01 December 2012

Kau pendiam sangat

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mengetahui Isi Hati Manusia

"Diam je kau. Cuba banyakkan cakap"

Aku senyum. Bila kau buat lawak, ada masa aku ketawa. ada masa aku diam. dan aku senyum.
Dan kau kata,

"Diam lebih baik dari berkata-kata. Tapi berkata-kata yang baik lebih baik dari diam"

Aku balas balik.

"betul. kalau kamu rasa setiap kata-kata yang banyak itu mempunyai manfaat"

Kemudian,

"Sebab itu aku cakap "YANG BAIK". Tolong faham maksud aku"

Balas

"Saya tak cakap kamu salah. Saya cuma menambah, KALAU KAMU RASA SETIAP KATA-KATA ITU ADALAH BAIK. Minta diri. Saya tak suka bertengkar hal yang bukan khilaf"

"Khilaf itu apa?"

Aku diam bukan sebab aku sombong. aku diam bukan sebab aku tak suka orang.
Aku diam sebab aku mengimani hadis Rasulullah SAW dalam Sahih Bukhari.
Aku cuba kurangkan gelak sebab aku percaya kata-kata Umar al-Khatab.

Aku diam kerana tiga perkara:
Aku cuba hafal ayat hafazan semula
Aku sedang fikirkan apa yang tidak difikirkan oleh kawan yang lain.
Aku cuba menjaga hati.

Aku tahu aku bukan hebat macam kau.
Tapi aku cuba menjadi hebat di sisi Allah.
Aku cuba menjadi hebat untuk Akhirat.
Cuba menjadi umat yang cintakan kekasih-Nya, Rasulullah SAW.
Cuba menjadi hebat seperti para sahabat.
Walaupun, itu semua hanya cubaan. hasil yang pasti tidak mungkin.
Kerana sudah ada mereka yang hebat.

Tapi aku yakin, Allah lihat aku. Allah nilai aku. Allah sedang jaga aku dengan sikap aku.
Aku cuba tunjuk contoh teladan yang baik.
cuma terpulang pada mata hati kau kenapa aku lakukan sesuatu itu.
Moga Allah beri kau kekuatan untuk berjalan di atas jalan hidayah.