21 August 2012

Ziarah saudara

In the name of Allah Most Gracious, Most Merciful.

Third day of syawal. Huhh belum start pun puasa 6. This thursday In sha Allah.
Semalam pergi ziarah saudara yang dekat-dekat sini.
Serkat. then to simpang renggam.
Plan nak beraya pie johor bahru tak sempat sebab dah malam gilaaa.

Semalam masa kat benut. fuhh jalan jam gilaaaaaaaaaaaaaaaaa.
haa nampak tak kegilaannya di situ.
Then, ada kat satu tempat ni. Dari jauh kita nampak ada orang berdiri tgh jalan.
Lambai guna hp. I mean lighting dr hp tu. mcm gaya org minta tlg.
Bila sampai port tu. Nampak ada 3 org budak lelaki kat tepi jalan dalam gelap.
Mcm baru lepas accident. Tapi tak da siapa berenti tlg.
Kita pun tak berenti sebab bukan kita yang drive.
Dan dan time tu teringat cerita-cerita taktik org nak menyamun. tempat gelap kott tu.
Astagfirullah. Husnudzon. Tapi takpe laa. tak nampak teruk sgt pun. mungkin jatuh sendiri jep kott.

Masa otw balik tu, nampak ada accident motor 125Z dgn kereta apa ntah.
Quite worse laa nampak keadaa motor tu.
Moral of the story. Jgn drive time emosi tak stabil. jgn mencilok sesuka hati ang. kalau ang nak mati accident dgn maksud drive tanpa rules, pastikan ang tak bawa sesiapa. pastikan ang guna transport ang sendiri, pastikan kiri kanan ang takda pengguna traffic yang lain. dan paling penting ang mesti dah sgt byk amal ibadah dan taubat. #dgn nada menyindir.

dulu masa zaman kita kecik kecik, time raya semua semangat collect duit raya.
kalau perempuan, mungkin malumalu sikit laa. tapi tetap ada. kalau yang boy memang tak kisah rumah siapa pun redah jep. dulu mana reti nak main gajet cecanggih ni. budak skrg bila tgk dtg beraya, dgn hp laa, psp, segala jenis ps. dan yg lagi advance siap ada IPAD lagi tu. hoii dulu kita pakai hp sendiri pun time form 5. ada laptop pun time dah masuk u.

tengok anak saudara, adif yang 5 tahun tu, kumpul duit raya sebab nak beli IPAD> whoaaa!
dulu aunty ang ni duit raya kumpul, habis raya teruih masa bank.
Dulu aunty sebaya adif ni, mana ada nak nangis-nangis memberontak lepas tu ada org pujuk timang-timang ala bucuk-bucuk. just nangis, tidur, bangun cari makan, buat muka toyaa mcm takda pape.
ni ang, siap nak baling-baling brg bila mintak pape tak bagi. rasanya bdk skrg ni terlalu dimanjakan sampai orang tua pun tak reti nak hormat dan malu.

sebab tu kita berani nak marah dia, yang berani nak tolak permintaan dia.
sebab kita taknak dia jadi org yang cintakan dunia, taknak dia jadi org yang suka meminta. dan kegarangan tu terpaksa kott, bukannya sng hati nak buat. semua sebab syg. dia masih kecil dan lembut untuk mampu dibentuk.

dan rindukan zaman semua anak hormat ibubapa. bukan mcm sekarang yg anak-anak baik kecil ke besar ke, control ibu bapa. parent dibuat mcm hamba.


Hehh salam aidilfitri.

19 August 2012

syawal 1433H

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh

Syawal already alhamdulillah. 7th without him.
Yupp without ayah. aduhai sayu ;(
Tahu tak macam mana rasanya? ahaaa angpa tak kan tahu kalau angpa bukan senasib dgn kita.
Rasanya tak sama dgn kehilangan seorang datuk/nenek/makcik/pakcik etc. JANJI! tak tipu.
As conclusion, appreciate all the peoples around you before they go rest for akhirat.

Dann impian tercapai. Dapat pie solat sunat hari raya.
Mesti angpa nak kata kita ni sakai/kuno/ what so ever sebab tak penah pie solat sunat hari raya kan.
Cakaplah apa pun. sebab kita ada alasan kita sendiri. Don't judge me by read this entry. ngehh.
Dekat area kg ni, takda perempuan pie solat hari raya kat surau/ masjid.
Then dengan senang hatinya pie area bandar Pontian yang lebih kurang 15min kalau naik kereta.
Haa masjid daerah tu. Memang ada hikmah ada lesen kereta. hee.
Fuhh traffic jam tak payah kata. FULLSTOP!

Kalau kat akhirat Allah tanya, "Wahai si comel , apa yang kau buat pada pagi 1 syawal 1433H?". sekurang-kurangnya ada lah ibadah yang kita lakukan.
Cer kalau hanya dok rumah busy memasak ke mengemas yang tak settle settle tu, takkan nak jawab tu kott depan Allah. Kalau memasak/mengemas tu okey lagi lah kalau niat ibadah.
Habis kalau dok melanguk depan tv layan drama, dok hadap lappy/ipad mengapdate status fb dan tweeter tak habis-habis, ang nak jawab tu depan Allah.
Pkiaq ang lepas laa. Fuhhh! basah baju tiba-tiba

Dan kalau Allah tanya, apa kebaikan yang ang buat di pagi hari kemenangan?
Ang nak jawab apa kalau ang dok pakai sexy mexy, solat subuh ang pun ke mana sebab bgn lambat konon ang tidur lambat sebab main mercun.
Ang nak jawab tu ke depan Allah? Pikir lah kalau betul ang beriman dgn hari akhirat.
Bukan ke setiap detik, setiap amal kita akan dihisab? takkan terlepas satu pun!

Sabda Rasulullah SAW :

“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan :
Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? , Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? , Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? , Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)[2]

No deny lagi dah wehh. Siap sedia lah ang. baik ang tobat before malaikat izrael tarik nyawa ang. before matahari terbit dari barat.
______________________________________________________

Then balik solat tu, minta maaf semua. Cuma mampu cakap minta maaf je sebab memang terus sebak. hoho.
Lepas tu pie ziarah kubur arwah ayah, atok dan makwe.
Terasa mcm nak nangis melalak time dok baca tepi pusara ayah. Sebak kott dada tahan.
Dan balik rumah. next event. blablabla ^^
______________________________________________________

Minta maaf salah silap. Minta halal segalanya dunia akhirat.
Selamatkan kita dari neraka kalau angpa masuk syurga. Please ;(
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu am wa antum bilkhair.
Moga Allah redha hamba ini.

18 August 2012

Muhasabah Ramadhan

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful, Most Beneficial.

And today is the last day of Ramadhan 1433H. And I don't know if I will meet Ramadhan again next year or this will be my last Ramadhan. Yupp we just can pray for our longer life, but we need to believe 100% that our death are already set by Him since beginning. So, why not we just prepare all the time for our death. and all people know what the preparation need to do to meet Hima later.

Okey kalut speaking mengalahkan skipping. Continue in Malay.

Semoga Ramadhan ini sedikit-sebanyak berjaya jadi bulan tarbiyyah utk kita hamba-Nya, dan mencapai matlamat dalam His love letter.

 "Wahai orang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang terdahulu sebelum kamu, agar kamu BERTAQWA" Surah al-Baqarah:183

Dan kena ingat jugak. Nak jadi bertaqwa bukan setakat berpuasa yang tahan lapar dahaga. Tapi ang kena faham jugak maksud puasa dalam bentuk hakikat. Okey I'm not going to explain about it here.

Sebenarnya nak merakamkan sedikit sebenyak Ramadhan kita kali ni. buat bacaan anak cucu kelak. hewhewhew.

Rasanya Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yang sangat menjimatkan. maknanya kos. kott. kenapa? sebab pergi bazar Ramadhan dua kali jep. eh ke sekali jep ek. tu pun sebab ada org tu kempunan nak makan nasi kerabu. Hehhh kalau lah ada org dalam rumah ni pandai masak nasi kerabu mcm org Ganu masak, mesti pecah record tak jejak bazar Ramadhan tu. Hmm kena cari ehemm org Ganu ni. kekeke.

Dan lagi, alhamdulillah dapat solat terawih penuh 20 rakaat setiap hari. kecuali time Allah bagi rehat laa. hee. eh sebelum ni ang penah ponteng solat terawih ke? eh bukanlah cenggitu, sebab biasanya kalau kat kolej or time kat asrama dulu, buat solat terawih kekadang 8rakaat jep. whether sebab ada discussion, atau even lain sempena Ramadhan.

Dan berjaya khatam 30 juzuk of al-Quran. Syukur alhamdulillah. Dan bebuka puasa sepanjang Ramadhan di rumah setelah hm 3 tahun berada di perantauan. kekeke. dan dan teringat salam perantauan yang paip buat masa kat hostel dulu.

Qiamullail tu tak mampu lagi buat setiap hari. Masa 10pertama Ramadhan, selang seli. Pertengahan tu sebab ada excuse. hee. yg last tu alhamdulillah buat setiap hari . dan kena teruskan lah ni dah alang-alang. Semoga jiwa budak comel ni menjadi lebih kuat dan tabah. hewhewhew.

Tak mau cerita pasal raya dulu. Sebab masih mahukan Ramadhan ini. Semoga Allah redha.

Assalamualaikum

14 August 2012

Surau Orion

Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

Tett tett. *erk tak tahu nak translate dlm words bunyi sms masuk kat hp tu cam ne*
____________________________________________
Sender: Hi.
Me: Ohh haii. Assalamualaikum. Siapa eh?
Sender: Waalaikumussalam. Hamba Allah. Boleh kenal?
Me: Haha tak payah kenal pun kita rasa memang kita kenal awak. So can you tell me?
Sender: Alaa ni kawan masa tadika dulu. main nyorok-nyorok. Ingat lagi tak?
Me: Haha memang kita ada sorang jep kawan masa tadika ke. Haa ni mesti kawan kat UPM kan?
Sender: Hehe betullah tu.
blablablabla.
Sender: Saja jep msg. Nak mengimbau kembali nostalgia kat surau kolej 13 dengan awak.
_____________________________________________

Haha nostalgia sangat. SURAU ORION. Surau kat kolej 13. Time batch-7 asasi dekat situ, majoriti budak asasi lah yang mengimarah dan memeriahkan Orion tu. Baik muslimin mahupun muslimat. Okey sangat rindu. *tears gland dah mula aktif ni*

Orion tu dah macam bilik kedua kita masa kat kolej tu. kdg, naik bilik just for sleep, take a bath, makan, online, dan sewaktu dgnnya. sebab line u-spot di Orion mengalahkan Gary, spongebob's pet tu.  Masa sem 3 lagi lah, kadang-kadang tidur pun dekat Orion. hee takpe kott nak bongkar rahsia ni kan Yana. hihi.

Orion jadi saksi perasaan kita. Ewahh ayat. hihi. nangis pergi Orion, bosan pergi Orion, nak baca buku pergi Orion, study pergi Orion, nak discuss something privacy ajak org turun Orion. macam-macam lah. Dah banyak dah airmata kita tumpah di Orion. eh! hehe.

Masa final exam sem 3 asasi tu, kita dan dua sahabat lagi memang menghabiskan masa sepenuhnya di Orion. Lepas balik kg masa study week tu, sehari before exam SSK lah maksudnya, kitorg turun Orion buat study group. Dari pagi sampai ke malam. Naik bilik utk mandi jep. Bila dah malam dalam pukul 12 masa tu, semua pakat malas nak naik bilik. dan kitorg pun me'landing'kan diri di Orion.

Bgn pagi, before orang azan Subuh. Eh rasa sangat seronok tidur kat Orion. Tenang sangat. Nak bgn Qiamullail pun senang. Dan kitorg pun decide nak teruskan xtvt hari tu sampailah ke akhir asasi.

Part paling tak boleh lupa. Masa tu malam. dah lepas Isyak lama jugak laa. Kitorg tak tahu jam pukul berapa. Semua pakat tak pakai jam. Hp pun tak bawa turun. Jam kat tempat Muslimat rosak. Masa tu kitorg sgt yakin kat tempat Muslimin takda org. So one of us, nama di privacykan, jengahlah tempat muslimin melalui tabir kat tengah tu. Dia jengah pun dgn teragak-agak, mana tahu ada org ke kan. Dia keluarkan kepala jep dari tabir tu. Tempat Muslimin gelap, tempat kitorg cerah. Tengah-tengah cari jam tu, tiba-tiba nampak ada Muslimin tengah baring main hp menghadap ke arah dia. Maksudnya kat situ, dah sah-sah lah Muslimin tu nampak siapa yang jengah-jengah tu. Haha masa tu memang macam nak pecah perut gelak. Time taip ni pun, tersengih sesorang ingatkan kes tu. Siapalah agaknya Muslimin tu kan?

Malam before paper last tu, tak tahu macam mana mulut ni boleh terspontan bercerita.

Me: Pernah tak rasa korang tenang, tapi korang tak pasti ketenangan tu Allah bagi atau syaitan hasut, sebab syaitan skrg ni taktik dia sgt halus
Yana: Maksudnya? Tak faham.
Me: Macam ni. Contoh, kita rasa sekarang ni kita dah tak kisah even kita dpt markah exam okey ke tak, kita rasa tenang jep. Kalau dulu, mahu tak nangis satu malam. Maybe sebab kita dah usaha betul-betul, then kita tawakal fully pada Allah kott. Cuma kekadang terpikir perasaan ni Allah anugerahkan or syaitan nak ganggu kita.



Bila fikir balik, hm please sangka baik dengan Allah sebab Allah itu mengikut sangkaan hamba-Nya. So doa banyak-banyak dijauhkan dari hasutan syaitan yang mengelirukan. minta diberi petunjuk yang jelas.


Masa lepas last paper tu, kitorg exam malam, balik bilik semua busy mengemas. Tiba-tiba hujan sangatlah lebat. dengan angin yang sangat kuat. Dan terasa sayu. Ewahh! dan kitorg tetap nekad meredah hujan turun Orion. utk kali terakhirnya. hukhuk sedihhhh. Tidur dah nak pagi kott time tu sebab becerita blablabla. dan esoknya berenjoying dgn Ezzah dan Yana untuk kali terakhirnya. Eh bukan. Kami pasti jumpa lagi. sebab ukhuwah kita sampai ke syurga.

#hoho Yana lah ni bagi mood Orion. Lepas ni I'm not the resident of Orion lagi. mungkin cuma menjadi tetamu.

#sorry if I'm hurt you, kadang tak sedar pun. dan kita memang suka sangat sakitkan hati orang lain.

13 August 2012

Si comot berkecil hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana.

24 Ramadhan already. 5 days to go. sebab puasa tahun ni 29 hari kan. ke tak? Bila dah besar ni., tak rasa sangat feeling nak raya tu. sebab rasa lagi sedih sebab tinggal Ramadhan. Ke kita sorang jep rasa cenggitu. huhh. Azam nak buat Qiamullail hari-hari sepanjang Ramadhan tak tercapai gamaknya. sebab masa first week tu, selang seli. Second week, tak payah cakap. Dan final week ni laa sedang ai ai fighting dengan nafsu dan bantal.

Baru dapat tahu kematian ibu sahabat dua minggu lepas. Nasuha. Masa tu depa otw balik dari aiport jemput nasuha yang balik Malaysia dari Jepun. Rempuh lembu. Aii, lembu pun satu yang ang pie main tengah jalan malam-malam buta tu buat apa. ang besar mana pun, bila dah gelap tgh malam, siapa pun tak perasan ang. Eh. Al-fatihah buat ibu Nasuha. Saudari Nasuha, semoga ang sabar hadapi dugaan ni. mmg Allah sayang ang bagi ujian macam tu.

Ada satu cerita tentang si comot.

______________________________________________

Si comot termenung di tepi reban ayam milik keluarganya. Ayam dalam reban tu pun punya lah senyap memahami perasaan si comot yang sedang gundah gulana seperti ayam berak kapur. Eh. Atau pun ayam tu senyap sebab nak minta simpati si comot agar si comot memujuk keluarganya supaya tidak menyembelih sesiapa pun antara mereka utk juadah hari raya. Dah memang angpa semua untuk manusia makan wehh.

Sebenarnya si comot tengah merajuk dengan parents dia. Si comot bagitahu awal-awal pada parents dia yang dia takmau ikut parents dia beraya rumah abang kepada ayahnya, yang bermaksud Pakngahnya. di Pahang. Kenapa si comot ni? selalu setiap tahun si comot akur dengan plan keluarganya utk beraya ke mana-mana sahaja.

Si comot teringat kisah 3bulan lepas. semasa pertunangan abang saudaranya, alang, yaa pandai. Anak ketiga pakngahnya yang berusia 4tahun lebih tua dari dia. Ada apa pada kisah itu? Masa majlis pertunangan alang, si comot bersungguh-sungguh untuk balik ke kg demi m'bantu majlis pertunangan alangnya itu bejalan dgn lancar. Si comot sgt gembira sebab dapat bejumpa dgn semua sedaramara tokneneknya. Dia juga dpt jumpa sedaramara belah isteri pakngahnya. Dia tak pasti apa gelaran yang patut diberi.

Di kg, si comot bersungguh-sungguh membantu, sedangkan sepupu-duapupu-tigapupu nya lain hanya membatu mengalahkan tugu peringatan pahlawan negara. Ada satu part kerja ni, alang memarahinya sebab tersalah buat. Tak pasti apa kerja itu. Lepas tu, makngahnya pulak memarahinya. Si comot cuba utk tak mengambil hati ketika itu. Terus membantu dan yang lain masih membatu. Tak paham betullah depa ni.

Bila difikirkan balik, si comot sgt bekecil hati dan nekad takmau jumpa depa lagi buat masa ni, atau mungkin untuk 3 4 tahun. Sangat. Walaupun masa pernikahan alang tu nanti, si comot tak mau hadir apatah lagi membantu!

Lalu si comot bagitahu pada keluarganya tentang hasratnya tidak mahu pulang ke kg pada raya tahun ini tanpa memberitahu alasan sebenar. Si comot bagitahu sebab nak jaga ayam-ayam dalam reban tu.Lalu, parents si comot meleteri si comot, bla bla bla bla.

Si comot bagitahu pada camet tentang masalahnya. Camet menasihati si comot, eh malah camet yang dimarahi kerana camet seolah-olah tidak memahaminya. Comot, kita bukan tak paham perasaan awak. Cuma Islam tak bagi porak peranda macam ni apatah lagi memutuskan silaturrahim. Si comot minta camet mengikuti keluarganya pulak ke kg untuk bertemu dgn alang dan makngahnya dan memberitahu bahawa si comot sangat berkecil hati dgnn mereka.
________________________________________

Okey tamatlah kisah si comot yang berkecil hati. Pesanan buat si comot :

Awak kecil hati dengan dua orang tu jep, takkan sampai taknak balik kg. Nanti semua saudara mara lain rindukan awak. Allah murka dengan orang yang memutuskan silaturrahim. nak nak hari mulia, bulan mulia. Allah memuliakan orang yang memaafkan orang lain. Sedangkan Allah pun Maha Pengampun, siapalah kita yang semua samataraf ni untuk berdendam.

Dari Abu Hurairah Radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” 
(Hadits riwayat Muslim)

Note: nama sebenar si comot telah di privasi kan dan cerita telah ditambah perisa demi menjaga keamanan sejagat.
.

Assalamualaikum ^__^

05 August 2012

i'm not looser!

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Yesterday, a friend of mine, yes of course a girl, ask me about NIKAH MUDA. Yes I know it is like a trend today, and only some of youth take it as a sunnah. Come on, we do everything based on our Prophet Sallallahu 'alaihi wasallam and for the sake of Allah. Only HIM! Many youth said they want to NIKAH MUDA with the reason to prevent 'zina'. Oh it is a good intention. But, how is your relationship until it can make you close to zina? It's your choice even want to close to it or try to make it far away from you. Allah cakap dalam al-Quran, "JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA". it's not about JANGAN KAMU BERZINA malah hampirinya pun is must be prevented. so then, kalau kamu mampu menjauhi perkara-perkara yang boleh bawa kamu ke arah zina, in sha Allah, kamu selamat dari perkara terkutuk itu.

My friend told me that she likes a boy who is very nice. She said, that she hope that the boy will has the same feeling towards her. Okey, tu lumrah manusia, ingin mencintai dan dicintai. Cuma kita sendiri yang arrangekan lumrah kita tu kepada cara yang bawa kita ke Jannah atau Jahannam. Wa na'u zu billah. Sini ada satu cerita dari seorang sahabat. Kita minta izin dia dah untuk copy di sini.
______________________________________

Hari ini aku terasa sangatlah looser. Ada seorang my schoolmate yang aku tak pernah berbual dengan dia sama ada reality atau pun maya. Aku gelarkan dia A. Ohh ya, pernah hanya beberapa kali masa kem kepimpinan sekolah. kebetulan kami satu group. Itu pun, hanya kepada perkara yang perlu sahaja.

Setelah hampir 2 tahun kami meninggalkan zaman persekolahan kami, tiba-tiba A cuba meng'add' aku di facebook. namun aku abaikan sahaja, kerana aku tidak gemar meng'approve' kawan lelaki yang tiada urusan dgnku. A msg fb ku. aku cuba abaikan. namun setelah beberapa kali dia hantar msg, aku akhirnya sedikit tewas dgn membalas msg dia. Aku jawab pertanyaan khabarnya, dan segala soalan yang dia ajukan. Kemudian, dia hantar msg, "sebenarnya aku nak bagitahu kau yang aku suka kau sejak kem tu" . Allah, mudahnya kau wahai A. Aku cakap, "ohh biasalah tu. mana ada muslim yang bencikan saudaranya. semua muslimkan bersaudara" . Dia cakap, "kau mesti faham apa yang aku cakapkan". Yep, aku faham, dan sebab tu aku tak reply lagi msg kau.

Sejak hari tu, hati aku tak tenang. Allah, ini ujian ni. Aku akui dia orang baik, dulu boleh dikatakan budak surau. sekarang dgr cerita dia join usrah di kampusnya. Cuma aku tak tahu mana silapnya kau tak mampu kawal perasaan kau. Aku akui, sejak hari tu aku asyik terfikirkan  dia. Sampailah satu malam aku tergerak buat solat malam. solat tahajud, solat taubat, solat istikharah. Aku minta Allah lupakan aku pada A kalau dia bukan jodoh aku. Aku minta Allah gerakkan A utk lupakan aku kalau aku bukan untuk dia.

Alhamdulillah, Allah perkenankan. sejak tu, aku dah tak terfikir dah lagi pasal dia. memang tenang.......
__________________________________

okey cukup sampai situ kita copy cerita dia. nampak tak kat situ apa lesson drpd cerita dia?
for me, it's simple. If you have feeling towards someone yang sampai kamu rasa tak senang duduk, asyik terpikir dia, mintak dia jadi jodoh kita, korang buat solat malam selain solat fardhu yg mmg dah wajib tu.
Korang minta Allah tunjukkan jalan yang betul, dijauhi dari perasaan mencintai dan berharap pada orang yang bukan Dia tetapkan untuk kita. buat ikhlas kerana Allah, In sha Allah dibantu oleh-Nya.

Jgnlah sampai luah perasaan di facebook,"AKU CINTA DIA KERANA ALLAH", "AKU HARAPKAN INGIN BERSAMA DIA HINGGA KE SYURGA" . ahaaaa, tak salah tu. tapi apa kata korang bina kekuatan diri korang tu dulu sbg persediaan masa hadapan.

Sejujurnya janganlah tanya kita tentang cinta manusia semua tu. I had no experience about it LANGSUNG! takda langsung oke! yang kita ada pengalaman tentang cinta untuk sahabat dan keluarga. dan yang paling penting untuk ALLAH, RASUL dan ISLAM keseluruhannya. hee.

LEBIH BAIK BUAT PREPARATION DAN REMINDER TERHADAP KEMATIAN daripada SIBUK MEMIKIRKAN TENTANG JODOH DAN PERKAHWINAN. kerana,

KEMATIAN ITU LEBIH PASTI DARI SEBUAH PERKAHWINAN.

04 August 2012

Tadabbur Ummul Kitab

Dengan nama Allah aku meluahkan kata-kata

Allah memulakan surah al-fatihah dengan lemah lembut utk SEMUA hamba-Nya dengan sifat PEMURAH, dan SPECIAL untuk mereka yang beriman dengan sifat PENYAYANG

Allah menegaskan betapa Allah itu MAHA SUCI, hanya Dia Tuhan seluruh alam. TIADA yang lebih suci dari-Nya.

Allah berlembut lagi dengan pengakuan sifat-Nya yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG

Allah bertegas lagi, mengingatkan manusia bahawa Dia adalah Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan. Hanya Dia, di mana semua makhluk hanya memikirkan diri sendiri, bilamana semua makhluk dikumpulkan di Mahsyar sana.

Oleh kerana Dia adalah Tuhan Yang Maha Suci, Dia Yang Menguasai Hari Penghakiman kelak, kita sebagai hamba buat pengakuan bahawa HANYA Dia yang kita sembah dan mohon pertolongan. Tiada yang lain! bukan dari manusia, bukan dari pemimpin kita, bukan dari ibu bapa kita.

Dan, kita sebagai hamba yang lemah, dengan hati yang selalu berbolak balik, kita minta kepada Allah agar ditunjukkan kepada kita jalan yang lurus. Bagaimana jalan yang lurus itu?

Allah jelaskan lagi, jalan yang Allah beri nikmat. Apa jalan nikmat itu? Jalan yang Allah redha, jalan yang benar menuju Jannah-Nya, bukan jalan yang sesat, jalan yang lagha, jalan yang Dia murkai.

______________________________________________________________________

Surah seringkas al-fatihah, yang menjadi rukun dalam apa jua solat, baik sunat apatah lagi wajib, punya banyak pengertian yang AMAT mendalam jika kita benar mentadabburinya.

Semoga setiap permintaan kita dalam al-fatihah itu diperkenankan oleh Dia yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi apatah lagi yang nyata.

Wallahu 'alam.