03 February 2013

Masih bertatih

Dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Lembut, Yang Maha Adil

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah izin seminggu dapat berkhidmat di Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan di Kem Bumi Jati.
Sebenarnya ingin berada di sana sehingga habis program, tapi Allah izin, perlu berkhidmat di rumah pula. ;)

Sungguh!Aku gembira disamping sahabat-sahabat dalam suasana tarbiyyah.
Berjumpa murabbi-murabbi hebat yang tutur katanya penuh peringatan dan berhikmah
Berjumpa ukhti-ukhti yang lembut bicaranya, yang sopan tingkah lakunya.

3 of us yang belum mencecah 20 tahun genap.

"Bilalah kita bertiga nak jadi lembut macam kak ani?"

"Bila umur dah 21 nanti kott" sambil sengih.

Masih keanak-anakan. Akan tiba masa, kau akan matang. Percayalah.

Aku masih bertatih. dan akan cuba untuk ambil masa yang sangat singkat untuk tempoh bertatih.
Aku perlu berlari lebih laju kerana aku tidak tahu bila Izrael akan datang untuk kali terakhir kepada aku untuk menjalankan tugasnya.

Ya, aku masih bertatih dalam kerja dakwah dan tarbiyyah. dan aku perlu berlari lebih laju untuk bergerak dalam medan amal. Tidak boleh memanjakan diri dengan kesenangan dan kemewahan.

Tapi ada sesuatu yang aku takutkan. Ya Allah, peliharalah aku dan ahli keluargaku dari kemurkaan-Mu.
Berikanlah hidayah dan petunjukMu kepada hati-hati kami.
Berikanlah kami kelembutan untuk berlaku lembut sebagaimana Kau berlaku lembut kepada kami hamba-Mu yang banyak dosa ini.