31 March 2013

bila manusia persoalkan

Bila aku doa, aku minta Allah bagi aku ikhlas.
Aku tahu ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap.
Ia tidak nampak.
Ia tidak mampu diterjemah dengan perkataan.
Ia seperti sesuatu yang fragile.
Yang mudah pecah. Yang mudah rapuh. Yang mudah berubah-ubah.

Aku cuba untuk istiqamah dalam kerja Islam.
Walaupun aku tahu aku tak buat apa-apa.
Aku cuba utamakan Allah dari manusia.
Aku cuba utamakan akhirat dari dunia.
Aku cuba utamakan majlis ilmu akhirat dari saja duduk berlagha.
Aku cuba utamakan yang dekatkan aku dengan Allah.

Aku berusaha, aku kata aku buat kerana Allah,
Aku kata aku redha qada dan qadar Allah
Aku 'berbual' dengan Allah supaya ikhlaskan aku dalam segala hal,

Saat orang lain dapat sesuatu yang hebat
Allah bagi aku sesuatu yang jauh lebih rendah
Saat orang lain bangga menghebahkan berita kejayaan
Aku hanya mampu diam berusaha redha dengan ketentuan Dia.
Saat orang lain kata, "tak sia-sia aku stay up"
*dalam hati aku sambung, sampai lambatkan solat
Aku cuba memujuk hati bahawa ada hikmah yang Kau susun untuk aku

Aku cuba yakin apa yang Allah janjikan dalam surah Muhammad.
Ayat 3. eh ayat 7. Eh cuba cek sendiri.
Aku cuba kuat bila Allah uji.
Aku cuba tetap yakin aku rindukan akhirat berbanding dunia

Tapi aku manusia.
Aku bukan dikelilingi oleh ulama'
Aku bukan duduk bersama sahabat sehebat sahabat Rasulullah,
Aku mudah lemah, aku mudah rebah, aku mudah lelah
Tapi aku cuba untuk tidak mengalah,
Aku cuba terus mencari hikmah
Kerana aku yakin aku akan pulang bertemu Allah.

notakaki:
bila aku nampak cool saat kau buat begitu, itu normal.
Tapi bila aku nangis diam dan menjauhkan diri dari kau, itu abnormal
Fullstop!