13 May 2012

don't misunderstanding bro !

Bismillahirrahmanirrahim.

Okey tajuk macam ganas BRO tu. sebenarnya untuk semua, tiada specific untuk akhi sahaja yer ;) rasa kalau guna bro tu macam sempoi dan tak nampak gedik. okey dah.

Sebenarnya nak share pasal ikhtilat. Siapa tahu apa itu ikhtilat? Mai orang yang masih cetek ilmu ni habaq mai apa tu ikhtilat. Secara ringkasnya, ikhtilat itu ialah pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. Bukan nak riak ujub apatah lagi takbur. Tak ramai yang faham pasal ikhtilat. Apa itu ikhtilat pun mungkin mereka rasakah asing macam alien. Tetapi itulah tugas kita yang tahu untuk memberi tahu dan mengajak kepada makruf.

Memang tidak dinafikan kebanyakan kita yang faham akan ikhtilat mampu menjaganya di alam nyata, namun belum pasti di alam maya. Serius tak tipu!  Memang sukar sebenarnya tetapi itulah perintah-Nya, kita sebagai hamba wajib menuruti-Nya.

“Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”. (QS. al-Ahzab: 32)


 sekadar gambar hiasan

Walaupun lelaki itu tidak mendengar suara lunak kita, tetapi susunan ayat dan kata-kata kita sebenarnya sudah mampu membuatkan mereka membayangkan ke luar dari apa yang seorang perempuan sangkakan. #itu pengakuan seorang sahabat ketika berbincang tentang suatu urusan#
Lagi pula apabila sudah lama berbual, syaitan dan iblis laknatullah tidak akan mebiarkan perbualan asas hanya sekadar perbualan, dihasutnya lagi sampai mungkin kita terleka tanpa kita sedar. boleh bawa kepada zina dan. . . . . fikirlah sendiri. hee.
Sabda Nabi SAW bermaksud:
 “Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya”(Hadis Sahih)

memang tiada hukum haram dalam al-Quran menghalang lelaki dan perempuan berchatting dan berhubung. Boleh silakan. Tetapi dengan syarat hanya urusan darurat dan perbincangan. Jangan guna alasan dakwah untuk berhubung sedangkan silalah lelaki mendakwah lelaki dan perempuan mendakwah perempuan jika ingin dilakukan secara peribadi. itukan lebih selesa dan terjaga ;)
Wallahu 'alam. 
 sekadar gambar hiasan