26 April 2011

Muslimah yang DIAM

1. Dewasa. Seorang muslimah dituntut untuk dewasa. Bukan hanya dewasa dari segi fizikal atau usia, tetapi dituntut untuk boleh dewasa atau matang dalam sikap dan perbuatan. Seorang ibu dituntut untuk bersikap dewasa di hadapan anak-anak dan keluarganya. Jika seorang muslimah tidak boleh bersikap dewasa, maka ia akan tidak sabar dengan pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya, juga dia tidak akan sabar dengan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya.
Memang, setiap individu memiliki sisi keanakan dalam dirinya. Tidak menjadi masalah, jika usia seseorang masih muda, atau remaja, tapi fikirannya dewasa, sebaliknya, agak lucu jika seseorang yang sudah dewasa dari segi umur, namun sifatnya masih sangat keanak-keanakkan. Seorang muslimah pun dituntut selalu berfikiran positif di setiap keadaan. Semua itu boleh diraih bila muslimah bersikap dewasa.

21 April 2011

SAHABAT ATAS IMAN .

carilah sahabat atas dasar keimanan . ni terbace kat satu buku kat kedai tu . so share ehh .
Dalam sebuah hadis ada menerangkan bahawa pada hari Kiamat nanti , Allah memerintahkan dua orang hamba menhadap-Nya . Seorang adalah hamba yang taat dan seorang lagi adalah hamba yang ingkar akan perintah Allah . Namun begitu , kedua-duanya mati dalam keadaan beriman . Kemudian Allah memerintahkan malaikat Ridzuan yang menjaga syurga supaya membawa hamba yang taat itu ke syurga .


Dalam masa yang sama , Allah turut meminta malaikat Zabaniyah yang bertugas menyiksa di dalam neraka supaya membawa yang seorang lagi ke neraka serta menyiksanya dengan siksaan yang pedih .


Orang yang mendapat balasan syurga itu amatlah gembira kerana telah mendapat balasan syurga sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT . Namun begitu , tiba sahaj dia ingin melangkah di pinti syurga , terdengar lah dia akan suara sahabatnya memanggil dan merayu , "WAHAI SAHABATKU, WAHAI TEMANKU, KASIHANILAH AKU DAN BERILAH AKU PERTOLONGAN" .

13 April 2011

PLKN ; randomly laa

Bismilllahirrahmanirrahim.

Last entry about PLKN. I guest laa. tak tahulah kalau mungkin terasa nak tulis something lagi about it. hihi.

Memang betullah. Allah pilih kita dalam berpuluh ribu rakan sebaya untuk sertai PLKN. yeppy, tahu iman belum berapa nak kuat. Tapi bersangka baik PLKN akan bantu kita untuk pertingkatkan iman, or praktikkan segala-gala yang pernah dipelajari whether formal or informal. 

Kat PLKN lah belajar jumpa bermacam-macam jenis human being yang rambut sama hitam, kasut sama saiz, jalan sama cara, kata-kata ada yang hampir serupa, tetapi punya hati dan perangai yang tersendiri.

Bukan mudah nak get into orang yang berbeza cara dgn kita, tapi keadaan memaksa tu yang lama-lama buatkan kita untuk sentiasa ikhlas dalam apa jua condition.

Terima kasih CB 5 especially PINK PANTERZZ dan INOVATIF. sorry, no number phone that I can give for the wira in CB 5. Saya perlu jaga itu.

Thanks a lot pada KN9. serius dapat classmate yang awesome. Keadaan yang aku rasa paling selamat dan terjaga dalam byk-byk keadaan di kem selain di surau.

Arigato buat keluarga BRAVO. wira wirawati bravo, anda sangat cool dan bergaya. walau banyak problem dalam company kita especially wira, last-last dapat company terbaik keseluruhan kan. semangat tu yang penting. 

Teristimewa buat individu indvidu di bawah. mungkin anda tidak terbaca entry saya, tapi dengan harapan saya akan tetap ingat anda walau 10tahun kemudian kelak. Ada sesuatu "cenderamata" yang anda bagi saya di PLKN tanpa anda sedar

1. Epa bravo
2. Zaza bravo
3. Ain bravo
4. Tufa bravo
5. Sok Feng bravo
6. Yin Kuan bravo
7. Su Yi Delta
8. Jufri Charlie
9. Adha Delta
10. Hafiz Delta
 11. Danny Bravo
12. Tak ingat nama* sorry

#The top 3 tu yang setia teman kita pie surau kadang buat dhuha. hee, appreciate sangaaaaaaattttt.

Maaf kepada yang tidak tersenarai. Mungkin kita lupa. dan mungkin anda tidak termasuk dalam apa-apa kejadian di PLKN.

#no phone are only given to the those 2 guys and some wirawati. tapi dah janji untuk berhubung atas perkara yang teramat penting sahaja untuk guys tu.

Terimass buat JL sekalian, ketua komander(ke komanden ek), pada tukang masak di dewan makan, pada pakcik koperasi (pelanggan setia cloud 9, kekekekkee), staf medic(kita pun pelik, kadang kalau budak sakit pegi check up, dipanggil "budak medic").

Pasti merindui, 
*Faham tak wira dan wirawati?
*jawapan dah betul, sikit lagi
*hentak kaki 14, 1 2
*Pasti Bravo
*Pagi minum dutchlady, bla bla bla....

Tak ingat apa lagiiii. tetiba rasa nak nangis bila teringat ustaz, ckg din, TKJ dgn KJ. hukhuk.

Terima kasih Ya Allah bagi kem ini sebagai ujian untuk aku yang lemah ini. Alhamdulillah, everything is fine.

05 April 2011

10 jenis solat yang tidak diterima ALLAH

bismillah . . . ini adalah perkongsian ilmu . tentang amalan wajib seharian kita y menjadi tiang agama kita , tanpanya , maka runtuhlah deen seorang muslim itu . teringat akan 1 buku tentang fardhu ain y pernah aku bace mase darjah 5 kott , gitu laa . 
Sabda Rasulullah SAW .
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

fikir-fikirkan sejenak . dan aku t'tarik dgn 1 riwayat para sahabat .
“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

renungkan kejap ehh , ade y cakap , "biar jahat , asal solat tak tinggal" . wahh , berani kott ckp gitu . mmg laa ade betulnye , tapi takpayah kott ckp cenggitu sbb mcm sedikit memperlekehkan firman Allah ; " SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH KITA DARI KEMUNGKARAN" . mmg susah nak dapat solat y sempurna , tapi tak salah untuk berusaha , dan y penting , ikhlas dan jangan riak sebab tu akan jadikan pahala amalan kita sia-sia . BARAKALLAH ;)

04 April 2011

kematian itu pasti !

UMUR pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dan menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.

Firman Allah bermaksud:

“Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.”
(Surah an-Nisaa’, ayat 78).

Persoalan mati adalah kejadian paling hebat yang tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia mati, ia dikatakan kiamat kecil kerana roh keluar daripada jasad yang akan busuk dan kembali menjadi tanah.

Kubur atau alam barzakh tempat permulaan alam akhirat. Seperti mana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.

Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh, alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, alam barzakh adalah episod ngeri dipenuhi azab hingga datangnya hari kiamat.

Pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit manusia yang bercakap mengenai kematian, alam berzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia.

Saidina Ali berkata:

“Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.”

Kesibukan mencari keseronokan dunia punca manusia lalai mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.

Persoalan perkara ghaib seperti kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga dan neraka adalah hak Allah SWT yang tidak boleh dicerobohi manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib bersandarkan dalil al-Quran dan hadis sahih.

Dasar akidah bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti pengamal ajaran sesat adalah ditolak. Nabi dan malaikat hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan Allah SWT.