20 January 2014

Gunung dan kehidupan


“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) bergoncang bersama mereka…” Al-Anbiya' : 31

Mungkin hobi dan minat yang sukakan aktiviti luar. Atau mungkin mental dan fizikal yang minta digunakan untuk aktiviti lasak. Atau sebenarnya, mungkin jiwa dan hati ini lebih gemar dekat kepada alam kerana terasa lebih dekat kepada Pencipta alam.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu akbar. Gunung Nuang telah berjaya kutawan. Siapa kata muslimah itu lemah? Siapa kata muslimah itu kerjanya hanya di rumah? Mohon buka minda anda. Mohon ubah pemikiran anda. Muslimah itu hebat. Lihat sahaja zaman Rasulullah menyebarkan dakwah. Siapa yang setia di sisi baginda saat permulaan penyebaran Islam kalau bukan Siti Khadijah, seorang Muslimah. Lihat sahaja zaman Nabi Musa. Siapa yang berani melawan sang suami yang zalim demi mempertahankan kalimah Illah kalau bukan Asiah, seorang muslimah.

Perjalanan mendaki itu buatkan aku sedar bahawa alam Allah ini luas dan sungguh masih banyak yang tidak aku tahu. Dan ketenangan di dalam belantara itu buatkan aku sedar bahawa di luar sana terlalu banyak pencemaran. Pencemaran alam sekitar. Pencemaran akidah. Pencemaran iman. Pencemaran agama. Apa lagi yang tinggal di dunia akhir zaman ini yang masih terselamat dari sebarang pencemaran? Hmm

Banyak sungguh analogi yang diilhamkan sepanjang pendakian.

Penat dan sakit. Terasa ingin sahaja berhenti dan berpatah balik. Ditambah pula sekumpulan dengan orang-orang yang tidak memberi sokongan. Eh ! Lupa. Hanya ada seorang dalam kumpulan kecil itu yang sama-sama memberi galakan. Terasa fed up dan kecewa juga dengan ahli kumpulan sendiri. Bukan kekuatan fizikal sahaja yang diuji. Mental juga turut sama teruji.

 Gambar hiasan.

Namun niat pendakian adalah untuk melihat betapa hebatnya ciptaan Allah. Perjalanan ini untuk melamar redha Allah. Dikuatkan juga semangat agar sampai kepada matlamat pendakian.

Sama juga seperti kehidupan kita. Lelah dan letih dengan ujian. Berhadapan dengan manusia yang mementingkan diri sendiri. Berjumpa dengan manusia yang suka merendah-rendahkan. Di saat keluarga dan sahabat baik tidak ada bersama, pergantungan kepada Allah sahaja yang mampu buat kau kuat. Bukan kita boleh jangka dengan manusia bagaimana yang kita akan jumpa. Bukan kita mampu agak situasi apa yang kita bakal hadapi. Itu semua terletak dalam pengetahuan dan ilmu Allah. Kita lemah. Kemampuan kita terhad. Namun kita tahu kita ada Allah. Kita kena sedar apa matlamat hidup kita. Ya. Menjadi 'abid dan khalifah. Bukan menjadi hamba kepada masalah. Bukan menjadi orang yang kalah kepada manusia.

Ya. Amal itu tidak mudah. Kadang kita jatuh. Kita penat. Silakan penat. Silakan berhenti. Silakan jatuh. Tapi Jangan lupa untuk bangun semula. Jangan lupa untuk teruskan melangkah.. Mungkin kadang-kadang kita marah dan sedih sebab kita rasa kita tak berdaya. Namun Allah tahu kemampuan kita. Kadang kita sendiri pun tidak sedar dengan kemampuan kita. That's why Allah kata, Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Believe in Allah ! Do believe please !

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." Al Baqarah : 155
Bukan senang kita nak sabar. Cuba didik diri untuk percaya dan yakin dengan janji Allah. Kalau kita boleh bersyukur di saat kita mendapat nikmat, mengapa kita sukar untuk bersabar di saat kita mendapat ujian. Sedarkah kita bahawa kesusahan dan ujian itu untuk mendekatkan kita dengan Allah, ataupun untuk menghapuskan dosa kita atau juga untuk menguji tahap keimanan kita? Alangkah indahnya kalau kita mampu untuk merasai dengan sebenar-benarnya tujuan dan asbab kita diuji. Dan jika kita mampu melihat secara tersirat hikmah susah dan ujian itu, mungkin kita bahag ia dengan kesusahan itu. Allahu ! Moga kita semua mampu mencapai tahap hamba seperti itu.

Akhir coretan, mari menjadi 'abid yang sejati. Ayuh kembali kepada Allah sebelum kita benar-benar kembali pulang kepada-Nya.