10 February 2014

Redha itu bukan mudah.

Hujan yang turun itu seakan mengiringi rasa sebak di hati. Kenapa hari ini cuaca sayu? Fie ! Itu takdir dan ketentuan Illahi. Bila Dia cakap, "Jadilah!" maka akan terjadi ianya mengikut kehendak Pencipta.

Sunnatullah. Alam ini berfungsi menurut sahaja aturan Yang Esa. Cuma kita manusia yang terlalu takbur ingin menjadi seperti Tuhan.

Gurun berdentum ! Fie tersentak. Sentak itu terus matanya menghala ke arah kalender di konkrit merah jambu itu. Sembilan haribulan dua. Termenung lagi.

________________________________________________________________________________
"Bila ayah dah takda, jaga emak baik-baik ya"
"Jadi anak solehah ya. Jadi saham ayah emak masuk syurga"
________________________________________________________________________________

Lapan tahun lalu. Perginya seorang hero dalam keluarga. Hero yang telah Allah pilih untuk meninggalkan keluarganya.

Bukan senang untuk redha. Bukan senang hakikat diterima. Kalau bukan kerana nikmat iman dan hidayah yang telah Allah beri beberapa bulan selepas pemergiannya, mungkin jiwa ini masih memberontak. Mungkin sahaja ada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan telah terjadi ketika itu.

Na'uzubillahi minzalik.

Mungkin ada yang kata sekarang, "apa susah. move on jelah" . You are not in that situation !
Tika itu anak ini baru saja melangkah ke alam remaja.
Punya jiwa yang membara inginkan sesuatu yang berbeza.
Mungkin saja jika tika itu aku tidak punya matlamat dan prinsip hidup, aku hanyut dalam dunia percintaan monyet yang banyak merosakkan rakan sebayaku.

Syukur Allah pilih untuk dijaga dan terpelihara. Takdir itu bukan suatu kebetulan
Ia satu perancangan. Ada hikmah yang tersembunyi.
Dan kini hikmah itu mula tersingkap satu persatu.
Indeed, susunan yang sangat indah. Istimewa untuk hamba yang terpilih.

Moga ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Moga anak ayah mampu menjadi anak yang setiap doanya layak sampai untuk ayah.
Al-Fatihah . .