19 January 2012

Pentingnya Jemaah dan tahajud.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar iman hari ni? Tanya pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman. Baru selesai usrah di bilik bersama roomates.Apa yang kita dapat hari ni? Hari ni bincangkan pasal diri sendiri. Hebatnya sebuah usrah.


Mulianya sebuah ukhuwah kerana Illahi. Kena cari diri sendiri semula.
Kena bina kekuatan dalaman sebelum membina kekuatan fizikal.
Mana datangnya satu kekuatan tu?
Semua dari Allah Yang Maha Agung.
Dan manusai kdg2 menjadi sebab Allah jadikan kita kuat.
Sbg seorang anak,kita terus kuat dan tabah untuk terus menuntut ilmu kerana ibu ayah kita.
Mereka hanya sebab. Tapi Allah yang menganugerahkan kekuatan itu.
Kekuatan dalaman perlu dibina dengan konsisten dalam melakukan tahajud.
Masa perbincangan tadi, sangat malu dengan Allah sebab rasanya terlalu jarang melakukan tahajud. Bukannya tiada langsung, tapi sebulan kdg2 sekali je.

Ya Allah, hinanya rasa hamba-Mu ini.

Allah amat suka hamba-Nya bersolat jemaah.
Jemaah tu memberi kekuatan ukhuwah antara semua umat Islam.
Dengan lurusnya saf, bersama mengaminkan doa, bersalam selepas solat, memberi peluang kepada para jemaah untuk bersatu.
Itu salah satu cara untuk tegakkan syiar Allah.
Masa zaman Sultan Mohamad al-Fateh sekalipun, mereka amat menitikberatkan solat jemaah dan tahajud dalam kalangan tenteranya.

Lihat, mereka menawan seluruh Kotan Kostantinopel. Hebatnya seorang pemimpin yang muda ! Okey setakat tu je perkongsian ringkas untuk kali ni ye anak-anak *gaya cikgu tadika*.
Moga bermanfaat untuk seluruh isi dunia.