21 April 2011

SAHABAT ATAS IMAN .

carilah sahabat atas dasar keimanan . ni terbace kat satu buku kat kedai tu . so share ehh .
Dalam sebuah hadis ada menerangkan bahawa pada hari Kiamat nanti , Allah memerintahkan dua orang hamba menhadap-Nya . Seorang adalah hamba yang taat dan seorang lagi adalah hamba yang ingkar akan perintah Allah . Namun begitu , kedua-duanya mati dalam keadaan beriman . Kemudian Allah memerintahkan malaikat Ridzuan yang menjaga syurga supaya membawa hamba yang taat itu ke syurga .


Dalam masa yang sama , Allah turut meminta malaikat Zabaniyah yang bertugas menyiksa di dalam neraka supaya membawa yang seorang lagi ke neraka serta menyiksanya dengan siksaan yang pedih .


Orang yang mendapat balasan syurga itu amatlah gembira kerana telah mendapat balasan syurga sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT . Namun begitu , tiba sahaj dia ingin melangkah di pinti syurga , terdengar lah dia akan suara sahabatnya memanggil dan merayu , "WAHAI SAHABATKU, WAHAI TEMANKU, KASIHANILAH AKU DAN BERILAH AKU PERTOLONGAN" .




Apabila orang itu mendengar rintihan sahabatnya , dia tidak jadi masuk ke syurga . Malaikat Ridzuan berkata , "masuk lah kamu ke syurga dengan rahmat dan izin Allah Rabbmu ". "aku tidak mahu ke syurga , bawalah aku ke neraka" . Malaikat menjawab , "aku tak boleh bawa kamu ke An-nar kerana Allah memerintahkan aku membawamu ke syurga dan melayanimu".


Orang itu tetap degil dan berkata , "aku tidak mahu ke syurga , dan aku tak mahu akan layananmu" . Malaikat Ridzuan sangat lah pelik ann . Terdengar satu suara , "Wahai Ridzuan , Aku tahu apa yang ada dalam hatinya , namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya " . Lalu malaikat Ridzuan pun bertanya lah kepada lelaki itu , "Mengapa kamu takmahu kan syurga , sebaliknye ingin ke neraka ?" . Orang itu menjawab , "aku taknak ke syurga kerana sahabtku di neraka . Dahulunya ketika di dunia , aku bersahabat baik dengannya . dulu dia pernah minta pertolongan aku supaya menyelamatkannya dari susuatu y menyebabkan dia diseksa dgn api neraka . Disebabkan aku tidak berkuasa melakukannya , lebih baiklah aku masuk ke neraka supaya sama2 diseksa ."


Kemudian terdengarlah firman Allah Yang Maha Pemberi Rahmat , " Wahai hambaKu , kamu dgn kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan dgnmu di dunia hanya sebentar dan dia mengenali dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja . Maka bagaimanakah aku merelakanmu masuk ke neraka sdgkan kamu mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sbg Tuhanmu selama 70tahun . Oleh itu pergilah kamu ke syurga bersama sahabatmu itu dan aku mengampuninya dan aku serahkan dia kepadamu " .


RENUNG-RENUNGKAN ;))