untuk dilaksanakan. Ia kewajipan. Dan insha Allah ikhlas boleh dibina". Hafiz mula rasa sangat serba salah dengan kata-katanya terhadap Fattah dua hari sebelum dia pulang ke kampung.

Fattah. Dia menanti kalian di syurga Dia.