05 November 2013

Selamat menghampiri kematian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

october / 2013

Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk hidup selama 20 tahun.
Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menerima oksigen dan melepaskan carbondioksida.
Alhamdulillah kerana diberi peluang merasai pelbagai pengalaman dan ujian.
Alhamdulillah kerana diberi peluang mengenali dan hidup bersama manusia yang baik.
Dan yang paling penting,
Alhamdulillah kerana diberi kesedaran tujuan hidup sebagai 'abid dan khalifah.

Buat bonda tercinta,
Terima kasih kerana melahirkan.
Terima kasih kerana membesarkan.
Terima kasih kerana mengajar erti kesabaran.
Terima kasih kerana memberi tarbiyyah dan didikan.
Terima kasih kerana tekun dan tabah melayan kerenah anak yang comel ini.
Dan terakhir sekali,
terima kasih dan mohon halalkan setiap titis susu yang mengalir dalam tubuh ini dalam bentuk darah daging.

Buat ayahanda yang dirindui,
Anak ayah dah besar.
Anak ayah dah 20 tahun.
Anak ayah dah tak manja macam dulu.
Anak ayah dah pandai berdikari.
Anak ayah dah menjadi lebih berani.
Anak ayah dah sedar tujuan hidup di dunia.
InshaAllah akan menjadi anak yang doanya sampai kepada ayah.

Buat diri sendiri,
mohon jadi orang yang sedar diri.
mohon jadi saudara yang penuh husnudzon dalam hati.
mohon jadi manusia yang jauh dari sifat dan hasad keji.
mohon jadi anak yang solehah yang menjadi saham ibu ayah di akhirat nanti.
mohon jadi 'abid yang tegas di medan juang, namun terasa hina di depan Sang Pencipta.
Mohon jadi khalifah yang mampu menggoncang dunia mencapai ustaziyatul 'alam.

16 August 2013

Salam aidilfitri - Salam perjuangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

*sapu. vacuum. mop
bersawang. berhabuk. lama sungguh tidak menaip.

Masih belum terlalu lewat untuk mengucapkan salam lebaran untuk semua musleem.
Mohon maaf andai ada salah dan silap.
Mohon ampun andai ada mengguris hati.
Mohon halal makan dan minum.
Mohon redhakan ilmu dan nasihat.

"Kullu am wa antum bilkhair"
"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Moga Ramadhan yang telah berlalu melayakkan kita mendapat syurga Ar-Rayyan.
Moga puasa kita mampu mengangkat ketakwaan kita di sisi Dia.
Moga mendapat keberkatan. moga peroleh keampunan. moga dibebaskan dari An-Nar.

--------------------------------------------------------------------------------------

Salam perjuangan untuk saudara-saudaraku di negara sana.
Aku tahu gigihnya kalian mempertahankan yang haq.
Aku tahu sakitnya kalian melawan yang batil.
Aku tahu tingginya semangat jihad kalian.
Aku tahu betapa cintanya kalian terhadap agama Allah melebihi kesenangan duniawi.
Aku tahu. . tapi aku tidak melaluinya.
Maafkan aku duhai saudaraku. . .

Al-Quran di dalam hati.
Zikir sentiasa di bibir.
Setiap gerak geri adalah ibadah.
Qiyyam yang istiqamah. Hati yang bebas dari prasangka.
Cintakan akhirat melebihi dunia.
Takutkan Allah melebihi makhluk.

Cukup syarat untuk Allah memberi ujian yang seberat itu kepada mereka.
Cukup kuat untuk mereka melalui ujian itu dengan redha.

Saat kami sedang selesa beraya bersama keluarga.
Kalian sekeluarga mungkin sedang mempertahankan nyawa dan maruah.

Mungkin aku bukan pejuang yang selayaknya.
Untuk merasai penderitaanmu di sana.
Untuk membantu merawat kalian.
Kerna aku sedar, aku belum layak untuk digelar syahidah di jalan-Nya.

Aku hanya mampu berdoa.
Aku yakin doa adalah senjata seorang mukmin.
Aku mohon, janganlah kalian dakwa aku di mashsyar sana.
Kerna aku juga menyimpan impian untuk berjuang bersama-sama.

Sabarlah wahai saudara seislamku
Kami perlukan pejuang seperti kalian untuk membantu kami.

Berjuangnya kalian dengan tegas dan perkasa.
Lalu syahid dengan wajah tersenyum, mungkin melihat syurga.

Ya Allah, bantulah saudaraku.
Ya Allah, lemahkanlah tentera musuh.



10 May 2013

bila hati . .

Bila hati rasa bersalah dengan perbuatan maksiat, itu tanda masih ada iman dalam hati.

Bila hati rasa bersalah dengan perbuatan maksiat, namun tetap melakukannya, itu tanda iman sedang menipis di dalam jiwa.

Namun bila hati tidak rasa bersalah dengan dosa, itu bermakna iman kita?

Cek hati. cek iman.

Tuhan,
Tolong jaga iman aku.
Tolong tambah iman aku.
Jangan biar iman menipis.
Jangan biar iman menghilang.

13 April 2013

Just can't forget . .

Dia kemas bilik dia. Dia mop lantai bilik dia.
Dia basuh baju. Then dia duduk makan depan aku.
Then dia pergi mandi. Lepas tu aku dengar bunyi motor dia.
Dia keluar.

5 minit aku duduk depan TV.
"Assalamualaikum . . . . " dengan suara yang kuat dan cemas.
Aku biasalah. Kalau aku seorang dekat rumah, aku lambat sikit buka pintu.

Ambil tuala, tutup kepala. Buka pintu.
"Waalaikumussalam . . . " muka pelik mungkin.
"Kakak, adik awak accident tu" . dan aku relax saja sebab aku ingat biasalah lelaki.
"Adik awak accident tu. Teruk tu. Mak mana mak?"
"Haa. mak pergi tahlil". Lari masuk dalam call hp mak.
Argghhhh dengar ringtone hp mak dalam bilik. Sah tak bawak hp.

Sarung kain baju kurung bunga-bunga. Sarung t-shirt Muslimah warna biru.
Sarung tudung. Mujur sempat capai stokin. Rumah memang tak fikir nak kunci dah.
Hp tak sempat nak capai.

Aku dgn yakin dan kelam kabutnya terus masuk kereta jiran yang bagitahu tu.
Dia memandu dengan lajunya menuju ke tempat kejadian.
Aku nampak adik aku terbaring. Tak sedar. I repeat, tak sedar weh!
Can imagine how her sister's feeling masa tu?
Kat situ ramai orang. Dan aku masih tak faham kenapa takda seorang pun yang angkat dia.
Mereka hanya tengok dan berbual sesama sendiri. Mungkin sedang menjadi polis menyiasat kronologi kejadian. Errr >,<
Dan bila aku suruh mereka angkat, baru mereka bertindak.
Aku masuk kereta di bahagian belakang. aku pangku kepala adik aku.
Panggil nama. Biar dia bangun. Tak lelap. Sebab bahaya kalau sedang macam tu kita biar dia tidur atau lelap sebab nanti jantung bertambah lemah. That is what I learnt.

Sampai-sampai, pergi emergency ward.
Dan tunggu lebih kurang 3 jam sebelum dimaklumkan dia ditahan di wad.
Alhamdulillah, nothing serious.
Budak perempuan yang accident dgn dia tu pun tak teruk sangat.
Eh bukan adik aku bawa that girl ya, mereka berlanggar motor-dengan-motor.

Tudung berlumuran darah. Jenuh menyental, macam susah nak hilang je.
Tapi lagi susah aku nak lupa macam mana perasaan aku masa tengok the only brother that I have terbaring macam tu.
Mungkin tak akan lupa kot.
Dan Allah mungkin uji tahap kasih sayang aku pada adik-beradik.
Dan ya, aku sayang mereka Ya Allah.

Tempat itu memang selalu berlaku kemalangan.
Biasalah. Dunia ni bukan makhluk yang nyata sahaja ada.
Banyak lagi makhluk yang kita tak nampak wujud dalam muka bumi ini.

Memang lawak bila teringat pakaian aku masa pergi hospital.
Memang malu bila aku main terjah masuk kereta orang yang bagitahu itu.
Ya dulu masa kecil aku selalu ke rumah mereka utk bermain.
Sebelas tahun kot aku tak bertegur mereka.
Dan hari ini mereka telah berjasa besar kepada aku.
Allah, tolong rahmati keluarga itu dengan cahaya dan petunjukMu.

07 April 2013

"Sebab dia hormat mungkin . . ."

Balik kelas biochemistry, masing-masing terus landing atas katil. Memang hari Rabu adalah hari yang sangat amat pack. Rumah sunyi. sepi. Hujan lebat. Guruh. Azan asar.

Uhh malasnya nak bangun. Duduk. Mata pejam lagi. Mulut terkumat-kamit jawab azan.
Pergi bilik air. Pusing kepala paip. Tadah tangan. Aaaaaaaaa sejuknyaaaa. "Ini subuh ke asar ni?" Monolog dalaman.

Selesai wudu', sejadah coklat merangkap sejadah kesayangan dihampar. Sepasang kain putih itu disarung. Locker dibuka. Melihat pantulan wajah di kaca itu. Okey comel dah. Eh! Nak 'menghadap' Yang Maha Mulia, kenalah cantik-cantik, ye dak? Takbir diangkat. Mata fokus ke tempat sujud. Hanyut dalam solat. Mungkin sedang berusaha khusyuk berbual bicara dan mengadu kepada Dia Yang Maha Esa.

Usai solat, senashkah al-mathurat dicapai. Tiap kali membaca al-mathurat ketika hujan, pasti terbayang suasana surau asrama sekolah dulu. Tak tahu sebabnya. Yang pasti, rindu. Sangat rindu.
Suasana rumah masih sunyi. Mereka masih lena mungkin. Selesai membaca al-mathurat, seorang demi seorang housemates dikejut. Ada yang terus bangun, ada yang merengek. Macam-macam ragam. Merekalah keluarga aku di sini. Di kehidupan degree penuh cabaran ini. Mata aku masih mengantuk. Badan masih letih. Sepatutnya petang ini ada latihan sukan, namun perancangan Allah lebih menarik. Allah menurunkan hujan untuk mencuci udara kotor di bumi U ini mungkin.

Duduk di ruang tamu, buku Secangkir Teh Pengubat Letih karangan Ustaz Hasrizal Jamil diselak sepintas lalu. Rasanya otak letih sangat petang ni, mood hilang, otak tak boleh nak digest apa-apa input lagi setakat ni. Badan disandarkan di kerusi. Kalau ada kerusi urut ogawa sekarang ni memang awesome. Sigh.

Terdengar pintu bilik di buka. Farrah keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu sambil gosok-gosok mata. Mamai lagilah tu. Dia duduk di sebelah aku dan letakkan kepala dia di bahu aku.

"Mengada-ngada, bangun bangun. Tak elok tidur lepas asar!" sambil tepuk-tepuk pipi dia.

"Sha, nak cerita sikit ni. Farhan tu memang segan dengan perempuan ke?"

Soalan jenis apa pula dia ni. Soalan luar alam satu hal, tanya pulak pada aku yang memang dia tahu tak pernah bertegur dgn si Farhan tu.

"Sebelum aku jawab soalan kau, aku nak tanya, kau sedar ke tengah mengigau ni?"

"Aku serious lah" Okey nampak dah muka serius Farrah.

"Okey okey. Kenapa tanya macam tu?"

*****************************************************************
"I want you to form 4 group to present about those equipment I already explained to you just now"

Dan kami berlima yang memang selalu sekumpulan terus pakat pilih one of equipment yang ada dekat depan makmal. It should be more than lima orang sebab ada 55 orang, so supposely satu group ada 15 orang.

One two three . . .

"Kami masuk kumpulan ni eh". Ya itu suara lelaki.

As guessed.

"okey". Acuh tak acuh.

Nampak Farrah tengah khusyuk meng'scroll' tab nya untuk cari info pasal equipment yang kami pilih. Dan aku lincah mencatat apa yang Farrah cakap. Selesai access. Farrah ambil buku dari aku.

"Farhan, nah present nanti". Farhan tiba-tiba undur ke belakang Aidil. Nampak macam reflex.

Blablabla
******************************************************************

"Entahlah Farrah. Aku bukan pernah cakap dengan dia pun. Tapi apa yang kita semua tahu, dia macam nampak okey+mesra je dengan budak lain, dengan si aishah, mira, hah semualah" Aku cuba ingat balik betul ke apa yang aku cakap. Ha betullah.

"Tu lah. Aku cuma nak hulur buku je kot. Tapi gaya dia mengelak tu macam aku nak terkam dia. Terasa jugaklah aku masa tu. Macamlah aku ni kotor untuk dia" Haihh Farrah buat muka sedih dah.

"Bukanlah. Kau ingat balik eh. Geng kita mana ada nak study group atau berbual mesra dengan budak-budak lelaki kelas kita tu. Aku rasa dia buat macam tu sebab dia nampak kau macam jaga batas, dia hormat kau lah tu" sambil pegang bahu Farrah.

"Yelah kott. Husnudzon jela kan. Thanks Sha. Baru lega sikit"

"No biggie. Laparlah. Makan jom!"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sha bukan nama sebenar. Farrah bukan nama sebenar. Farhan bukan nama sebenar.

Cuma pesanan cik 'sha' kepada encik 'Farhan'.
Saya tahu awak ada jawatan besar dalam organisasi yang membawa Islam di kolej kita.
Ya tindakan awak mungkin betul sebab awak hormat cik 'Farrah' saya, jadi tiada ulasan utk hal itu.
Tapi mungkin awak perlu lakukan hal yang sama pada coursemates perempuan yang lain.
Bukan hanya pada saya dan sahabat yang rapat dengan saya sahaja.
Supaya tiada timbul isu seperti hal di atas.
I guess, you should know very well about all those ikhtilat batas pergaulan whatsoever.
Elakkan sesuatu yang mungkin jadi fitnah kepada your position.
Mungkin niat awak baik, tapi matlamat tak menghalalkan cara.

Moga Allah redha dengan usaha kita semua dalam membantu menegakkan kembali Islam di muka bumi ini.


31 March 2013

bila manusia persoalkan

Bila aku doa, aku minta Allah bagi aku ikhlas.
Aku tahu ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap.
Ia tidak nampak.
Ia tidak mampu diterjemah dengan perkataan.
Ia seperti sesuatu yang fragile.
Yang mudah pecah. Yang mudah rapuh. Yang mudah berubah-ubah.

Aku cuba untuk istiqamah dalam kerja Islam.
Walaupun aku tahu aku tak buat apa-apa.
Aku cuba utamakan Allah dari manusia.
Aku cuba utamakan akhirat dari dunia.
Aku cuba utamakan majlis ilmu akhirat dari saja duduk berlagha.
Aku cuba utamakan yang dekatkan aku dengan Allah.

Aku berusaha, aku kata aku buat kerana Allah,
Aku kata aku redha qada dan qadar Allah
Aku 'berbual' dengan Allah supaya ikhlaskan aku dalam segala hal,

Saat orang lain dapat sesuatu yang hebat
Allah bagi aku sesuatu yang jauh lebih rendah
Saat orang lain bangga menghebahkan berita kejayaan
Aku hanya mampu diam berusaha redha dengan ketentuan Dia.
Saat orang lain kata, "tak sia-sia aku stay up"
*dalam hati aku sambung, sampai lambatkan solat
Aku cuba memujuk hati bahawa ada hikmah yang Kau susun untuk aku

Aku cuba yakin apa yang Allah janjikan dalam surah Muhammad.
Ayat 3. eh ayat 7. Eh cuba cek sendiri.
Aku cuba kuat bila Allah uji.
Aku cuba tetap yakin aku rindukan akhirat berbanding dunia

Tapi aku manusia.
Aku bukan dikelilingi oleh ulama'
Aku bukan duduk bersama sahabat sehebat sahabat Rasulullah,
Aku mudah lemah, aku mudah rebah, aku mudah lelah
Tapi aku cuba untuk tidak mengalah,
Aku cuba terus mencari hikmah
Kerana aku yakin aku akan pulang bertemu Allah.

notakaki:
bila aku nampak cool saat kau buat begitu, itu normal.
Tapi bila aku nangis diam dan menjauhkan diri dari kau, itu abnormal
Fullstop!



19 March 2013

Masih tak sedar ke?

Bismillahiraahmanirrahim.

IMAN SYAFIQ.
SITI HAJAR.
ramai lagi.
Telah kembali menghadap Illahi dengan tenang dan gembira.
Bersama doa teman rapat mahupun teman yang tidak dikenali.
Pemergian mereka memberi kesan kepada kerja dakwah.

Mungkin membuatkan para daie untuk lebih kuat bekerja.
Atau mungkin membuatkan kita manusia untuk lebih ikhlas beramal.

Tetapi aku. Masih berada ditakuk lama.
Disuruh membimbing usrah aku menolak.
Disuruh memberi tazkirah ringkas aku mengelak.
Namun sibuk berharap dapat disyurga bersama para Rasul dan Anbiya'.

Ketuk kepala. Tampar pipi lajulaju.
Cik adik.
Mana ada jalan ke syurga yang mudah.
Mana ada jalan dakwah yang dihiasi ros merah.
Mana ada jalan kebahagiaan yang tidak disusuli dengan kesusahan.

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan"
Takkan masih ragu-ragu kot?

"Ballighnu anni walau ayyah, Sampaikanlah dariku walau satu ayat"
Itu Rasulullah kata. Kekasih agung si Pencipta.
Takkan tak percaya kott?


12 March 2013

Minta maaf kerana . .

Buat sahabat lelaki.

Minta maaf kerana . . .

layanan yang dingin
kelakuan yang kasar
pertuturan yang tegas
sering menjauhkan diri
tidak mesra seperti yang lain.

kerana aku ada prinsip hidup yang tegas.

Buat sahabat perempuan.

Minta maaf kerana . .

Gurauan yang terlebih
Nasihat yang mengguris
Bantuan yang tidak seberapa
Aku sayang semua kerana Allah.

InshaAllah.

09 March 2013

I adore you ;)

Jalan kaki. Kokorikulum.

Terpaksa juga lalu depan blok itu. Blok pelajar lelaki,

Tak salah pun. Sebab itu juga laluan utama kenderaan.

Nampak beberapa kelibat lelaki di atas motor.

Ada yang berkopiah. Ada yang sudah berhelmet. Ada yang masih duduk.
Menunggu kawan mungkin.

Ternampak seorang lelaki. Tak kenal sangat pun.
Cuma tahu nama sebab dia pernah join pergi Bukit Broga.

Tiba rasa berdebar. No reason why. I adore you. HAHA.
No one know. Saja tulis dekat sini sebab ini bukan public reading.

Kenapa adore dia? Sebab dia comel? eh bolehlah. :P
Sebab dia smart? Not bad. Sebab dia doctor vet? Takda kaitan.
Sebab dia rajin. Sebab dia suka pergi majlis ilmu.

Aku tahu aku tak sepatutnya buat begitu.
Menilai orang hanya melalui apa yang aku nampak.
*ketuk kepala sendiri*
Bukanlah adore tahap fanatic sangat. Cuma rasa hm entahlah.
Untold feeling bak kata orang putih. Biarlah hanya Allah tahu.

Okey ini cuma adorable biasa. Bila sehari dua tak nampak, hilang terus dah perasaan itu.
Itu sebab Allah suruh tundukkan pandangan ya.


28 February 2013

Tolong hentikan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

*Lab*
Semua yang menyebabkan aku tercakap dengan mereka.
Tanpa sedar.

Mula tanya pasal lab. Lepas tu mereka tanya pasal personal.

What the?

Dan aku terus diam. Jauhkan diri dari mereka.
Maaf.

Aku cuma nak kau tahu.

Lemah lembut? Bukan aku.
Banyak cakap? Bukan aku dengan lelaki. Tetapi YA dengan orang yang aku betul-betul percaya.

Tolong berhenti gosipkan aku dengan dia.
Walau sebaik mana dia.
So far, mustahil untuk aku crush dengan orang yang setiap hari aku nampak.
Yang setiap hari berada dalam kelas yang sama.

Tolong faham aku. Terima kasih.

26 February 2013

unknown feeling

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

*Terngadah ke langit yang mendung*

*Rasa ada sesuatu yang tidak cukup*

"Ah manusia memang! Sentiasa rasa tidak cukup dengan nikmat Dia"

*Tampar muka laju-laju*

"Aku bukan begini dahulu"
"Dahulu aku kuat aku tabah. Aku tidak kisah keseorangan"
"Aku tak minat dengan perempuan yang sentiasa perlukan teman"
Dan sekarang aku menjadi seorang perempuan itu.

"Aku cukup alergik tengok rakan sebaya yang mudah menangis kerana kecewa"
Dan sekarang aku semakin menjadi wanita seperti itu.

"Aku dahulu bukan orang yang lembik yang perlukan pujukan dan kelembutan"
Tapi sekarang aku semakin menjadi orang yang mudah luluh hati. Ahh!

Aku ingin sekali menjadi wanita yang air matanya mahal hanya untuk Tuhan.

Aku tak suka dengan perubahan ini.
Tumbuk muka sendiri.

Kembali ke dunia nyata cik adik. Kau kuat. Kau ada Tuhan.

19 February 2013

Awkward sebenarnya!

Berjalan-jalan di pasaraya. Tak letih. Janji tak letih sangat pun. Sikit mungkin letih.

Balik kolej. Bersihkan diri. Lepas maghrib makan bersama roomates.

Ketawa. Gelak. Cerita.

Solat Isyak. Duduk di ruang tamu rumah di kolej. Rasa sakit kepala.

Lagu cuppy cake kedengaran. Ambil handphone. Buka folder mesej. Tekan.

"Assalamualaikum. Ana nak tanya something boleh? Asiif jadi penyibuk"

Ohh coursemate. Dan dia lelaki. Aku rasa macam "Memang penyibuk!"

"Waalaikumussalam. Hm tanya apa?" *Aku harap dia dapat rasa betapa dinginnya aku balas mesej dia. Sorry bro!

"Kenapa kamu nampak macam senyap sangat?Tak banyak cakap dengan coursemates lain lagi-lagi lelaki. Dan bila dengan budak-budak ex-asasi dalam course kita,nampak macam boleh get in"

Makin sakit kepala.

"Ohh. Sebab malu. sebab segan. sebab rasa awkward. Tapi saya dengan budak matrik okey saja, cuma kurang bercerita hal personal. Saya tak kenal mereka sangat. Yang lelaki sebab, awak fikir sendiri. It should be like that. Kenapa tiba tanya soalan pelik tahap petala ke lapan ni?"

Tekan send dengan kasarnya.

Mesej masuk lagi.

"oh takdalah. Macam pelik. Sebab bila coursemate perempuan lain bercerita dengan yang lelaki, kamu just duduk jauh dan buat benda lain"

Tekan screen dengan malasnya. Kepala dah rasa macam kena gilis dengan jet transformer.

"It is about ikhtilat actually. Saya rasa awak lebih tahu tentang itu. Dan saya rasa selesa dengan pergaulan saya sekarang eventhough coursemates lelaki akan rasa awkward dengan saya. Yang penting, saya yakin saya tengah buat apa yang Allah susun untuk kita sbg Muslim. Sorry membebel banyak sampai ke galaksi bima sakti. Assalamulaikum"

Send. Letak handphone dalam bilik. Senyap. Diam. Sepi.

Esok paginya. Ke kelas seperti biasa.

"Awak, ada pesanan. Nah!" Sambil hulur kertas.

"Okey thanks" Bukak kertas itu. "Maaf pasal semalam. 0-0. I realised on something. Thank you"

Aku toleh kepada penulis pesanan. Dia sedang melihat aku dengan muka penuh berharap.

Aku senyum. Dia tunduk.

Aku maafkan. Eh sebenarnya bukan salah. Aku just tak suka kau tanya benda personal.

Sebab aku bukan kenal kau luar dalam. Kau kenal aku tahap mana je.

Harap kau baca. Dan kau faham sebab apa. Dan aku harap kau lebih faham tentang pergaulan.



16 February 2013

Pointer bukan bukti pandai-tidak


Aiman Azlan pernah menulis satu artikel di sebuah website tarbiyyah berkaitan tajuk di atas.



Okey aku tidak berniat untuk mengulas tentang artikel itu. Aku rasa aku terima dan hadam lumat-lumat hakikat yang beliau cuba sampaikan. Make your own conclusion. But beware okey!

Pointer atau grade tak membuktikan kau bijak, kau hebat.
Tak adil untuk orang yang ada masalah kesihatan ketika menjawab soalan.

Jangan compare pointer kau dengan orang lain.
Terutamanya dengan mereka yang berlainan course, atau berbeza lecturer

Fullstop!

Result semester satu tahun pertama ijazah sarjana muda already announce semalam. 15/2/2013.
Excited nak check? memang taklah. 
Tak macam asasi aku excited sangat kalau result keluar walaupun takut sebenarnya.

Alhamdulillah. 
Memang jauh dari target yang disasarkan iaitu 4.0 tapi lebih kurang jangkaan.
Okey aku rasa hati aku digeletek. 
Aku tak kecewa, malah aku bersyukur. Aku dapat rasakan Allah nak tunjuk something.

Muhasabah semula maratib amal aku. Memang aku tak layak.
Check balik hubungan aku dengan Allah. Memang masih jauh.
Periksa hubungan aku dengan manusia. Agak mengecewakan.
Tengok usaha aku semester satu. Memang hampeh.
Lihat kerja yang aku buat untuk Islam. Belum layak digelar da'ie.

So, kau mengharap Allah bagi kau yang hebat-hebat dan kemudian kau terus leka?

*Tunduk dan terdiam*

"Wahai diri, Fafiru ilallah"

14 February 2013

"Mungkin ujian ukhuwah. . ."

"Na. Dulu lepas SPM kau dapat offer further medic Ireland kan? Kenapa kau postponed dan waste your time sambung matrik dan lepas matrik baru kau nak fly by your own effort?"

"Apa maksud kau dengan by your own effort tu wardah?" tanya Safina selamba.

Safina menghirup teh panas yang baru tiba.

"Tak lah. Dulu lepas SPM kan JPA yang offer so then kau tak payah keluar duit untuk further sana. Ini lepas matrik, kau kena cari sendiri scholarship untuk pergi sana"

"Wardah. Allah bagi peluang dan izinkan aku bina ukhuwah dengan kau dulu. Itu sebabnya" kali ini Safina kelihatan serius.

Wardah tunduk.

"Wardah. Jomlah further sana juga. At least ada sahabat yang boleh kuatkan aku"

"Kat sana ada ramai lagi manusia yang layak digelar sahabat untuk kau"

Safina diam. Mata Wardah ditenung dalam-dalam.

"Laa Na. Kenapa nangis ni?"

"Kau tahu kan parents aku yang beriya suruh aku further Australia. Aku takut!"

Muka Safina ditatap. Tangan Safina digenggam.

"Na. Kau tahukan Australia actually is more Islamic rather than Malaysia sendiri. Kau pergi sana ramai akhawat yang aku kenal dekat sana. I'll tell them about you. They will there for you to replace my role okey?"

Safina lap air mata dengan tudung labuhnya itu.

"Aku tahu. Aku just kalau boleh nak kau terus di sisi aku. Belajar sama-sama. Halaqah sama-sama."

"Tak boleh Na kalau kita nak sentiasa bersama. Kau ada peranan kau, aku ada peranan aku. Teruskan cari tarbiyyah di sana. Aku pasti kau akan jadi lebih baik. Jauh lebih baik. Percayalah Na"

Tangan Wardah yang menggenggam tangannya dilepaskan. Kasar.

"Habis tu kau taknak jadi lebih baik?"

"Peranan kita berbeza Na. Cara kita nak berperanan pun berbeza. Allah dah tetapkan aku dekat Malaysia. InshaAllah kalau ada rezeki, aku jumpa kau dekat sana selepas degree. Master atau phD mungkin. Dah jangan nangis"

Wardah menepuk lembut pipi Safina.

"Kau janji kau jangan lupa aku?"

"Hm aku janji!" Wardah mengangkat tangannya.

Mereka berdua ketawa.

"Dan kau kena ingat. Perpisahan ini mungkin ujian untuk ukhuwah kita"

Safina diam. Allah akan tolong. Desis hati kecilnya.

12 February 2013

dhuha

 Daripada Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha"

"Awak, kalau nak urusan dunia akhirat dipermudahkan, jangan tinggal solat dhuha. Biar jarang-jarang tinggal, jangan pula jarang-jarang buat" Nasihat ustaz Hamzah waktu tingkatan dua SMK Biasa. Ya, aku akui, sekolah yang penuh dengan masalah sosial.

Dan aku dengan gigihnya akan cuba untuk menunaikan dhuha di surau sekolah setiap kali waktu rehat. Tapi masa awal-awal tu memang sangat jarang sebab as a prefect kena bertugas waktu rehat kan. Plus waktu tu aku belum nampak apa kelebihan solat dhuha sebenarnya. Cuma aku dapat rasa betapa tenangnya selepas dhuha itu. 

Dan aku teringat ada seorang budak lelaki yang setahun lebih tua dari aku pun selalu duduk di surau waktu rehat. Dia pelajar baru, and and, dia dari Sek Tahfiz bah! I'm not very sure kenapa dia pindah dari sekolah yang hebat ke sekolah yang banyak ujian. If I'm not mistaken, he had luekimia or brain cancer something like cronic disease lah.

Bila dah naik form 3, macam lebih keraplah buat dhuha. Ajak bestfriends, tapi itu pun ramai yang tolak. Itu satu hal. Yang pandang sinis lagi masalah. Tapi, aku percaya dengan miracle of dhuha. So aku ignore apa yang orang kata.

Dan keyakinan aku terhadap Allah dalam miracle of dhuha terbukti when I'm the one of two PMR candidate in my batch yang got straight A's. Memang bukan sebab dhuha semata-mata. But I believed yang dhuha adalah antara sebab Allah give me more than other friends got. Allah!

Then masuk sekolah asrama, lagilah banyak peluang untuk buat dhuha. I don't know why. suasana sangat berbeza dengan masa sekolah lama. Haha of course. Masa form four ada semangat buat dhuha sebab tengok memang ramailah senior buat dhuha. dan masa form five, kawan-kawan sebatch pun ramai yang rajin dhuha. Dan seperkara yang sangat awesome. Most of yang dhuha adalah pelajar insider. Ya pelajar asrama.



Sampai sekarang aku memang percaya dan yakin dengan keajaiban dhuha and aku cuba untuk istiqamah. Kalau baca doa dhuha tu, memang boleh mengalir air mata lagi-lagi kalau tengah susah hati.




10 February 2013

Azam semester baru.

Permulaan yang baru.
Azam yang baru.
Niat yang ditajdid.
Sikap yang dimodify.
Delete sifat malas.
Lipatgandakan kerajinan.
Hati kena ikhlas.
Ego kena tipiskan.
Baran perlu diredakan.
Lidah yang bermanfaat.
Kelakuan yang matang.

Ini azam semester dua.
Harapnya azam menjadi kenyataan.
Bukan sekadar tekad di dada.

Allah akan permudahkan.
Belajar kerana Allah untuk bantu ISLAM! 




09 February 2013

090213

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Genap tujuh tahun tarikh itu. Tarikh apa? *Buat muka suspens*
090206. tujuh tahun yang lalu. perginya seorang HERO dalam keluarga.
Pergi menghadap Illahi. Ya untuk selamanya.

No worry. Anak ayah yang sudah remaja, eh belia ini sudah lama redha dengan ketentuan Dia.
Walaupun sebenarnya sentiasa cemburu melihat orang lain bermanja-manja dengan ayah mereka.
Walaupun kadang-kadang cemburu melihat sahabat-sahabat bernikah diwalikan ayah kandung sendiri. *Eh tetiba*
Walaupun dulu pada awal pemergian itu terlalu takut bagaimana keadaan keluarga kami tanpa seorang lelaki bergelar ayah. *Masa tu tak terfikir abang-abang sebenarnya berhak atas kami*

Tapi sekarang anak ayah dah matang. Eh matang dari segi pemikiran.
Kelakuan kadang-kadang kelaut juga kematangannya itu. hee.
Anak ayah yang paling rapat dengan ayah ni tengah berusaha nak jadi anak solehah.
Supaya doa sampai untuk ayah. 
sebab salah satu daripada tiga perkara yang tidak akan terputus setelah berpisahnya roh dengan jasad ialah doa anak solehah kan.

Moga ayah tenang di sana. Moga doa anak ayah ini sampai untuk ayah.
Moga keluarga kita dapat berkumpul kembali di syurga tanpa perlu melalui hisab dan balasan neraka Dia yang sangat menakutkan itu. (Besarnya cita-cita dan harapan)

03 February 2013

Masih bertatih

Dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Lembut, Yang Maha Adil

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah izin seminggu dapat berkhidmat di Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan di Kem Bumi Jati.
Sebenarnya ingin berada di sana sehingga habis program, tapi Allah izin, perlu berkhidmat di rumah pula. ;)

Sungguh!Aku gembira disamping sahabat-sahabat dalam suasana tarbiyyah.
Berjumpa murabbi-murabbi hebat yang tutur katanya penuh peringatan dan berhikmah
Berjumpa ukhti-ukhti yang lembut bicaranya, yang sopan tingkah lakunya.

3 of us yang belum mencecah 20 tahun genap.

"Bilalah kita bertiga nak jadi lembut macam kak ani?"

"Bila umur dah 21 nanti kott" sambil sengih.

Masih keanak-anakan. Akan tiba masa, kau akan matang. Percayalah.

Aku masih bertatih. dan akan cuba untuk ambil masa yang sangat singkat untuk tempoh bertatih.
Aku perlu berlari lebih laju kerana aku tidak tahu bila Izrael akan datang untuk kali terakhir kepada aku untuk menjalankan tugasnya.

Ya, aku masih bertatih dalam kerja dakwah dan tarbiyyah. dan aku perlu berlari lebih laju untuk bergerak dalam medan amal. Tidak boleh memanjakan diri dengan kesenangan dan kemewahan.

Tapi ada sesuatu yang aku takutkan. Ya Allah, peliharalah aku dan ahli keluargaku dari kemurkaan-Mu.
Berikanlah hidayah dan petunjukMu kepada hati-hati kami.
Berikanlah kami kelembutan untuk berlaku lembut sebagaimana Kau berlaku lembut kepada kami hamba-Mu yang banyak dosa ini.

15 January 2013

Tamat semester satu

Dengan Nama Allah Yang Maha Bijaksana Maha Adil

Satu kosong kosong satu dua kosong satu tiga. dengan rasminya T A M A T
T U J U H semester menunggu di hadapan
Alhamdulillah. Allah beri kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan.
Aku serah kepada Allah segala-galanya. Aku akan redha. Ya, R E D H A.

Jumpa bestfriends semasa di TiJB. Terima kasih luangkan masa.
Dapat cerita-cerita walaupun masa sangat suntuk.
Lain rasanya bila dapat jumpa orang yang dah lama tak jumpa.

_____________________________________________
Tell to Allah. He is the best listener. Tell Him.



03 January 2013

maaf jika kau terasa

Berhabuk. sapu.
vacuum. mop.

bersih.

pernah dengar perkataan Itsar?

Ya peringkat tertinggi dalam ukhuwah.

cakap senang. buat pun senang sebenarnya.
orang yang mampu beritsar pun belum tentu mampu untuk semua sahabatnya.

aku bukan solehah. aku bukan malaikat. jauh sekali seperti Rasulullah.
aku belum cukup baik.
aku belum cukup mampu untuk beritsar dengan orang yang terang-terang mementingkan diri sendiri.

Maaf. aku bukan berdendam. aku bukan membalas.
aku cuba untuk tidak terasa hati dengan kelakuan kau.
kerana itu aku cuba menjauhkan diri.
bukan aku benci. bukan aku pentingkan diri.
itu lebih baik dari hati terus disakiti


 moga kita baikbaik sahaja. masih mampu berpimpin tangan menuju ke syurga Dia

Maaf kerana tak mampu buat kau tergelak kerana aku bukan pelawak
Maaf kerana tidak mampu membantu kau kerana aku bukan kaya
Maaf kerana tidak dapat mengajar kerana aku tidak sebijak dia.
Maaf untuk segalanya. Itu yang aku mampu. berkongsi sedikit ilmu yang ada.
Memberi peringatan untuk akhirat sana. Itu sahaja.