19 February 2014

Yang terbaik itu bukan dalam pengetahuan kita

Pejam celik pejam celik, hm sebenarnya lebih banyak pejam, hampir tamat sudah cuti semester tiga untuk kebanyakan pelajar sarjana muda. Aha ! Rasa penulisan yang sangat skema. Tujuan menulis syok sendiri ini bukan untuk mengulas apa yang telah dilakukan sepanjang cuti semester, tetapi berhajat untuk menulis tentang peristiwa penting hari ini bagi kebanyakan pelajar sarjana muda. Ya peristiwa yang sebenarnya berulang setiap kali cuti semester. Apa dia? Pengumuman keputusan semester semasa.

"Fie, dapat berapa?"

"Just nice. Eh alhamdulillah"

"Dean list kah?"

"hadza min fadhli rabbik"

"Tahniah!"

"Awak juga"

Situasi ini sebenarnya dah berlaku 6 kali termasuk asasi. Situasi apakah? Inilah. Debaran menunggu pointer akhir dan menjawab pertanyaan sahabat lain. Dan setelah berbelas tahun mengikuti pengajian, debaran menanti keputusan peperiksaan sebenarnya semakin berkurang. Ada ketika tidak kisah langsung dengan keputusan yang bakal diperoleh. Entah. Mungkin kerana tawakal sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha dan berdoa. Atau mungkin juga keyakinan yang semakin mantap bahawa apa juga yang jadi atau tidak terjadi adalah dengan izin-Nya. Ini semua penangan tarbiyyah. Senyum.



Sejurus check result, ada kawan lama call. Tanya result masing-masing. Dan dia seperti sedang bersedih. Dia minta kata-kata semangat. Otak time tu rasa macam tak boleh nak process apa-apa words yang bombastik untuk dia, dan tiba-tiba laju saja mulut menuturkan :

"Pointer kita bukan matlamat. Segulung ijazah yang kita dapat kelak pun bukan matlamat kita. Matlamat kita redha Allah. Dengar dan hadam bagi lumat. Kalau betul redha Allah matlamat kita, setakat pointer tak capai target takda hal lah. Lagipun pointer awak bukan teruk pun. Rendah sikit je dari target kan. Takpe pointer rendah sikit, asalkan masa musim peperiksaan, kita tak buat sesuatu yang mengundang murka Allah. Itu lagi loser tau dak" . Dan bla bla bla.

Sebenarnya aku tahu, dia bukan tak tahu apa sepatutnya difikirkan. Dia murobbi hebat kot, qudwah buat mutarobbi yang dipimpinnya. Tapi aku sedar dia juga manusia biasa. Sama macam aku. Kita selalu menasihati orang lain, tetapi adakalanya kita perlukan kata-kata nasihat dari orang lain walaupun kita sudah sedia maklum nasihat yang perlu difikirkan saat-saat jatuh dan kecewa.\

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun semat dalam hati, perancangan Allah itu yang terbaik. Kita lemah, pengetahuan kita terhad. Mana mungkin kita tahu atau mampu predict apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Kita perlu jelas dan faham apa maksud tersirat disebalik perkataan terbaik itu.

Mungkin yang terbaik untuk si Tipah adalah mendapat senarai dekan kerana Allah tahu itu mungkin mampu membuatkan Tipah semakin sedar betapa nikmat Allah tiada tandingannya.

Sebaliknya untuk si Timah yang terbaiknya mungkin mendapat hanya tiga point kosong kerana mungkin dia akan kembali bermuhasabah mungkin ada kurangnya hubungan dengan Allah.

Yang terbaik itu adalah sesuatu yang mampu mendorong kita kembali kepada matlamat hidup kita.
Yang terbaik itu adalah sesuatu yang mendekatkan kita dengan Pencipta kita.
Yang terbaik itu adalah sesuatu yang membuatkan kita semakin proaktif dalam berusaha.
Yang terbaik itu adalah sesuatu yang mampu merendahkan ego dan bangga diri.

Dan yang terbaik itu adalah kita dapat merasai betapa sesuatu anugerah dan pemberian itu datangnya dari Allah samada sebagai ganjaran atau peringatan.



Jadi,
Redha dan bersyukurlah.
Bertenang dan teruskan usaha.
Tiada istilah gagal bagi seorang muslim yang baik melainkan dia berputus asa.
Teruskan melangkah dan bergantunglah hanya pada Allah.

Senyum :)