22 April 2012

Semua kerana niat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Wanna to share some of our usrah discussion. Ringkas jaa.

Kenapa kita solat? Sebab dah masuk waktu? sebab memang parents ajar macam tu sejak kecil? sebab tu memang dah jadi tabiat kita hari2 sebagai Muslim?. Oh no ! please modifiy to more matured view. Kita semua dah besar laa. Ops salah. Bukan persoalan dah besar ke masih muda ke. ni persoalan, kita dah perlu matang untuk berfikir in Islamic way. kita makhluk yang dipilih untuk menjadi khalifah. Sebaik2 kejadian, seindah ciptaan.



Tadabbur al-Quran, tengok balik, macam mana malaikat yang dijadikan drpd cahaya persoalkan keputusan Allah untuk jadikan manusia y drpd tanah ni utk jadi pemimpin di muka bumu yang sangat luas ini. Malaikat kata manusia ni akan melakukan kerosakan di muka bumi ni. Namun, Allah jawab, "Aku lebih Mengetahui segalanya". Cek surah al-Baqarah. m/s 6 kalau tak silap dalam al-Quran resam uthmani. Allah ciptakan manusia hanya untuk megabdikan diri kepadanya. Bukan kepada FACEBOOK, bukan kepada drama KOREA, bukan kepada harta dan pangkat.

Apa jua yang kita lakukan, perlulah niat hanya kerana Dia. Dia Yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Esa. Peringatan untuk diri yang selalu leka. Ikhlas kan hati. Ikhlas kan hati. Ikhlas kan hati. Bila ada sekelumit rasa riak dan ujub dalam hati, memang sia2 lah segala amalan dan kebaikan.

Untuk beribadah especially ibadah khusus, pastikan diri dalam keadaan bersuci yang sempurna. Berdasarkan sedikit pembacaan tentang Fiqh, separuh drpd umat Islam yang beribadat masuk neraka kerana tidak sempurna muthaharahnya. Na'uzu billah.

Jangan terlalu ekstrem tentang sesuatu perihal. cukup sekadar wassathiah, iaitu bersederhana. Contoh, Kalau nak tutup aurat dengan sempurna, janganlah sampai pakai kain yang meleret ke lantai sebab taknak nampak kaki time berjalan. Then nanti nak solat kan dah payah. Kena sentiasa tukar pakaian. Boleh je kann pakai seluar track ke kat dalam tu. ^_^. Jangan sama kan golongan ekstrem ni dgn ahli sufi. Ada perbezaannya. Asif, tentang ahli sufi ni, ana tak tahu nak bagi pandangan dan huraian. Sedang dalam proses mencari.

Sekadar ni coretan dari hati yang daif. kita bukan student sastera yang pandai nak bermadah bicara. bukan juga pelajar aliran agama. Sekadar cuba berkongsi apa yang diperoleh. semoga bermanfaat.

Wassalam. = ='